Katie
Setelah dua hari aku berhempas pulas untuk mengembalikan reputasi ku semula, sakit belakangku kembali lagi seperti sebelum ini. Dan sudah dua hari juga aku cuba untuk bertahan daripada mengambil ubat tersebut, apatah lagi apabila keputusan pemeriksaan ku keluar dan doktor pakar yang merawat aku mengatkan semuanya dalam keadaan baik. Dia mengandaikan sakit itu berpunca daripada stres yang ku alami, sebab itu tubuh memberi signal' dalam cara yang berbeza-beza, dan dalam kes aku sakit belakang inilah hasilnya.
Bagaimana mungkin seorang doktor pakar bedah seperti aku tidak mengalami stres, apa lagi ini baru tahun pertama aku berada di dalam bilik bedah. Selain banyak benda yang harus ku pelajari, aku juga perlu bertarung dengan masa yang ada dalam sehari. Tumpuan yang tidak berbelah bagi ketika di dalam bilik pembedahan serta membuat keputusan dengan tepat untuk menyelamatkan nyawa setiap hari. Kerana tidak mahu bergaduh dengan falsafah hidupku dan menanggung sakit yang menganggu tumpuan ku dalam menjalankan tugas, aku menelan ubat tersebut dan meneguk air sejuk dalam gelas kertas yang ada di bilik persalinan itu. Hanya beberapa jam lagi masa ku akan berkakhir dan aku mahu menggunakan sisa-sia masa itu untuk menghabiskan lawatan kepada pesakit-pesakit ku yang masih berbaki lagi.
Hari ini saja 3 kali jadual ku membuat pembedahan secara solo untuk beberapa kes yang ringan tetapi memerlukan masa yang panjang untuk melakukan prosedur tradisional itu. Sebab itu doktor pakar bedah veteran selalunya membuang kes-kes seperti itu kepada doktor muda dan kurang berpengalaman seperti aku, bagi mereka kes seperti itu membuang banyak waktu dengan hanya mata sebelah saja mereka boleh melakukannya, memang sesuailah doktor muda yang menyelesaikan untuk menambah bilangan pengalaman mereka. 12 jam terus-menerus aku berada di dalam bilik pembedahan hari ini, selepas satu datang satu lagi. Perasaan teruja untuk berada di bilik pembedahan ini yang di ketuai oleh aku sendiri, sudah lama hilang dalam diriku. Kini, aku lebih menganggapnya sebagai satu ujian saja, untuk mempraktikan segala-gala yang aku pelajari sebelum ini. Bidang ini satu-satunya seratus-peratus apa yang di pelajari dalam buku keluar bulat-bulat di hadapan mata. Setiap langkah dan perkara yang perlu di hafal sememangnya itulah yang akan di buat dalam keadaan sebenar. Ada orang kata apa yang di buat pada realiti tidak sama seperti apa yang anda pelajari di dalam buku. Tapi bagi hal perubatan dan kedoktoran semuanya bergantung pada buku dan bukti-bukti bertulis yang lain. Maka itu seorang doktor atau pun saintis lebih mempercayai benda di hadapan mata, yang mempunyai bukti yang kukuh, yang sudah tertulis dan logiknya.
"What a shame.."
"He's new right? I read from somewhere he's really good."
"I don't know where he's from, but he play really good. Yes!"
"Ohhh.. football politic everywhere now."
"Girl is like a medicine. Good medicine can cure your diseases, bad meds.. ruin your life. Poor him, bad meds this time."
"Siapa yang tidak jatuh hati pada model seperti dia? Look at her size.. woww.."
"Jossh.. janganlah kasih ketara sangat, i know your hobby.. but please keep it for yourself."
"Hey.. listen..listen.."
Inilah kerja-kerja sampingan staf di hospital ini, semuanya kaki gosip. Memandangkan dunia mereka terbatas pada sempadan pintu masuk hospital ini, hanya tv, akhbar, dan juga internet sebagai sumber maklumat mereka untuk mengetahui hal yang berlaku pada dunia luar."Ya, saya dan Kellwood sememangnya sudah lama mempunyai hubungan cinta. Kami memang rapat dari universiti lagi. Cuma dia tidak mahu mendedahkan hubungan kami ini kerana kariernya yang belum begitu stabil. Lagipun saya juga sibuk dengan pengambaran dan show yang sudah pun berada di dalam jadual. Pada malam itu kami keluar makan seperti pasangan kekasih yang lain, entah kenapa dia membawa saya untuk ke kelab itu dan kami minum bersama kawan-kawan yang lain. Mungkin sebab dia seorang pemain bola yang sedang meningkat naik sekarang dan perlu mengambil hati kawan-kawan di sekeliling dan menjaga imejnya, tetapi malam itu dia mendapat kebenaran daripada pengurus pasukan dan jurulatihnya. Tetapi dia minum sampai mabuk, dan saya tidak tahu bagaimana dia boleh positif dadah pada malam itu, kerana kami pulang ke hotel yang sudah di tempahnya lebih awal. Kami tidur di sana semalaman, dan saya terpaksa meninggalkan dia awal pagi lagi kerana saya mempunyai penggambaran di bandar yang lain."

ANDA SEDANG MEMBACA
Jersey No.18
RomancePercintaan mengenai dua individu yang mempunyai dunia yang berbeza, di antara glamor dan famous, profesional dan kewajipan, keinginan dan keterpaksaan. Denny Kelwood yang baru ingin mencipta nama di arena sukan antarabangsa bola sepak negara dan Kat...