"Hey, are you ok?" Tanya seorang pemuda muncul di muka pintu bilik dengan kedua-dua tangannya di masukan ke poket seluar.
"Denny?" Aku berkerut kening, dan menggosok-gosok mataku tidak percaya. Apakah ini satu gurauan, dalam keadaan aku jatuh begini masih sempat aku di permainkan oleh mimpi ku sendiri. Walaupun aku sangat merinduinya, tetapi ini bukanlah masa dan tempat untuk melihat dia di dalam mimpiku.
"Gossssh.. Katie. Kau tidak sedar siapa yang membawa kau pulang? Kalau orang lain tadi bagaimana?" Denny duduk di hujung katil. Aku melihat seluruh tubuhku masih berpakaian yang sama, baju seragam hospital berwarna biru itu. Baiklah dia dan aku... kami tidak melakukan apa-apa., sekurang-kurangnya aku boleh berasa lega untuk itu."Apa yang berlaku?" Aku mengemas sedikit rambutku dengan jejariku.
"You tell me.." Jawabnya.
"Bagaimana kau boleh berada di hospital pada masa.." bingung aku mengingati kejadian yang berlaku di hospital itu.
"Oh.. Aku ada ujian elektrograma. Tapi secara kebetulan aku nampak kau.., apa yang terjadi? Kau tau kan.. kau boleh ceritakan aku apa saja,"
aku mengangguk memahami apa yang di katakannya, aku tahu Denny seorang kawan dan pendengar yang baik. Cuma aku masih rasa janggal dengan situasi kami ini, tiba-tiba pula dalam keadaan aku begini kami di temukan."Ini rumah baru kau?" Aku mengubah topik perbualan.
"Walaupun tidaklah baru, tetapi ya. Ini rumah sewa baru aku. Terlalu kecil jika di bandingkan dengan impian aku selama ini, tapi bolehlah untuk sementara waktu."
"I think. I should go home now." Ku alihkan selimut itu dan bersiap-sedia untuk berdiri.
"Please.. don't." Segera dia menahan tanganku. Aku memandang ke arahnya mengharapkan penjelasan.
"Sudah jauh malam ni, kau tidur sajalah di sini. Esok baru kau pulang."
"Errr.. tapi, aku takut pula ada orang lain yang salah sangka." Jelasku, kerana tidak mahu buah hati, kekasih, kawan istimewa dia salah faham pula kalau tiba-tiba melihat atau mengetahui aku berada berdua-duaan saja bersama Denny. Dengan popularitinya yang kian meningkat naik ini, pasti ada wanita istimewa sudah di sebelahnya.
"Oh, betul juga nanti ada pula yang salah faham." Denny juga bersetuju dengan segera. Dia terus teringat pada kejadian yang di lihatnya tempoh hari di hospital, Katie berpeganggan tangan dengan seorang doktor lelaki yang berkulit gelap, bermata biru dan sudah pasti itu adalah kekasihnya sekarang ini. Fikira dia dalam masa yang sama."Mungkin, ermmm..mungkin dia tidak akan salah anggap kalau dia tidak tahu apa-apa." Pendapat Denny. Aku senyum, dan sememangnya aku merindui dia. Dan..
Ringgggggg...Ringgggg... bunyi telefon bimbit ku berbunyi.
"Yes," Jawabku yang sudah pun mengenali nombor telefon itu.
"Itu yang aku mau cakap tadi. Tapi kau ada pembedahan sedang menunggu, aku tidak mahu menggangu mu."
"Aku di rumah kawan sekarang ini."
"No..No..No.., tidak perlu datang ke sini, aku akan sampai di rumah sekejap lagi."
"Ok, bye."
Aku mematikan panggilan dan berdiri mencapai kot yang di letakan di sebuah kerusi."Siapa?" Tanya Denny.
"Orang pertama yang sepatutnya aku beritahu akan hal ini. Hanya dia yang tahu bagaimana mengeluarkan aku dari masalah kecuaianku."
"Oh." Tidak lain tidak bukan Denny memikirkan akan kekasih Katie di hospital tempat dia bertugas. Dia pasti kekasih Katie yang menelefonnya.
"Aku pergi dulu," beritahu ku. Denny tidak berkata apa-apa dia hanya melihat aku keluar dari rumahnya selepas aku mengucapkan terima kasih.Setibanya aku di rumah bapa dan abangku sudah pun menunggu aku masing-masing dengan muka yang teggang, tidak lupa Mr. Hebron peguam keluargaku yang ku kenal sejak dari kecil lagi. Semalam kami duduk berbincang akan masalah itu dan cara-caranya untuk aku menyelamatkan diri aku.
"Apa? Sudahlah aku yang salah, kita mau saman hospital itu pula?" Kataku heran dengan pelan rancangan mereka.
"Katie honey, hospital itu tidak sepatutnya membiarkan kau bertugas lebih dari 12 jam sehari. Apa mereka gila? Kecuaian itu dari mana? Kalau bukan dari pihak mereka?"
"Dad, kalau kita saman hospital itu, hospital mana lagi yang akan mengambil aku berkerja?"
"Hospital kita besar. Berapa kali sudah aku, abangmu, kakak mu memanggil kau untuk terus saja berkerja di sana. Tapi kau degil, mahukan sangat pengalaman. Ha.. ini pengalaman yang kau dapat. Kalau keluarga mangsa terlebih dahulu memberikan surat saman mereka kepada kau.. apa yang kau mau buat?"
