Denny
Sengaja aku menaikan kolar leher jaket itu, dan sesekali aku tunduk sambil memeggang topi di kepalaku sewaktu masuk ke dalam hospital tempat Katie bekerja. Selain itu aku tidak mahu di kenali sesiapa, walaupun berita mengenai aku di tv, surat khabar, dan bahan media lain sudah reda. Tapi aku tahu orang ramai di luar sana telah pun mengenal pasti wajah ku ini, mereka sudah pun melabelkan aku sebagai si penagih dadah. Tahu sajalah manusia ni, apa yang di lihat dan di dengar pertama kali itulah yang di simpan terus di dalam otak. Bukti atau kebenarannya selepas itu sudah tidak berapa di pedulikan sangat. Jadi, lebih baik aku mengelak daripada menjadi bahan gosip pula. Sedangkan Echart sendiri menawarkan dirinya untuk pergi bersama aku, takut-takut aku di serbu orang ramai, mahupun kakitangan hospital sendiri. Tapi pergi secara senyap-senyap lebih baik dari berteman yang hanya akan menyusahkan lagi pergerakan ku nanti.
Sebenarnya aku bukanlah takut akan orang-orang di sekitar ku mengecam dan mengenali aku, tetapi aku takut terserempak dengan Katie. Aku tidak mahu dia melihat aku di hospital ini, kalau boleh aku juga tidak mahu melihat dia ketika aku di sini. Itu lebih baik supaya hatiku tidak terusik begitu juga dia. Masa ini bukanlah sesuai untuk kami bertukar-tukar salam selepas apa yang aku lakukan, aku cuma mahu menghabiskan pemeriksaan ini dengan cepat dan kembali ke rumah untuk berehat dan belajar strategi baru yang sudah pun di susun atur awal-awal lagi untuk game' akan datang. Aku perlu fokus, dan menguburkan sengsara pahit manis yang aku lalui beberapa bulan ini. Itu yang lebih penting buatku sekarang, aku mahu naik pada kedudukan yang selesa sebelum aku boleh memikirkan benda yang lain.
"Doctor Weaver?" Tanyaku apabila membuka pintu bilik yang mempunyai nama doktor itu berlekat pada pintu bilik berkenaan.
"Yes, i am." Dia berpaling kepadaku,
"you are...?" Soalnya lalu menanggalkan cermin mata yang di pakainya.
"Kelllll...wood." Jawabku. Alangkah terperanjatnya aku melihat Roger Weaver ialah kekasih Katie. Dua kali aku melihat dia bersama Katie, siapa lagi.. kalau bukan kekasihnya. Kalaulah dia tahu aku yang menganggu Katie, dan tidur dengan Katie sebelum ini, pasti saja dia akan mematahkan kaki ku terlebih dahulu.
"Sorry?" Dia berekerut kening. Sedangkan aku masih lagi terpacak terkena renjatan eletrik sendiri,
"Kellwood. Err..Denny Kellwood, i believe.. i have an appointment with you today." Gulpp.. aku menelan air liur ku, segera aku mengalihkan pandangan mataku ke arah yang lain.
"Oh.. yes, come in. Have a seat." Tangannya mengarahkan aku duduk di bangku besi di hadapan mejanya.Berada di dalam seperti berada di bilik air yang penuh dengan orang yang sedang menunggu giliran. Malu, geram, tidak sabar, tidak selesa.. dan membisu seribu bahasa. Dia juga tidak banyak bercakap orangnya, hanya sekali dua dia menanyakan soalan penting padaku dan kemudian menulis pada kertas yang ku bawa tadi.
"So.. you will start playing next week? Wow.. that's a good start." Dia memulakan perbualan, atau itu memang sindirannya saja. Ketika dia menjalankan ujian elektrogram, pintu di ketuk dan dia memanggil masuk."Noodles or Chicken?" Kata satu suara yang aku kenal benar gerangannya. Mujur kedudukan katil ini sejajar dengan muka pintu bilik itu. Siapa pun yang berada di muka pintu itu juga hanya akan melihat atas kepalaku tetapi tidak wajahku.
"Ermmm.. You choose for me." Balas doktor Roger.
"Ok, tapi aku ada surgery setengah jam dari sekarang, mungkin dalam 4 jam gitu."
"Then.. i'll wait you downstairs, or.. i can cook."
"Niceeee. I like that. Ok, i'll see you later."
