Part 38

43 1 0
                                    

Denny

"Aku ke Stamford Bridge stadium, Fullham esok."
"How long?" Katie berhenti dari menghisap minumannya dari pada straw itu.
"2 days. Malam ini aku pulang ke rumah melawat orang tua ku yang sudah begitu lama tidak ku lawati." Memberitahu dia rancangan ku selepas aku menghubungi ibu ku siang tadi.
"Good. Kau patut menghabiskan banyak masa dengan mereka memandangkan kau selalu ke luar bandar dan tempat-tempat lain."
"I know. Stay with me a little longer." Pintaku, hatiku yang berbunga-bunga ini terasa sukar untuk melepaskan dia selepas melafazkan rasa hati yang ku pendam-pendam hampir 5 tahun lamanya, sejak hari pertama aku mengenali dia di universiti.
"I wish i could.. tapi, aku ada surgery yang sudah di program dua minggu lalu, aku tak boleh mengangguhkannya lagi."
"Tugas lebih penting kan?" Pasrah aku mengiyakannya.
"Noooo.. Nyawa lebih penting." Dia senyum, lesung pipit kecil di sebelah kiri kelihatan jelas.
"Ehehehe.. kau memang tidak benarkan aku menang. Are you going to finish that?" Aku sengaja meminta lebihan cupcake di pinggannya itu, untuk menunjukan aku serius kali ini, ingin lebih dari sekadar kawan biasa atau kenalan universiti. Berkongsi sesuatu kepunyaannya juga membuatkan kami merasa lebih dekat.
"Hey.. you need to watch your weight."
"I'll walk to Watford."
"I don't think you can use your legs after that."
"Hahahaah.. What you want to do when i come back?" Ku susun dengan kemas piringnya di atas meja itu.

"Errrr... let's do wild things."
"What you have in mind?" Rambut depannya ku usik dengan perlahan.
"Well.. how about errr.. fishing?"
"In this season? And... is that what you call wildddd?" Mahu saja aku gelak dengan cadanganya itu.
"You right.. Its's getting cold outside." Dia senyum tersipu-sipu pada ku, mungkin agak janggal untuk duduk bersama bila dia sudah tahu isi hatiku, tapi rasa seronok bagiku seperti terlepas dari bebanan yang berat. Bagaikan tidak puas aku melihat wajahnya dengan lesung pipit kecil di sebelah kiri itu, matanya besar dan menggoda. Keningnya hanya di rapikan tanpa perlu di lukis lagi, bentuk bibirnya juga mengundang aku untuk menyentuh dengan bibirku. Jari-jarinya yang mulus, panjang dan runcing itu berada di celah-celah jari-jemariku, ku perhatikan satu-persatu jarinya kemudian ku kunci terus ke dalam kotak ingatanku.
"You will wait for me this time right?" Aku inginkan kepastian, dia segera mengangguk. Tambah lebar senyuman di hatiku. Dengan jawapan itu saja aku sudah tahu dia juga berkongsi perasaan yang sama seperti ku, tidak perlu lagi mengungkit atau bertanyakan hal yang lain, dan lelaki yang lain.

"Aku betul-betul tidak ingin pergi, tapi kau juga punya tanggungjawab mu. I will message and call you after i get a new cellphone this evening."
"Denny.." Suaranya gusar seperti ada sesuatu yang ingin dikatakannya.
"Yes?" Aku menunggu..
"Denny.." Dia kelihatan sukar untuk meluahkannya.., aku cuma memberikan senyumanku dan menunggu dengan sabar.


Katie

'I love youuuuuuu!!!' - Jerit hatiku. Kenapalah begitu sukar untuk aku lafazkannya. Aku tahu inilah peluangku, inilah masanya aku juga memberitahu dia isi hatiku. Tapi kenapa begitu sukar untuk keluar dari mulutku, lidah ku keluh, dan aku.. aku..
"Thank you." Hampa, hanya itu yang mampu aku katakan akhirnya. Tidak pernah aku menyebut perkataan cinta itu kepada sesiapa, walaupun aku mahu betul memberitahunya saat ini, dan inilah yang akan menjadi pertama luahan hatiku pada seseorang.
"I love you too.." Balasnya sambil memandang ke dalam anak mataku, kemudian menyentuh lembut pipiku. Merah padam wajahku ku rasakan kerana dia sudah pun tahu apa yang ingin aku katakan sebenarnya.

   Kami berdiri bersama-sama dan aku menghantar dia ke ruangan hadapan untuk melihat dia pergi dari hospital ini, sebelum aku kembali kepada tugasku. Bila ku lirik jam tanganku yang sudah pun 3 jam berlalu kami bersama-sama, sedikit-sebanyak hatiku lega dan sudah tidak sabar untuk menyambung kembali masa tugasan ku sehinggalah lewat petang ini. Begitulah hubungan aku dan Denny, tidak ku tahu bila kami bermula dan bila pula kami berpisah, tanpa perlu kata-kata pendahuluan atau penjelasan yang panjang lebar, duluan hati ini berbicara sendirian. Kami lebih senang begitu, sejak dari universiti lagi begitulah cara berkomunikasi yang kami pilih antara satu sama lain, tidak perlu menjerit-jerit bergaduh, atau melutut-lutut merayu semuanya sudah di ceritakan hati. Pelik, asing, berbeza, panggilah apa pun yang orang mau, tapi cinta kami sememangnya wujud.

Jersey No.18Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang