Denny
"Kenapa kau ketawa?" Tanya Katie tidak senang hati.
'Kau yang sudah ada boyfriend pun masih kisah juga kalau-kalau aku ada perempuan lain.' - Hatiku.
"What?" Desak Katie.
"You don't have to worry about that."
"Worry? I dont get it."
"Look.." Aku mengeluarkan buah rantai yang tersemat di leherku, hanya menunjukan itu aku percaya akan menjawab semua sangsi dan persoalan yang terbuku di hati Katie.Betul apa yang ku sangka, Katie tidak mengambil masa yang lama untuk mengenali rantai itu. Dia tersenyum malu di hadapanku, sama seperti Katie yang ku kenal dulu, cuma kali ini Katie yang satu ini begitu cantik, sudah seperti seorang model dengan rambutnya yang pendek, senyumannya yang menawan, kulitnya yang bersih dan licin... tangan ku yang ku tahan-tahan dari awal perjumpaan kami semula terasa gatal untuk menyentuh pipinya. Tapi.. persoalan ku pula yang belum terjawab.
"Now it's your turn." Pertanyaan ku itu membuatkan Katie mengerutkan keningnya.
"Do you have a boyfriend?" Terus terang saja lebih baik dari asyik-asyik mencari sesuatu di dalam semak belukar.
"Ahahaha...hahaha.." Ketawa Katie sebaik saja mendengar soalanku. Aku serba salah jadinya.
"As far as i recall.. No."
"Then..who's the.. Hmmm.. if you said so..then," Dia sudah pun berterus terang, perkara sebelumnya sudah tidak penting. Ertinya aku juga boleh tersenyum puas.Kami berjalan beriringan dan sengaja mengambil laluan yang panjang sambil mendengar luahannya akan peristiwa kemarin. Sesekali dia berhenti sekejap dari ceritanya dengan reaksi wajah yang kesal dan sedih, aku boleh melihat dia menyalahkan dirinya berkali-kali.
'Mahu saja aku memeluk mu, aku tidak tahu begitu sukar sekali kau berada di tempat mu sakarang ini. Kau seorang wanita yang tabah, bijak dan beretika dalam menjalankan tugasmu. Sayang sekali kau tidak punya sesiapa di sampingmu pada waktu kau betul-betul memerlukan bahu untuk melepaskan tangismu. Oh.. Katie, maafkan aku. Aku terlalu ego..untuk apa? Konon mahu menunjukan pada mu bahawa aku juga layak untuk berada di sisimu.' - Hatiku.
"Adakah aku sudah terlambat?" Tanya ku, mahu juga aku mencuba nasib biar apa pun jawapannya.
"Apa maksud mu?" Pandangan mata Katie sayu selepas saja selesai menceritakan kesemua sekali yang ada di hatinya, fikirku.
"Maafkan aku.." Aku menjatuhkan beg sukan ku ke atas jalan raya, dan terus memeluk Katie, tangan kananku memeggang belakang kepalanya dan tangan kiriku memeluk belakangnya. Ku peluk erat dia, sepertinya sudah bertahun-tahun aku mencari tapi tidak ketemu. Dia tidak berkata apa-apa hanya membiarkan saja perlakuanku."I'm sorry.. i should stay with you." Bisik ku di telinganya. Dia hanya mengangguk-angguk dan kedengaran suaranya perlahan melepaskan air mata yang di bendung dari tadi.
Sengaja aku membawanya pulang untuk berada dekat dengan dia dan sekurang-kurangnya menjaga emosinya yang tidak stabil, aku takut kalau-kalau berlaku sesuatu di luar kesedarannya. Di rumah aku mengisi penuh air suam-suam kuku di tab mandi dan menyuruh dia masuk ke dalam, ku campur sedikit minyak Lavendar dan Aragan yang di percayai kandungan serta harumannya membantu untuk menenangkan tubuh manusia daripada stress. Ku sapu sedikit minyak Jasmine di seluruh bahu dan lehernya dan mengurut perlahan-lahan, sesekali ku picit untuk memberi tekanan punat-punat urat yang membawa pengaliran darah.
Ku tinggalkan dia selama setengah jam di situ, untuk dia merehatkan tubuhnya yang kelihatan betul-betul lesu, penat dan stres yang berpanjangan. Setelah dia mengenakan baju tidurku aku membantu dia mengeringkan rambutnya yang tidak memerlukan banyak masa pun untuk kering sepenuhnya. Memberinya teh Camomila dan kemudiannya memeluk dia tidur di katil ku, sehinggalah dia betul-betul lena.
Mujurlah hari itu aku tidak mempunyai apa-apa rancangan atau latihan lagi. Oh ya, aku terlupa untuk memberitahu Katie aku akan bermain di perlawanan Premier League minggu hadapan. Berita baiknya aku sudah menjadi pemain tetap pada pasukan ini bukan lagi sebagai pemain simpanan yang tidak pasti bilakah peluang untuk bermain di atas padang itu datang.
Dengan itu aku harus memperkuatkan lagi stamina yang aku ada, tubuh badan ini harus di latih dengan lebih tekun, menjaga diet makanan dan seterusnya menukar gaya hidup ku. Terlalu banyak yang harus aku elakan, termasuklah minuman beralcohol, minuman manis bergas, manisan, pengambilan karbohidrat juga perlu di kawal, tidur yang cukup dan sesuai dengan masanya, fisioterapi juga perlu di lakukan untuk menjaga otot-otot kakiku. Begitu juga urutan seluruh badan yang harus ku lakukan 2 kali seminggu di stadium tempat aku berlatih. Pemilihan dan keputusan yang di buat oleh jurulatih dan manager pasukan ku sememangnya mendatangkan desas-desus di cuping telingaku, siapalah yang tidak membuka mulutkan, aku yang baru berapa lama berada di dalam pasukan ini pula naik dengan cepat.