Mendengar saja pintu itu di tutup, aku bagaikan cacing kepanasan. Aku pasti itu ialah Katie, Katie yang aku rindui, Katie yang aku sakiti. Memang tepat tekaan ku, doktor inilah kekasih hatinya selama ini, memang padanlah dia tidak begitu kisah perasaan aku terhadap dia, dan tidak pernah meluahkan isi hatinya padaku, rupa-rupanya aku hanya sekadar tempat perhentiannya saja. Hampa, dan menangis sendiri hatiku yang cukup terluka ini. Aku sudah pun tahu dia mempunyai hubungan dengan doktor yang sanggup memasak ini, kenapa pula baru sekarang aku merasakan sakitnya untuk menelan kebenaran yang ku lihat di hadapan mataku sendiri. Sekurang-kurangnya dia bersama dengan orang yang betul, yang cukup lebih baik dari aku sendiri. Kalau di bandingkan doktor ini dengan Salma, pilihan Katie adalah yang paling tepat sekali.Sebaik saja pintu lif terbuka ku lihat isinya sarat dengan kakitangan dan orang persendirian yang keluar masuk di hospital. Mereka memberi ruang untuk ku berdiri di belakang walaupun agak sesak sedikit. Aku menundukan kepalaku dan terus melangkah masuk ke dalam, kerana tidak mahu ada orang lain yang boleh mengecam aku. Hatiku pula masih banjir dengan air mata kecewa yang teramat sangat. Apabila lif itu mulai bergerak, terasa seperti ada jari-jemari yang memeggang tanganku perlahan-lahan. Pada mulanya aku hanya membiarkannya saja, ku ingat cuma orang lain yang tersentuh tanpa di sengajakan tau sajalah kalau sudah bersesak-sesak di dalam lif. Tapi, peggangan tangannya semakin erat untuk di kategorikan sebagai tersalah atau tersilap sentuh. Aku menoleh perlahan.. dan melihat katie berdiri di sebelahku.
Dia tidak memandang aku, tapi masih menggengam tanganku. Mataku berkelip-kelip, pandangan ku juga tidak beralih darinya, mahu saja air mata ku mengalir kali ini. Jantung ku jangan cakap sudah berlari meninggalkan aku terlebih dahulu. Kalaulah kami bukan berada di tengah-tengah orang ramai sudah tentu aku memeluk dia sekarang juga. Ternyata, dia sedar kehadiran aku di bilik kekasihnya tadi, kalau tidak mustahil dia berada di dalam lif yang sama dengan aku, dan menunggu aku.
'Don't leave me Katie.. Katie Volt.. please don't leave me.' Sekali lagi hanya hatiku yang berbicara, sedangkan lidah keluh tanpa kata-kata.
Dan.. saat itu.
Tingggg!
Dan saat itu.. yang ku harapkan tidak akan datang. Pintu lif itu terbuka luas dan Katie melepaskan peggangan tanganku, aku hanya mampu melihat dia keluar dari situ. Hatiku cakap kejar, kaki ku pula bilang jangan, sampailah pintu lif itu bertutup kembali.
Sepanjang jalan aku memikirkan apa yang cuba di sampaikan Katie itu padaku, kenapa dia tiba-tiba bertindak demikian. Mungkinkah itu cuma rasa simpatinya pada diriku? Mungkin juga mahu memberitahu aku untuk tidak berputus asa. Hanya dia yang tahu maksud sebenarnya.
Katie
Hanya dengan memeggang tangannya membuatkan hatiku tidak keruan, apa lagi untuk melihat dia dan bertentangan mata dengannya. Dari siang tadi aku menunggu kedatangannya sebaik saja melihat namanya di atas meja doktor Roger sebagai salah seorang pesakit yang tersenarai dalam temujanjinya hari ini. Aku sudah tidak boleh menumpukan perhatian setiap perkara yang aku lakukan, kerana sukar untuk ku putuskan apa yang harus dan boleh ku buat dengan peluang di depan mata itu. Aku terlalu merindui dia, mustahil aku boleh buat-buat tidak tahu apabila aku tahu dia berada dengan denganku. Semoga saja dia sudah kembali kepada keadaan asalnya, dan bersedia dengan perlawanan pertama dia selepas tiga bulan berehat.
YOU ARE READING
Jersey No.18
RomancePercintaan mengenai dua individu yang mempunyai dunia yang berbeza, di antara glamor dan famous, profesional dan kewajipan, keinginan dan keterpaksaan. Denny Kelwood yang baru ingin mencipta nama di arena sukan antarabangsa bola sepak negara dan Kat...