Katie
"Good morning." Ucap doktor Roger di sebelahku, berkelip-kelip mataku melihat keadaan bilik yang mewah itu, yang tentunya bukan milik aku. Apa lagi bila doktor Roger turut baring di sebelahku. Automatik aku melompat berdiri dari katilnya, malu dan merah padam muka ku di buatnya.
"Ehehe.. what's wrong? Now you scared? Or you shy? After you slept well last night in my arms, auuuuwwww.. it hurts." Dia memusingkan tangan kirinya itu.
"Noo...no.. this can't be true."
"Heyyy.. ehehe.. what? Don't worry, we didn't do anything wrong. Benar aku meluahkan isi hatiku padamu, tapi aku hanya akan menyentuh mu bila kau membenarkannya dan berkongsi perasaan yang sama dengan ku. Jangan risau, aku tidak akan melakukan sesuatu tanpa kerelaan mu." Dia datang kepadaku dan menarik tanganku untuk duduk semula di katil itu.
"Now..tell me what happend? Don't say.. it's nothing. Because i know you still took the meds, and last night was..was.. Ohhh..Katie, katie.. huuuh." Jelas kedengaran dia menghembuskan nafas kecewanya yang panjang."I told the hospital that one of your family member died. So, they granted your personal leave for a week."
"What? Now you want me to join your group..'on leave'?"
"Kau perlu berehat dan meninggalkan tabiat buruk itu. Sehingga kau betul-betul bebas dari penyakit ini, barulah aku benarkan kau kembali untuk bertugas semula. Kalau tidak, aku sendiri yang akan memberikan notis berhenti kerja kepadamu. Pilihan di tangan mu?"
"Kau mengugut aku?"
"I love you.. and No. Aku maksudkan apa yang keluar dari mulutku selama ini."Disebabkan aku tiada pilihan lain aku bersetuju untuk melakukan semua yang di pintanya, dia memberikan aku bilik tetamu di dalam rumahnya untuk tinggal bersama dia selama seminggu. Aku membantah sebelum itu, tetapi apabila melihat plan jangka pendek yang di siapkannya itu untuk aku, hatiku cair kembali, dan aku fikir berada dekat dengannya membantu aku untuk melupakan perkara yang betul-betul menyakitkan aku sebelum ini.
Oleh itu hari-hari ku sibuk bersama doktor Roger, dia menemani aku untuk sesi berkumpulan di komuniti center khas untk orang-orang yang bermasalah seperti aku, kemudian menghadiri kaunseling. Selain itu menjalankan ujian darah dan ujian lain untuk mengetahui tahap kesihatan ku. Sebelah petangnya dia membawa aku melakukan beberapa aktiviti outdoor yang mengeluarkan peluh, seperti bersukan, berjalan kaki, hiking, dan semunya yang berkaitan alam semulajadi. Kami juga menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan pada rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua. Sungguh, itulah pertama kali aku menemui ketenangan dalam diriku, penat tapi puas dengan apa yang aku lakukan. Hubungan ku dengan doktor Roger juga semakin erat tanpa kami berdua sedari.
Hari pertama dan kedua begitu sukar buatku, tanganku bergegar-gegar, perasaan cemas dan tidak tenteram membuatkan aku hilang pertimbangan dengan cepat. Aku tidak sedar sudah sekian lama aku mengamalkan ubat rahsia itu, sehingga tubuh badan ku juga sudah biasa dan sebati dengan ramuan-ramuannya yang juga rahsia dan membahayakan. Inilah agaknya yang membuatkan aku gelisah tidak menentu. Aku berulang-alik di dalam bilik tetamu yang di sediakan doktor Roger, nafas ku juga tidak menentu, degupan jantung ku semakin berdegup kencang. 'Nervous System' badanku memberikan signal alert di hantar terus ke kelenjar pituitari. Aku cuba pula baring di katil dan masuk ke dalam selimut, juga tidak memberi kesan. Perasaan ku seperti orang yang kepanasan, sama seperti orang yang tidak duduk senang tidak sabar menunggu gaji masuk di hujung bulan, berulang-alik singgah sana sini untuk melihat mesin ATM kalau-kalau gaji sudah masuk. Hanya mereka yang terpilih saja pernah merasakan dan memahami keadaan itu.
Segala kuku-kuku jari ku gigit, rambut ku juga habis ku tarik-tarik tidak ketentuan. Aku betul-betul tidak rasa tenang, bilik ini saja ku lihat sebagai penjara buat aku. Kalaulah boleh ku ikat kaki-kaki dan tangan ku ini kan bagus, sama seperti pesakit di hospital yang biasa kami lakukan. Inilah yang di panggil perasaan ketagih, perasaan perit yang harus ku atasi dengan sendiri. Mujur doktor Roger tidak berada di rumah sekarang ini, oleh itu dia tidak melihat keadaan aku yang memalukan. Di mana harus aku letakan muka ku apatah lagi aku seorang doktor yang tidak ingat tanggungjawab dan menyalah gunakan kepakaranku. Pintu kamar mandi di dalam bilik itu ku tolak dan mengisi tab mandi itu dengan air paip yang sejuk, dengan baju-baju sekali ku masuk di dalam berendam. Ku biarkan saja badan ku pucat mengigil supaya kepala otak ku berhenti untuk memikirkan benda terlarang itu. Sehinggalah aku terlena sendirian dalam keadaan duduk, memeluk kedua-dua lututku kesejukan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Jersey No.18
RomancePercintaan mengenai dua individu yang mempunyai dunia yang berbeza, di antara glamor dan famous, profesional dan kewajipan, keinginan dan keterpaksaan. Denny Kelwood yang baru ingin mencipta nama di arena sukan antarabangsa bola sepak negara dan Kat...