Part 3

70 3 0
                                    

"Oh jadi ini rumah kau?" Denny bertanya, yang akhirnya dia menaiki bas dan kemudian berjalan menemani Katie sehinggalah sampai di rumah barunya.
"Yes, tingkat 3, eheh.. paling atas. Sorry, saya tidak jemput naik sebab keadaan rumah masih kosong dan berselerak. Lusa baru barang-barang saya sampai. Hmm.. lain kali kalau kau lalu di sini, jemputlah minum kopi." Mungkin itu adalah langkah pertama Katie merasakan mereka 0.02 peratus semakin rapat selepas hari pertama perkenalan. Kali ini mereka berjaya bertukar-tukar informasi dari dalam bas sehinggalah masa berjalan ke rumahnya.

"Oh ya..sudah tentu." Denny mengangguk-angguk. Walaupun dia merasakan terlalu cepat untuk mereka berpisah waktu itu, tapi sekurang-kurangnya dapat membuang rasa kekok di antara mereka terlebih dahulu. Lain kali kalau pun mereka terserempak di kampus, tentunya boleh tersenyum mesra.
"Okay, lebih baik kau bertolak sekarang, takut nanti kawan kau tertunggu-tunggu pula."
"Oh.. diorang tu. Mungkin diorang balik sudah tu." Jawab Denny dengan yakin sekali.
"Errr.. kau bilang dia sedang tunggu kau di rumahnya." Katie terasa pelik dengan jawapan Denny.
"Ahhh.. Ohhh..maksud kau kawan saya di sini ya, oh yang itu... ehehe.. saya ingat yang dua beruk lagi tu," Denny terpingga-pingga, kerana baru teringat akan pembohongannya sebentar tadi apabila memberikan alasan untuk berjalan bersama. Katie hanya berkerut kening sekejap dan senyum kecil mendengar Denny mengarut.

   Kedua-duanya senyum mengikut haluan masing-masing, cinta aneh yang datang pada waktu yang tidak di jangka pada orang yang tidak di sangka-sangka. Begitulah yang berlaku di antara dua hati ini, cinta itu indah, tidak memilih orang, latar belakang dan juga masa yang sudah kau tetapkan. Cinta yang hadirnya tanpa kau duga atau di rancangkan adalah cinta luar biasa yang jarang-jarang sudah berlaku di zaman ini. Katie yang sudah sampai di dalam rumahnya berbaring di lantai dan mengoyang-goyangkan kakinya, geram dan malu sendiri dengan apa yang di laluinya sebentar tadi. Itulah pengalaman pertamanya berjalan dengan lelaki sekacak Denny, tidak pernah dia menyangka perkara itu boleh terjadi.

Denny

   Betul apa yang di rasakannya, sehingga sekarang setelah sampai di rumah pun dia masih terasa hatinya yang bertaman itu. Memang tidak salah lagi, dia sudah pun tertarik dengan Katie. Jangan di tanya kenapa dan bagaimana, dia sendiri tidak boleh menjawabnya. Bukankah cinta itu buta, dari mata turun ke hati? Dia senang sekali berbual dengan wanita itu, dia menjaga setiap perkataan yang keluar dari mulutnya, jawapannya begitu ringkas tetapi nampak mature dan melambangkan dirinya yang bijak.

   Dia berjalan menuju ke cermin muka di kamar mandi, dan membasahkan wajahnya, di lihatnya setiap sisi raut wajahnya.
"Biarlah apa pun orang mau cakap, aku tidak kisah dengan penampilannya. Beberapa tahun lagi dari sekarang dia akan keluar sebagai doktor. Yeah.. doktor muda itu kekasih aku. Uhhhhhhh!!! Hahahaha." Dia ketawa sendiri, malu dengan apa yang dikatakannya dia mengigit tuala muka itu kegeraman sendirian.

   Begitulah pertemuan rasmi mereka berdua, masing-masing sudah mengenal pasti hati masing-masing. Walaupun tiada pengakuan yang di buat, tapi masing-masing sudah dapat meneka apa yang terkandung dalam hati ketika mereka bersama. Setiap kali terserempak di sekitar universiti, mereka berhenti bertegur sapa, ketawa dan usik-mengusik. Apabila ada beberapa mata yang memandang, Katie cepat-cepat meminta diri kerana tidak mahu merosakan kepopularitian yang di miliki Denny.

   Sehinggalah satu hari Denny sudah tidak selesa dengan alasan yang selalu di beri Katie mengenai mereka berdua bercakap-cakap terlalu mesra nanti di kecam orang yang melihat, terutamanya dari peminat Denny. Walaupun sudah berulang-ulang kali di sangkal Denny, tapi Katie masih juga mempercayai hal itu.

"I want you to invite me for coffee as you promise." Kata Denny di kampus cafe jurusan perubatan itu. Awal pagi benar dia sanggup berjalan ke sana memberanikan diri berjuma dengan Katie. Dia nekad untuk melakukan sesuatu kali ini.
"What are you talking about?" Katie menyelak rambut depannya, dengan tiba-tiba saja Denny berada di situ. Beberapa mata memandang mereka sebab tahu yang Denny bukan daripada jurusan itu. Kedua-dua mereka menelan air liur, melirik-lirik di sekeliling tanpa menggerakan kepala, malu.. segan dan kekok betul bila menjadi perhatian.

Jersey No.18Where stories live. Discover now