Part 39

51 2 1
                                    

Katie

"Doctor Volt, doctor Volt... come here and look at this.." Renee memanggil aku ke bilik jururawat yang menjadi tempat dan ruangan mereka untuk berehat, minum makan sekiranya tidak ada masa untuk turun ke cafe di bawah, tapi tempat itu jugalah menjadi tempat lepak dan gosip dari artis, wayang gambar dan drama, keluarga mereka, pesakit mahupun kakitangan di hospital ini. Kata orang jururawat lah nadi di sesebuah hospital itu, mereka yang menjalankan hospital itu siang-malam, dari membersihkan, mempersiapkan, menguruskan juga menyelesaikan sesuatu hal yang bukan saja berkenaan hal pesakit tetapi merangkumi semua aspek.

"Yes, what is it?" Tanya ku yang terlebih dahulu mengambil epal hijau di atas meja itu dan kemudiannya mengigit kecil.
"Did you see this?" Kata Josh yang menekan punat tv 32 inci itu untuk meninggikan suaranya. Aku berdiri menghampiri tv tersebut untuk melihat apa yang sebenarnya di sampaikan oleh berita jam 9 itu.
"Denny.." Kataku, tidak semena-mena epal di tangan ku jatuh berguling di lantai yang sudah tidak ku hiraukan lagi. Lemas seluruh tubuhku, aku terpingga-pingga untuk seketika.
"Ohh.. kay, i don't think you saw it." Josh menutup segera tv itu, tapi aku juga tidak menghiraukan dia dan sesiapa pun dalam bilik itu yang sedang melihat reaksi ku.
"Ok, take a breath now.. calm down." Renee memeggang tangan dan bahuku membantu untuk menenangkan aku.
"I need to go, tell them i have an emergency..outside." Segera aku meninggalkan bilik itu, aku berlari ke bilik persalinan menanggalkan jubahku dan menukar kasutku, mengambil beg tanganku dan mencari telefonku untuk memanggil nombor Denny.

Tutt...tutt..tutt.. tutt..tutt..tut..

Tidak ada jawapan langsung, aku mencuba sekali lagi juga benda yang sama. Aku berlari turun keluar dari hospital, aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan tapi aku perlu melihat sendiri dengan mata kepalaku.
"Doctor Volt bed no.13 is ready. Doctor Volt? Doctor Katie Volt..." Namaku di panggil tapi aku sudah tidak pedulikannya, buat pertama kali aku perlu selesaikan urusan peribadi ku di luar dari hospital ini, dan buat pertama kali aku memilih hal berkaitan diriku dari hospital ini. Aku berdiri untuk menunggu teksi yang lalu di situ, baru pula aku teringat aku tidak sempat untuk mendengar nama hospital itu, aku balik semula ke dalam hospital untuk mencari Josh atau Renee kerana pasti mereka berdua ada mendengar nama hospital itu di sebut. Dan pada saat itu kereta Audi biru berhenti di hadapan ku dan cermin tingkapnya di turunkan.

"Get in.." Kata doctor Roger yang berada pada tempat duduk pemandu.
"Wher..." Aku serba-salah tidak tahu bagaimana untuk menjelaskannya lagi.
"It's St. George's Hospital, you must go to the St. George's Hospital right?"
"How do you know?"
"They told me, you left our patient in the toilet alone.. after he's been through 3 hours surgery this morning."
"Ohh.. Lincoln." Balasku selepas menyedari apa yang sudah aku lakukan.
"Now, get in. You need someone to watch over you before you do something without you even realize it."
"Doctor Roger.. I.. I.. I can't use you like this." Hatiku sakit pada masa yang sama dengan tindakan doktor Roger yang masih mahu berada di sisiku saat-saat aku mahu pergi kepada Denny.
"Use me.. I don't mind. As long as.. i know you happy and safe." Dia tidak melihat aku yang masih lagi berdiri di luar keretanya, mungkin dia tidak mahu aku melihat perubahan wajahnya itu.
"You make me feel guilty."
"Don't be.. now, get in. We don't have much time." Tinggi suaranya mengarah aku. Tanpa berfikir panjang aku terus saja masuk ke dalam keretanya. Dia merebahkan badannya ke arahku dan menarik tali pinggang di sebelah tempat duduk ku dan mengenakannya untuk ku. Kemudian menekan minyak membuatkan keretanya meluncur laju di tengah-tengah jalan raya di hadapan kami.

   Di dalam perjalanan kami tidak banyak berbual, hanya beberapa soalan dia tanyakan kepadaku, rasa kekok bila dia membawa aku untuk berjumpa Denny sedangkan aku tahu isi hatinya terhadap aku.
"When is the last time you heard from him?"
"Hmm.. errrr.. This morning, around..10 i think." Jawabku sambil mengingati semula perbualan ku dengan Denny sebelum dia memulakan perlawanannya siang tadi. Dia cuma memberitahu ku yang dia mungkin akan sampai lewat malam ini, tetapi dia masih mahu berjumpa dengan ku pada tengah malam ini di stadium tempat dia berlatih. Sudah beberapa kali dia mengingatkan aku mengenai perjumpaan itu, aku tidak tahu apa yang pentingnya sangat sehingga sms terakhirnya juga berbunyi:

Jersey No.18Where stories live. Discover now