Bip.Bip.Bip.Bip.Bip.Bip.Bip.Bip.Bip.Bip.
Rentak jantungku begitu laju, memang tidak boleh di kira lagi dengan matematik biasa degupannya, sama seperti mesin bip pengesan nadi yang bersambung pada badan pesakit yang sedang cuba di selamatkan oleh doktor Roger dan beberapa pembantu jururawat. Sehinggalah..
Bippppppppppppppppppp.......
Saat itu juga seperti jantung ku pula yang sudah berhenti berdegup, aku terasa sakitnya, takut dan juga kecewa sekali. Hanya dalam sekelip mata kami kehilangan satu nyawa pada hari ini. Mungkin bagi pendapat orang awam perasaan doktor seperti batu apabila mengetahui ada orang yang meninggal, kerana perkara itu sudah menjadi kebiasaan pada mereka, seperti membuka tin sardin saja. Tetapi sebenarnya mereka sudah cukup di latih untuk berdepan situasi itu, walaupun jauh dalam hati mereka masih lagi bersedih dan terasa perkara yang sama seperti keluarga dan rakan taulan terdekat. Bezanya, mereka sudah tahu bagaimana untuk mengawal perasaan itu.
"Time of death.. 17.25." Suara doktor Roger sudah pun mengistiharkan kematiannya. Hampir rebah aku mendengar ayat yang semua doktor kalau boleh ingin elakan seumur hidupnya. Inilah pertama kali aku mendengar ayat itu sejak aku berada di hospital ini, dan pesakit pertamaku yang mati di hadapan mataku, kejam sungguh dunia realiti. Mungkin inilah setiap doktor rasakan waktu kali pertama mereka kehilangan pesakit mereka sendiri. Perkara yang tidak di ajar langsung di dalam universiti, atau mana-mana tempat.
"Doctor Volt, may i see you for a minute?" Jururawat Renee memanggil aku yang kelihatan dengar tidak dengar di tengah-tengah bilik yang sedang dalam pembersihan itu.
"Doctor Katie Volt?!" Tinggi suara Renee. Bukan aku tidak mendengarnya, tetapi berat betul kaki ku melangkah pergi kepadanya.
Tanpa menunggu lagi dia datang dan menarik tangan ku keluar dari situ dan memabawa aku masuk ke bilik stor di tingkat itu, dan mengunci pintu."What did you do?" Tanyanya dengan muka yang garang.
"Hah?" Aku tidak faham apa yang di katakannya, adakah dia marah sebab aku berperasaan begini, tidak mampu sudah mengawal diriku atau.."Look, kenapa kau menyuruh untuk mengulangi ubat ini sedangkan dia tidak boleh terima ubat ini beberapa jam sebelumnya. Kau tidak melihat nota yang di tulis di belakang kertas itu?" Renny memberikan aku kertas itu.
.... aku sumpah pada saat itu raut wajah ku berubah, daripada sedih berganti takut dan cemas secara tiba-tiba. Peluh sejuk sudah dapat ku rasakan di sekitar dahiku. Mataku berkelip berulang-ulang kali, begitu banyak maklumat menyerbu sistem pituitary ku sekaligus, sehinggakan sukar untuk aku membeza-bezakannya.
"Your face.. show it all." Renee hanya menggeleng-gelengkan kepalanya tanda kesal dengan reaksi ku itu. Ertinya dia juga sudah dapat mengagak apa yang sebenarnya berlaku.
"You.. You are a doctor." Renee menggengam kedua-dua tangannya dan meletakan di dadanya, sesal akan diriku, sesal akan kemampuan yang aku miliki, juga sesal akan kecuaianku.
"I...I.." satu perkataan pun tidak dapat ku lafazkan. Aku juga kesal, lebih-lebih kesal dari dia. Inilah kesalahan pertamaku di dalam tugasan ini, dan kesalahan ini terlalu besar untuk menjadi kesalahan pertamaku. Oh, apa yang harus aku lakukan sekarang ini!"I think.. you better prepare yourself for the worse. I'm sure the board will call you immediately.. when they find out ...this,"
"and...it will not be easy, especially someone new like you."
"Kuatkan hati kau dan kita harap keluarga pesakit orang yang kuat sembayang dan dekat pada tuhan. Itu saja harapan yang kita ada sekarang ini." Kedua-dua bahu ku di cengkam Renee dengan kuat,
"I don't.." Aku langsung tidak faham apa yang di katakannya itu.
"Kalau mereka orang yang kuat sembayang, ertinya mereka akan lebih bersifat pemaaf. Jangan minta liberal atau komunis." Terang Renee yang masih teragak-agak meninggalkan aku sendirian.Selain dari hukuman yang bakal aku terima dari pihak tertinggi di hospital ini, aku lupa akan keluarga pesakit, mangsa kecuaian ku. Perkara serius ini boleh memusnahkan seluruh karier ku, menarik balik lesen perubatanku dan kelayakan untuk aku menyambung perkhidmatan ku sebagai doktor.
