Part 25

33 2 0
                                    

Katie

"Kenapa kau lari dari hospital? Kau tidak memberitahu aku apa-apa pun?" Soal Dr. Roger di dalam keretanya.
"Aku bukannya lari, tapi aku di gantung. Aku pasti kau akan tahu juga hal ini lambat-laun."
"Kita mau ke mana?" Giliranku bertanya, melihatkan jalan yang di laluinya di hadapan, aku langsung tidak tahu kemana arah tujuan kami. Kalau bukan dia sudah menunggu di rumahku semasa dia bercakap di telefon denganku tadi, tentu saja aku tidak akan tinggalkan Denny hanya dengan secebis nota. Harap-harap dia sudah mendapat nota ku itu, dan tidak tercari-cari aku pula.
"My house." Jawabnya dan memberhentikan kereta di kawasan perkarangan rumah private, dengan rumah yang indah tersergam di depanku, rumah yang unik ku kira seni binanya. Semuanya di menggunakan glass, cermin kaca, dan simen bercat biru. Halamannya pula bertemakan seperti taman jepun, batu-batu kelikir putih di luar, dengan kolam ikan dan jambatan kecil untuk ke seberangnya di penuhi dengan pasu-pasu pokok bonsai hidup rasanya. Mustahil orang sepert Dr. Roger mahukan yang plastik kan. Aku berjalan di tengah-tengah tamannya, ada pondok rehat di situ, dengan buaian yg di ikat pada tiang kayu yang besar, lantainya juga terdiri daripada kayu-kayu mahal. Seronok aku melihat beberapa katak kecil berada di atas daun teratai di kolamnya, begitu juga dengan kura-kura hijau dan merah, timbul tenggelam pada permukaan kolam itu. Terpegun betul aku melihatnya, aku tidak pernah melihat orang bujang seperti dia mempunyai kawasan sebegini cantik.

   Di hujung pula terdapat gelanggang bola keranjang yang bersimen merah dengan garis-garis petaknya sekali, serta sebuah lagi kereta sport Jaguar berwarna kelabu hitam terletak di situ. Tidak perlu bertanyakan gaji dan pendapatannya dari jawatan yang di peggang, ternyata nilainya sangat tinggi pada pihak hospital tempatku berkerja. Sesekali aku melihat Dr. Roger yang mengekori aku dengan kedua-dua tangannya di belakang dan hanya membiarkan aku meninjau kawasan rumahnya itu. Di belakang rumahnya ada taman bunga dengan pelbagai jenis bunga dan warna, tempat duduk yang di perbuat daripada pohon pokok kayu dan juga meja bulat. Beberapa rama-rama yang beraneka warna berterbangan mengelilingi bunga-bunga yang sedang mekar itu. Aku terfikir bagaimana dia punya begitu banyak hobi dengan masa yang singkat, hampir setiap hari dan sepanjang hari aku melihat dia di hospital, mustahil dia punya masa lebih-lebih untuk mengerjakan semua ini. Melainkan dia menggunakan wang untuk mewujudkan semua ini. Semua orang tahu tiada apa yang tidak boleh di beli dengan wang di zaman ini, sehingga nyawa juga orang boleh beli dengan mudah.

"Your house.. beuatiful." Mahu saja ku bilang perfect, yang membawa satu-satunya maksud yang mungkin boleh di salah ertikannya nanti.
"It's getting cold..lets go inside." Dia mengajak aku masuk ke dalam rumahnya. Aku akur menuruti kata-katanya itu. 

   Apabila aku melangkah masuk ke dalam rumah itu, hampir terlepas perkataan wowww! Dengan keadaan rumah yang yang di kelilingi gelas kaca, aku boleh melihat jelas keadaan di luar, begitu juga atap rumahnya, awan yang semakin gelap itu juga dapat ku lihat dari dalam. Lantainya pula kayu yang di varnish, dengan di lengkapi peralatan moden, dan dapur yang di hiasi stainless steel itu nampak berkilat bila cahaya lampu memantulnya. Kalau sudah doktor segalanya pun berfikir dengan cara doktor, kebersihan dan keselamatan itu yang sentiasa di utamakan. Rumahnya luas tidak banyak barang-barang di dalam, dan cara hiasannya juga bukan seperti rumah seorang doktor tapi lebih kepada seorang businessman berjaya.