Ada betulnya apa yang di katakan oleh bapaku. Adakah ini di penghujung karier ku? Belum sempat aku mengembangkan sayapku, aku sudah pun di suruh terbang jauh dari situ."Katie, pesakit itu sudah meninggal. Kita tidak dapat buat apa-apa lagi. Tapi kalau kau sudah tidak boleh praktis lesen mu sebagai doktor apa gunanya hidup kau sekarang yang kau guna untuk belajar menjadi doktor selama ini?" Abang sulungku menyampuk.
"Pesakit itu sudah meninggal, tapi tidak keluarganya. Bagaimana harus aku berdepan dengan keluarganya, apa yang harus aku katakan?" Aku duduk mengesat air mata ku yang jatuh. Perlahan-lahan bapaku memeluk aku.Mendengar keputusan hospital itu sewaktu aku di panggil menghadap 'the board meeting', membuatkan aku keluh seribu bahasa lagi, aku terima seadanya dengan pergantungan kerja untuk beberapa minggu selagi mereka belum dapat menyelesaikan masalah ini. Aku akur dengan kuputusan itu, tidak guna meneggakan benang yang basah bila sudah jadi begini.
Aku hanya mengikut saja keputusan bapaku yang meminta peguam kami yang akan berurusan dengan pihak hospital dan keluarga mangsa. Apa lagi yang boleh aku lakukan selain dari itu, berkali-kali aku meminta maaf dengan keluarga pesakit namun tidak juga membawa perubahan. Aaku akui semuanya memang salah aku, kalaulah pada hari itu aku mengambil masa cuma seminit yang di perlukan membaca semua laporang berkenaan tentu saja tidak akan terjadi begini. Aku akan mengingati perkara ini sampai bila-bila, aku kehilangan pesakit pertamaku dengan kecuaian aku sendiri. Pedih dan buruk sekali hakikat itu. Ku telan jua pahitnya.
Sudah berjam-jam aku menangis di bawah pancuran air di kamar mandi ini, kulit-kulit pada jari jemari ku juga semakin mengecut. Dalam memoriku dari awal proses aku merawat pesakit itu dengan nama-nama ubatan dan penyakitnya ku ulang-ulang mencari kesilapanku sendiri. Di situlah aku tewas bila mengetahui silap besar ku, dan aku menangis lagi.
Bila aku keluar dari kamar mandi yang sudah pun hampir pukul 3 pagi telefon bimbit ku masih lagi berdering, nombor doktor Roger sudah lebih 20 kali memanggil. Aku tahu apa yang ingin di katakan padaku, sudah pasti dia juga kesal dengan kecuaian ku. Orang seperti dia yang begitu sempurna di dalam pekerjaannya tidak akan melakukan kecuaian kecil spertiku dengan mudah. Malu dan sedih aku untuk bertentangan mata dengannya. Kalau boleh mahu saja aku lari dari sini jauh dari hospital itu dan segala yang belum di putuskan lagi.
Boleh gila aku jadinya, tidak keruan aku berada di rumah ini sendirian. Tanpa berfikir panjang aku mencapai kunci rumah, memasukan kaki ku ke dalam kasut sneaker jeans biru itu dan melangkah ke stesen bas. Angin pagi itu masih terlalu dingin, walaupun musim bunga sudah pun berada di pengakhirannya. Sudah terlalu lama aku tidak menghirup angin segar seperti ini, kerana terlalu asyik terperuk di dalam hospital itu dengan baunya dan orang yang silih berganti datang dan pergi di situ.
Dari kejauhan aku melihat Denny berlari bersama pasukannya membuat latihan di padang dalam stadium tempat dia berkerja dulu. Mati-mati aku mencari alasan untuk di berikan padanya kalau-kalau dia bertanya kenapa aku berada di sini. Kalau lagi kekasih hatinya juga berada di sini, habislah di mana harus ku sembunyi muka setebal 5 inci ini walaupun tanpa make-up.
Adalah juga selama sejam aku memerhati gerak-geri Denny dari kejauhan, aku tahu dia juga sudah menyedari kehadiran aku di situ. Dia melambai aku dan memberikan isyarat tunggu. Agaknya dia pergi membersihkan diri dan menyalin pakaiannya kot, sangka ku. Di situ ada juga beberapa orang lain yang turut sama menunggu.. entahlah kekasih atau isteri, saudara atau rakan-rakan mereka. Aku juga tidak peduli, harap saja salah satunya tiada kekasih Denny di antaranya.
"Good morning." Sapa Denny menghampiriku. Dia sudah pun berbau harum, di hujung-hujung rambutnya masih kelihatan basah.
"Err.. aku lalu di kawasan sini tadi sebab tu aku fikir, apa salahnya kalau aku datang sekejap hendap kau, and.. Thank you for yesterday. Ok, i go now. Bye." Jelasku,
"Ehhhhhh..wait. That's all?"
"What?" Aku tidak faham maksudnya berkata sedemikian atau aku buat-buat tidak faham.
"You came all the way here.. just to say this to me?" Dia menunjukan wajah tidak puas hati.
"What is it? Why you.. hmmm.. we.. why we ..are like this?!" Tegas suara Denny memecahkan ais batu di tengah-tengah kami.
"Well.. aku tidak mahu kalau-kalau aku menggangu kau. Aku takut mungkin kekasih kau..errr... well you know. Nanti dia salah sangka pula." Ngam.. aku harus berterus terang sejak dari mula.
"Heheehehe.." Denny ketawa dan bertolak pinggang.
YOU ARE READING
Jersey No.18
RomancePercintaan mengenai dua individu yang mempunyai dunia yang berbeza, di antara glamor dan famous, profesional dan kewajipan, keinginan dan keterpaksaan. Denny Kelwood yang baru ingin mencipta nama di arena sukan antarabangsa bola sepak negara dan Kat...