Aku duduk menyandar di dinding dan mulai mendail nombor telefon orang yang ku rasa-rasa dapat membantu aku,
"Hello..dad."
"Kau sibuk?"
"Oh.. it's ok, aku boleh telefon kau semula."
"Tiada apa-apa.. aku cuma.."
"Ermmm.. it's ok, kita bercakap nanti, kau lakukan dulu pembedahan mu."
"Ok..dad, bye."Kepala ku sandarkan ke dinding, air mata jatuh dengan sendirinya. Belum sempat aku melepaskan suara tangisku..
"Doc Volt, anda di minta untuk ke bilik Board Director sekarang juga." Sam setiausa bahagian penyimpanan rekod pesakit datang memanggil aku.
Aku kesat air mataku, bangkit berdiri dengan pasrah aku menyerah diri untuk menerima hukuman yang sedang menanti.
Selesai soal jawab itu aku terus balik ke bilik persalinan pakaian, aku mengemas semua barang-barangku di dalam almari, dan berjalan keluar dari hospital besar itu. Aku akur dengan keputasan yang di buat, siapalah aku untuk melawan keputusan itu. Situasi ini juga tidak berpihak pada aku, aku sedar kesilapanku dan sememangnya tidak boleh di perbaiki lagi.
"Doctor, kau cakap dia boleh keluar dari sini beberapa hari lagi. Tapi, apa yang terjadi? Kenapa mereka beritahu aku yang dia sudah tiada???" Jerit keluarga mangsa kepadaku sebaik saja pintu lif terbuka.
"Aku tidak percaya tuhan begitu kejam untuk mengambil dia begitu cepat. Aku tidak percaya.. aku pasti kamu melakukan kesilapan. Aku pasti kamu yang membunuh dia."Apalah yang mampu aku lakukan mendengar pertuduhan itu, ini belum lagi mereka mendapat laporan selengkapnya. Di mana harus aku meletakan muka aku sekarang ini. Perlahan-lahan aku menundukan kepala dan..
"Saya minta maaf atas kehilangan kamu..," ucapku.
Perempuan tadi meraung sekuat hatinya, satu kawasan tempat menunggu itu dapat mendengar suaranya. Aku juga mahu menangis, sudah berkali-kali aku menyalahkan diriku. Apa lagi yang boleh aku lakukan?"Maafkan saya atas kejadaian ini dan kehilangan kamu." Serius aku mengatakannya dengan rasa bersalah. Perempuan tadi datang ke arahku menampar pipiku, aduh! Hatiku pulak yang memberikan tindak balasnya, kerana hati ini lebih sakit dari pipi yang di tampar. Apalah juga kesakitan ini berbanding dia yang kehilangan orang tersayang. Dia memukul aku, aku Cuma biarkan saja dia memuaskan hatinya tanpa berganjak sedikit pun dari situ.
Beberapa orang kakitangan hospital yang melihat kejadian itu cepat-cepat meleraikannya, mereka menarik perempuan yang meronta-ronta untuk di lepaskan, yang masih tidak berpuas hati. Tiba-tiba saja aku di tarik pergi dari situ, kaki ku hanya melangkah menurutinya. Tidak dapat ku lihat lagi orang yang membawa aku pergi dari keadaan itu kerana air mataku sudah begitu berat mengandung air mata yang hanya menanti masa akan jatuh lagi.
Teksi di tahan dan aku di tolak perlahan masuk ke dalamnya, aku tidak bertanya ke manakah tujuanku. Berat kepala ini ku sandarkan pada tingkap kereta yang tertutup. Aku kenal betul suara yang bercakap tetapi aku tidak berdaya untuk melihat atau menegurnya. Perjalanan itu terasa panjang bagiku, sedangkan rumah ku tidaklah jauh dari hospital tempat aku bertugas, mungkinkah dia tidak tahu di mana aku tinggal? Adakah dia ingin menculik aku dan membalas dendam untuk keluarga yang menjadi mangsa kecuaianku.
Apabila aku sedar, aku membuka mata dan melihat diriku berada di katil yang.. sememangnya bukan katil kepunyaanku. Mataku terbuka luas memeriksa keadaan bilik kecil itu, dengan wajah seorang lelaki berkulit hitam dan pada poster itu bertulis nama Pele'.. errr siapakah Pele'? Milik siapakah bilik ini?

ANDA SEDANG MEMBACA
Jersey No.18
RomancePercintaan mengenai dua individu yang mempunyai dunia yang berbeza, di antara glamor dan famous, profesional dan kewajipan, keinginan dan keterpaksaan. Denny Kelwood yang baru ingin mencipta nama di arena sukan antarabangsa bola sepak negara dan Kat...