Part 5

50 4 0
                                    

Denny

"This is your plate for today." Katie menyerahkan Denny pinggan yang di isikan dengan makanan mengikut jadual yang di tetapkan untuk dia dalam beberapa minggu itu.

"Kau pasti kau tidak tertukar pinggan aku dengan orang lain?" Tanyanya serta-merta sebaik saja melihat ayam panggang dua ketul, kentang pure sesenduk, salad yang mengerumuni lebih dari separuh pinggan itu, sup cendawan lobak semangkuk kecil, besar lagi pencedok ais krim tu. Segelas susu dan sebiji epal hijau. Dari yang berselera kebulur bila melihat isi pinggan itu, sanggup kebulur lagi sampai esok menanti menu seterusnya.

"Eh..heii.., kau lupa kau kena hilangkan 8kg dalam 2minggu ini. Kalau kau tidak ikut jadual pemakanan kau, aku tidak fikir kau boleh bertahan untuk berlari setengah jam pun di dalam padang itu."  Katie menggeleng-gelengkan kepalanya. Ada betulnya apa yang di katakan dia, dengan berat badan yang ngam-ngam tapi tidak cukup otot yang di perlukan, atlet seperti Denny yang terpksa berlari, melompat, berjalan, dan menendang tanpa henti selama 60-120 minit sememangnya sukar.
"Tapi aku hanya makan segelas yogurt dan sekeping roti kosong pagi tadi." Muka Denny nampak terseksa, selama ini dia ingat orang perempuan saja yang mengamalkan diet. Dia sebagai lelaki bersyukur sangat-sangat tidak perlu memikirkan soal berat badan. Tetapi, dia tidak terfikir untuk menjadi seorang atlit senaman dan diet makanan berjalan seiring, bagai isi dengan kuku.
"I can give you 20g of chocolates if you add another 1km tomorrow?" Katie menaikan kedua-dua keningnya.
"Apa? 1km larian untuk 20g coklat? Orang-orang komunis juga tidak sekejam ini." Rungutannya semakin menjadi-jadi, dia tahu Katie sangat kuat dengan prinsipnya.
"Belum jadi doktor sudah begini rupa. Kalau sudah doktor yang sakit tambah sakit oleh kau. Aku lebih teruk dari kambing kau buat." Sambung Denny lagi yang memasukan salad itu ke dalam mulutnya walaupun dengan keterpaksaan.

"Kau ada masa selama 10 minit untuk menghabiskan 8 lap ini. If you fail to do so..i have to cut one piece of your grill chicken tonight." Sekali lagi Katie mengarahkan Denny di dewan renang kepunyaan kampus itu.
"Haa? Ikan lumba-lumba pun boleh mati lemas oh begitu. Kau biar betul.., jadi tinggal sepotong sajalah ayam panggang aku?!" Mau-mau saja Denny keluar dari air kolam renang itu. Sekarang baru dia menyesal kerana meminta Katie untuk berlatih bersama dia, selama ini dia ingat Katie hanya bijak dalam memeggang buku-buku tebal saja. Siapa tahu dia juga begitu kejam dalam hal-hal begini. Bila di fikirkan dia sendiri bukanlah orang yang aktif bersukan, entah dari mana saja dia mendapat semua istilah dan sistem diktator yang di amalkannya.
"The more you talk..the more you wasting your time.. tik...tok..tik..tok." Katie mengugut dengan jam randik di tanganya.
"Wait!!!" Cepat-cepat Denny membuang badannya kembali sejauh yang mungkin di dalam kolam renang itu dan memulakan latihannya.

   Memandangkan hari itu hari minggu, Denny bermalam di rumah Katie. Lebih kurang jam 11 lebih malam Denny sudah pun terlebih dahulu nyenyak di atas katil kerana keletihan. Perubahan drastik cara hidup sihat dengan mengejar misinya, masih lagi begitu sukar untuk di terima tubuh badannya. Itu yang membuatkan dia lebih cepat penat dari mereka yang sudah biasa dengan cara hidup begitu. Dia tahu untuk mencapai sesuatu perlukan pengorbanan, walaupun dia asyik merungut sepanjang latihan dan juga segala ilmu yang di kongsikan oleh Katie, namun tidak sesekali di dalam hatinya untuk berputus-asa atau berhenti di tengah-tengah jalan. Ini baru saja permulaan, apa lagi kalau dia sudah memegang title sebagai atlet sebenar, sudah semestinya dia terpaksa mengubah terus hidupnya dengan cara kehidupan sebagai seorang atlet, yang kebanyakannya tidak pernah di ketahui orang.

