Katie
Sudah dua hari aku tidak pulang-pulang ke rumah. Nampak betul hospital ini menjadi rumah pertama ku. Kepenatan dan keletihan yang ku rasa betul-betul tidak boleh ku kawal sudah. Bukan 2 tapi 5 gelas kopi sudah hari ini ku masukan ke dalam badan, pun masih belum dapat melawan rasa mengantuk ku. Apa tidaknya hanya 4 jam saja ku tidur dalam 48 jam aku ke sana dan ke sini berlari memenuhi kewajipan.
Bukan tidak ada doktor lain tetapi doktor baru seperti ku memerlukan pengalaman dan kepercayaan yang penuh dari pakar-pakar lama untuk memberikan seluruh bilik pembedahan itu ke dalam tanganku. Lagipula, semua orang tahu doktor baru harus berkerja lebih dari doktor-doktor yang sudah lama. Cuma yang tidak ku ketahui kerja lebih itu bermaksud aku terpaksa mengorbankan segala-galanya termasuklah waktu tidur dan juga makan ku.
"Doctor Volt .. result untuk pesakit di katil 2 sudah pun keluar." Panggil Renee yang menghendap dari pintu kawasan rehat doktor-doktor pakar seperti aku.
"Yeah..yeah.. i'm coming.. as fast.. as i can." Keluhku yang sudah tidak bermaya, badan ku juga tidak berdaya untuk di gerakan. Mata ku seperti naik juling bila saja aku mulai membaca sesuatu di atas kertas. Nampaknya sistem otak ku juga tidak lama lagi..power off'."Can you just give me .. 10 more minutes?" Pinta ku.
"Sure,"
"Ahh.. Renee can you give me something for my backache."
"You mean Ritalin?"
"Yes,"
"Tapi doc bukan dari minggu lalu kah kau mengadu sakit belakang, kenapa tidak ambil masa dan pergi cek. Jangan asyik makan ubat begitu, nanti buruk jadinya." Nasihat Renee. Rupanya dia juga perasaan dengan gerak-geriku. Ternyata hospital ini mempunyai banyak mata-mata dari belakang.
"Kalaulah aku ada masa lapang. Aku perlukan kaki aku ini untuk berdiri sehingga esok barulah aku dapat buat seperti apa yang kau cakapkan itu." Alasanku."Are you sure? Bukan sebab kau ketagih kan?"
"Bulls***! What kind of question is that?" Marahku, terkena betul dengan tuduhannya tadi.
"Ok..ok.. i'll get it for you now."
"Bagi aku bekalan sehingga hari esok ok." Jerit ku lagi.Sudah dua minggu sebenarnya aku mengambil ubat magik itu, yang membekalkan tenaga bila mana aku memerlukannya. Ubat tradisional itu yang selalu di gunakan oleh budak-budak universiti sebagai jalan singkat bagi yang belajar pada saat-saat akhir sebelum ujian dan peperiksaan berlangsung. Kalau di campur dengan kopi lagi, mata kalah-kalah burung hantu besar sepanjang masa.
Bilik stor ini tidak seperti bilik-bilik stor yang di fikirkan kamu, bilik stor ini bersih, dan berhawa dingin mengikut suhu yang yang sudah di programkan. Kerana di sinilah tempat penyimpanan alatan dan keperluan kecemasan untuk pesakit luar. Masalahnya terlalu banyak benda di sini sehingga aku sukar untuk mencarinya dengan hanya sekali pandang. Gauze yang begitu besar juga tidak timbul-timbul pada penglihatan ku. Ini kan pula syringe 1cc, betul-betul buat aku naik angin.
"Hey, calm down." Tegur doktor Roger yang entah dari bila dia berada di dalam bilik itu.
"Mari saya tolong kau cari." Serta-merta dia mengambil senarai barang dalam tanganku, tidak salah-salah seperti di supermarket.
Sejak dua menjak ini dia semakin berubah, dia tidak lagi pernah menjerit padaku. Tetapi itu tidaklah bererti kami mempunyai apa-apa hubungan untuk aku di layan begitu, sekurang-kurangnya tidak pada aku. Dia? Entahlah.. aku takut untuk mengetahui kebenaran itu. Tiap baris kata-katanya lebih bersopan dan kedengaran baik di telingaku. Dia tidak boleh ada hati dengan aku, sebab dia adalah bos aku di tempat kerja. Aku tidak mahu orang lain akan bermulut-mulut bahawa aku sengaja mengoda dia sebab mau dia membantu aku naik dalam sistem hospital ini, naik dari kedudukan aku yang sekarang ini.Aku cekap dan hebat, aku prihatin dan dedikasi. Tentu saja aku boleh lakukannya dengan usaha aku sendiri tanpa pertolongan orang lain.
"Sejak bila kau tidak tidur?" Tanyanya. Dia juga perasaan hitam bengkak di bawah mataku.
"Err.. i can't really remember." Aku senyum, tapi buat-buat mencari benda yang kurang dalam senarai itu yang aku sendiri pun tidak tahu apa lagi yang di perlukan.
"Let's go.." Katanya, dan sekali lagi dia menarik tanganku begitu saja. Dia betul-betul expert bila menarik tangan orang sesuka hatinya. Belum sempat aku membantah, laju saja langkahnya membawa aku masuk ke bilik pejabatnya dan meletakan tanda 'out', kemudian mengunci pintu dari dalam. Semua langsir juga di turunkan, dan mengambil sehelai tuala biru dan menyerahkan padaku.
YOU ARE READING
Jersey No.18
RomancePercintaan mengenai dua individu yang mempunyai dunia yang berbeza, di antara glamor dan famous, profesional dan kewajipan, keinginan dan keterpaksaan. Denny Kelwood yang baru ingin mencipta nama di arena sukan antarabangsa bola sepak negara dan Kat...