"Coffee?" Dia bertanya.
"Ohh..no." Pantas aku menjawab, soalan itu masih kedengaran sensetif pada telingaku. Apa lagi kalau seorang lelaki yang bertanya. Dengan pertanyaan itu menyedarkan aku dari terus-menerus terpukau dari keindahan rumahnya ini.
"Well, kenapa kau membawa aku ke sini?" Soalan pertamaku.
"Kenapa kau tidak datang kepadaku selepas kejadian itu berlaku?"
"Aku tidak mahu melibatkan sesiapa." Jujur tujuanku.
"Betulkah kau mengambil ubat itu?"
"Ya,"
"Katakan sebab kau memerlukannya bukan dengan tujuan yang salah."
"Aku memerlukannya." Bohong.
"Aku mahu kau kembali ke hospital esok. Aku akan uruskan semuanya nanti."
"Tidak, aku tidak boleh libatkan kau dalam hal ini."
"Sebab itu kau cuba mengelak dari aku? Tidak menjawab semua panggilan dan message aku?"
"Ianya salah aku, dan aku akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ini."
"Dan kau mahu jadikan ini sebagai tanggungjawab terakhir kau? Bapa kau pasang peguam terhandal sekali pun kau tidak akan dapat mengamalkan perubatan lagi, lesen kau akan di tarik. Itu yang kau mahu? Kau sudah bersedia untuk masuk ke universiti sekali lagi dan kali ini belajar dalam bidang lain? Fikir sekarang."

   Betul apa yang di katakannya itu, kesilapan kecil itu meletakan diriku dalam risiko yang besar. sebab aku sudah pun mengaku kesalahan aku sendiri, dan semua orang tahu aku doktor pada hari itu. Entah apa yang harus aku lakukan, adakah aku patut lepaskan saja lesen yang ada dalam peggangan tangan ku ini, yang ku korbankan selama 8 tahun untuk belajar sehingga ke tahap ini. Tapi kalau aku sudah tidak boleh menjadi seorang doktor apa perkara lain yang boleh aku lakukan? Menjadi cikgu tadika? Cashier di kedai-kedai? Mungkin berkerja dalam sektor akaun, kerana aku hebat dalam Matematik. Aku tidak pernah memikirkan semua ini boleh berlaku, dalam tempoh-tempoh aku hampir memiliki kebenaran untuk masuk ke bilik bedah ku sendiri. Tapi kenapa pula aku cuai di situ.

"Let me help you." Dr. Roger memeggang tanganku, dengan pandangan mata yang penuh bererti.
"How?" Bukan aku sangsi, cuma aku sengaja mahu mengelak dari pandangan matanya itu.
"I invent something. You just have to trust me."
"Why you do this?"
"I think you're a great doctor, smart, intelligent, you can go far with your talent and knowledge also character. But..most importantly.. i care about you. I don't want to lose you.. just ermm..for a small mistake. Human, a normal human being..make mistake."

'Kenapa pula aku tersentuh dengan kata-katanya ini. Adakah ini akan..lead to something? Unexpected..something?' Kepala ku menjawab pada diriku sendiri, aku takut untuk mengetahui kebenarannya.

"Well, let me think about it."
"Katie, you don't have time to think about it. I must do it tomorrow. Just tell me.. do it, and i will help you."
"I..I..don't know." Aku menarik tanganku perlahan-lahan, berpeluh-peluh tanganku rimas dalam genggamannya.
"Don't worry, just let me handle this ok. And please, next time if you have any problems..please..and please, come to me and tell me about it." Kali ini dia memeggang kedua-dua pipiku. Hatiku sudah terlebih dahulu berdegup kencang, tambahan lagi ini ialah rumahnya, aku tidak boleh terus-terus hanyut dalam suasana ini kalau aku tidak mahu menyesal keesokan harinya.

"I should go." Aku meminta diri untuk pulang.
"Why don't you stay here for a while.." Wajahnya berubah.
"My dad want to see me tonight. I better go." Semoga saja bapaku tidak datang betul-betul ke rumah malam ini.
"Then.. i'll drive.."
"No, it's ok. I can take a taxi from here straight to my place."
"Why you need a taxi.. if i.."
"Please doctor Roger, i mean it." Aku cuba berkeras. Dan akhirnya dia bersetuju. Dengan wajah yang tidak rela dia menghubungi teksi datang ke alamat rumahnya. Tidak lama aku menunggu teksi sudah pun sampai betul-betul di hadapan pintu pagar rumah berkaca ini.

"The taxi's here. Well.. ermmm..thank you." Lebih baik mengucapkan terima kasih daripada selama tinggal, yang ku kira tidak sopan pula selepas apa yang ingin dia lakukan untuk ku. Belum sempat aku membuka pintu teksi itu dia sudah menarik wajahku dan mengucupi bibirku, aku terkunci tidak tahu apa yang harus aku lakukan, malah tidak menyangka dia akan berbuat begitu.

"Call me." Ucapnya selepas melepaskan bibirku. Aku cuma melemparkan senyuman padanya.
Panas aku rasakan kedua-dua telingaku dengan ciuman itu. Perlahan-lahan aku cuba untuk mengatur nafasku yang turun naik. Kemudian menyandarkan kepalaku pada kerusi belakang teksi tersebut.

   Terlalu banyak yang bermain di dalam fikiranku, sehinggakan aku tidak sedar sudah dua kali pemandu teksi itu bertanyakan destinasiku. Teragak-agak aku menjawab di situ, tidak tahu ke mana arah tuju ku sudah. Apa yang patut aku lakukan? Ke mana harus ku pergi sekarang ini?

Jersey No.18Where stories live. Discover now