Subuh-subuh lagi aku keluar berlari di sekitar taman perumahan, kemudian perlahan-lahan naik turun anak tangga bangunan perumahan ku. Oleh kerana aku tinggal di atas sekali banggunan ini, rumah di atas bumbung kata orang, kawasan balkoninya lebih luas dari rumahku sendiri. Di situ aku melakukan lompat itik, jalan monyet, yoga, dan pergerakan setempat. Bila matahari sudah terbit, aku masuk ke dalam rumah dan Katie masih lagi lena di katilku. Hanya dengan melihat dia di dalam rumah ini berbunga-bunga hatiku. Kemudian aku mengisi tab mandi dengan air sejuk dan meletakan sekampit ais batu yang berada di dalam peti sejuk. Perlahan-lahan ku masukan kedua-dua kaki ku sehinggalah pada pangkal paha.
Itu bertujuan untuk merehatkan otot kaki daripada stress dan membaik pulih dengan cepat kecederaan ringgan pada kedua-dua kaki pemain bola seperti aku. Kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia.. tiada siapa yang tahu, tapi tuah aku terletak pada kedua-dua kaki ini. Oleh itu sangat penting untuk aku menjaga kaki ku lebih dari orang biasa.
Selepas itu ku sapu dengan minyak khas untuk memanaskan seluruh otot, buat setengah jam aku baring di lantai dan mengangkat kedua-dua kaki ku dan ku sandarkan di permukaan dinding rumah. Peredaran darah sangat penting untuk seluruh tubuh, pergerakan anggota badan yang baik adalah daripada peredaran darah yang sihat.
Sarapan pagi itu aku cuma mengambil sebiji epal, dua biji telur, segelas susu yang sudah pun di campur madu. Aku perlu kurangkan garam di dalam pemakanan ku seharian, jadual makanan yang di berikan padaku oleh pakar pemakanan yang bertanggungjawab mereka khas diet harian setiap pemain mengikut berat, ketinggian, bangsa dan agama, alergi, jenis darah juga aktiviti yang di lakukan luar dari latihan yang kami ikuti. Masing-masing secara kasarnya mengikut diet seorang atlit, tetapi lebih kepada menu yang sudah di reka untuk individu. Hmmm... siapa sangka pemakanan kami lebih teruk dari seorang tentera?
Oleh kerana aku tidak di benarkan makan makanan manis dalam dua minggu ini, terpaksa juga aku turun mencari sesuatu sebagai sarapan buat Katie. Aku sengaja tidak menyimpan stok makanan segera di dalam dapurku, kerana godaan itu lebih kuat dari nafsu sebenarnya, tambah-tambah lagi aku yang lemah semangat ini selalu saja gagal di goda. Ku bancuh kopi panas dan membawa kopi itu pergi dekat dengan hidung Katie. Aku tahu hidupnya bergantung pada kopi selama ini, lihat sajalah reaksi wajahnya, begitu cepat sekali di menangkap bau di hadapannya.
"Good...ermmm almost afternoon." Sapaku dengan mengusap pipinya tanpa terasa bulu-bulu halus seperti mula-mula dulu.
"What? Afternoon?" Nada suaranya tidak langsung rasa bersalah bangun selewat itu.
"Kau balas balik semua tidur kau yang tidak pernah cukup?"
"Kau sudah balik dari training kau?"
Aku cuma mengangguk dengan soalannya itu, mungkin dia sudah pun melihat kertas biru yang berlekat di muka pintu peti sejuk ku, jadual pemakanan, pemeriksaan doktor dan juga latihan yang harus ku hadiri."Congratulation!" Katie senyum.
"Aku tahu kau akan bermain dalam primere League minggu hadapan." Katie menjawab tanda tanya ku.
"I want to kiss you ...you know.. to wish..but,"
Mendengarkan perkataan kebenaran yang keluar dari mulutnya aku terus saja mencium bibirnya. Kerinduan dan perasaan sakit hati melihat dia bersama orang lain sebelum ini terubat juga. Perasaan ini semakin kuat sekarang, aku tahu ini adalah cinta. Tapi belum masanya lagi untuk di luahkan padanya, apatah lagi dengan situasinya sekarang ini. Aku tidak mahu dia mengatakan aku mengambil kesemaptan dalam kelemahannya, nanti bukan pula dia percaya ini cinta, takut di salah ertikan sebagai kasihan atau simpati pada dirinya. Oleh itu, biarlah kami menikmati perasaan ini bersama-sama dulu, sikit masa lagi.. sikit masa lagi aku akan meluahkan cintaku dengan sebaik mungkin, dengan cara yang betul, dan masa yang sesuai.
YOU ARE READING
Jersey No.18
RomancePercintaan mengenai dua individu yang mempunyai dunia yang berbeza, di antara glamor dan famous, profesional dan kewajipan, keinginan dan keterpaksaan. Denny Kelwood yang baru ingin mencipta nama di arena sukan antarabangsa bola sepak negara dan Kat...