   Jam 2 setengah pagi tekaknya berasa haus, dia menyedari tempat Katie di sebelahnya kosong. Perlahan dia bangun dan mencari Katie di ruang rumah kecil itu. Dari ruang tamu dia melihat Katie begitu khusyuk dengan buku-buku tebalnya di atas meja, pen yang di sangkut di atas cuping teling, rambut yang di sangul menggunakan sebatang pencil. Dua cawan gelas di lantai yang semestinya berisi kopi dan sudah pun kosong, beberpa gumpalan kertas yang di renyuk terbiar berdekatan dengan bakul sampah. Keadaan biliknya kalah-kalah pejabat seorang peguam, dengan fail, kertas, buku-buku semuanya bertempiaran di sini-sana. Tahun ini tahun terakhirnya di universiti sebelum dia keluar membuat praktikal sebagai doktor intern di mana-mana hospital yang terpilih. Dia begitu tekun mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang doktor bedah saraf, pun begitu dia masih meluangkan masa membantu aku untuk mengejar cita-citaku. Apalah sangat cita-cita ku ini berbanding dia yang melakukan begitu banyak pengorbanan. Kesedaran dalam dirinya timbul sebaik saja melihat kegigihan Katie menelaah pelajaran.

   Tidak hairan Katie tidak mempunyai masa untuk berdandan atau memikirkan hal-hal berkaitan seperit wanita di luar, keningnya lebat tidak di bentuk, bulu-bulu muka dan misainya juga kelihatan jelas dari dekat dan kadang-kala menganggu perhatian Denny. Bukan itu saja, malahan bulu hidungnya.. ewww.., ada beberapa helai yang sudah pun menjuntai keluar tanpa dia sedari, atau memang tidak di pedulinya langsung. Rambutnya lagi tidak mempunyai stail, di belakang di potong rata mungkin sudah siap-siap di tanda dahulu sebelum di gunting menggunakan pembaris.

"Mengapa kau memilih jurusan perubatan?" Tanyanya tidak lama dahulu, sedikit-sebanyak dia ingin mengenali dengan lebih rapat wanita di hadapannya itu.
"Sebab bapaku, abang dan kakak ku semuanya bekerja sebagi doktor. Klinik persendirian yang di usahakan bapaku akan menjadi klinik keluarga yang termashur di sekitar UK, hampir dari separuh kakitangan di klinik itu adalah keluarga dan saudara-mara ku. Sudah beberapa keturuan keluarga ku bekerja sebagai seorang doktor." Begitulah jawapan yamg diberikan oleh Katie, yang menyatakan cita-cita itu lebih kepada cita-cita bapanya.
"Tapi kau? Apa yang kau hasratkan selain menjadi seorang doktor?"
"Aku mahu menjadi seorang guru kanak-kanak pra-sekolah. Aku suka mengajar dan aku lebih senang bersama budak-budak, kerana mereka melihat dirimu yang sebenar, kau tidak perlu berlakon di hadapan mereka. Tanpa perlu paksaan, desakan.. bermain dan belajar bersama mereka sesuatu yang menyeronokan." Katie senyum menyatakan hasratnya itu. Denny dapat melihat kegembiraan di wajahnya yang di pendam selama ini, sama dengan hasratnya itu. Begitu agakanya anak-anak orang kaya, kadang kala lebih kasihan dari anak-anak yang berlatar belakang normal. Mereka tidak dapat melakukan perkara yang mereka ingingkan, semuanya sudah di tentukan oleh keluarga dan ibu bapa. Salah satu alasanya itulah tanggunjawab mereka di lahirkan dalam keluarga yang senang. Nampaknya Katie juga salah seorang mangsa dari situasi itu. 

   Dia merapati Katie dari belakang dan mula mengucupi pokok lehernya, bahu dan dadanya..
"Hei.. kau mimpi buruk kah?" Tanya Katie yang menyedari tingkah laku Denny yang tiba-tiba itu.
"Kau tidak penatkah? Kau perlukan tenaga untuk latihan pertama kau bersama Alliance Tiger esok."  Kata Katie lagi, memperingatkan Denny esok adalah hari pertama dia memulai impiannya. Tapi Denny tidak menghiraukan kata-kata itu, dan terus berlutut di hadapannya dengan ciumannya yang sudah pun melarat ke ruangan dada Katie.
"Dann.." Panggilnya manja kepada Denny.
"Masih banyak yang perlu aku siapkan ni.." dia cuba menolak semampu yang boleh, tapi Denny sudah terlebih dahulu mencuri bibirnya, itu saja caranya untuk menutup mulut perempuan ini, fikir Denny.

  

Jersey No.18Where stories live. Discover now