Part 7

49 3 0
                                    

  Dengan masa pertama kedudukan mata 1-1, masa rehat itu dia berdoa di dalam hati agar di berikan peluang bermain pada masa kedua nanti.

"Berapa lama sudah kau bermain dalam kelab ini?" Tanya Denny pada Arthur salah seorang ahli dalam kelab itu yang tersangatlah berat mulut.
"Uhhhmm.. 2 years." Jawabnya sambil mengikat tali kasut yang sebenarnya tidak pun longar atau terbuka.
"Berapa gol sudah kau jaringkan?" Tanya Denny lagi, kerana Arthur Arfiel juga sepertinya pemain simpanan penyerang bagi kelab itu.
"None." Dia tidak memandang Denny.
"None? What do you mean? Kau belum pernah menjaringkan gol? Mungkin belum nasib kau lagi."
"Belum nasib aku lagi untuk bermain bersama mereka."
"Apa? Kau tidak pernah di berikan peluang untuk bermain bersama? Jadi..selama dua tahun ini kau hanya duduk sebagai pemain simpanan di sini?" Terkejut Denny mendengar pengakuan kawannya yang berkulit hitam itu.
"Tidak kisahlah, aku cuma perlukan biasiswa saja. Aku sudah berhenti mengharap sejak tahun pertama lagi, kalau aku jadi kau.. baik berhenti berharap sekarang. Sebab politik dalam sukan ini bukan permainan orang-orang seperti kita. Semua yang berada di atas padang sperti yang kau nampak bukan saja berbakat dan juga handalan, tetapi ada keluarga mereka yang membayar pihak universiti dan kelab ini untuk memastikan kedudukan dan posisi anak mereka di atas padang itu."
"Aaah..kau biar betul?"
"Dimana-mana pun ada politiknya tersendiri. Itulah yang menghidupkan sukan ini." Kawannya itu bangkit dan berjalan keluar apabila masa rehat telah pun tamat.

   Perbualan itu membuatkan dia berfikir, dia yang tadi begitu bersemangat kini... seperti semuanya sudah menjadi debu berterbangan di udara. Dia tidak tahu permainan politik di kelab itu lebih teruk dari apa yang di ketahuinya. Nampaknya bukan dia saja yang kecewa, Katie juga akan turut kecewa kerana tidak akan melihat dia bermain.

"Kellwood! Kellwood!!!" Panggil jurulatihnya. Seorang lagi kawannya Lennon menyiggung sikunya. Barulah dia tersedar dari lamunan itu.
"Panaskan badan." Arah jurulatihnya lagi.
"Haa?" Dia binggung kerana tidak faham dengan apa yang di maksudkannya itu.
"Dia akan masukan kau.. bersama Arfiel. Lihat... Arfiel sudah pun bersiap-sedia di tepi garisan menunggu namanya di panggil." Jelas Lennon. Terkebil-kebil matanya seperti tidak mempercayainya.
"Kellwooddddd!" Jerit jurulatihnya lagi, segera dia bangun dan mula merenggangkan otot-ototnya di tepi padang itu. Nampaknya peluang yang di tunggu-tunggu datang juga akhirnya. Walaupun cuma 10 minit seperti janjinya pada diri sendiri, dia akan memanfaatkan setiap minit yang di berikan itu.

   Kedudukan mata sudah pun 3-1 yang berpihak pada pihak lawan. Tidak heran kenapa dia mendapat peluang itu, rasa-rasanya jurulatihnya sendiri tahu yang mereka sudah tidak mempuanyai harapan besar lagi untuk memenangi perlawanan ini. Sebab itu dia mengeluarkan pemain simpanannya saja-saja memberikan mereka peluang untuk beraksi pada sisa baki masa yang ada.

    Denny mencari-cari Katie buat seketika, tetapi dia tidak melihatnya.. mungkin tidak perasaan di manakah Katie duduk pada waktu itu. Tapi Alan dan Prakash kelihatan dengan jelas  dari kejauhan. Mungkin sebab kombinasi kulit mereka yang seperti kopi dan susu bila di ganding bersama, jadi senang untuk di lihat. Sementara menunggu namanya di panggil, dia bersiap-sedia di luar garisan dia tunduk mengetatkan ikatan kedua-dua tali kasutnya. Setelah nombornya di sebut dia melangkah masuk dengan kaki kanan terlebih dahulu ke dalam kotak garisan padang yang luas menghijau itu. Menurut kepercayaan pemain-pemain sepertinya, melangkah masuk ke dalam padang dengan kaki kanan adalah untuk mendapat luck' yang semua mereka harapkan.

   Dia belari ke arah Arfiel mengenggam jarinya seperti penumbuk, dan kemudian di sambut dengan penumbuk Arfiel sebagai tanda semangat buat mereka berdua yang menjadi permainan pertama buat mereka bersama.

   Begitu indah perasaannya ketika itu, tanpa ada tekanan untuk menang atau tanggungjawab yang perlu di pikulnya. Sebab semua orang tahu mustahil pasukan mereka boleh menyamakan lagi mata kalau sudah tinggal lebih kurang 20 minit saja lagi permainan akan tamat. Jadi ada baiknya dia bermain seperti dirinya sendiri, seperti apa di pelajarinya yang sudah lama di simpan-simpannya selama ini. Begitu semangatnya taatkala dia berlari laju mengejar bola ke sana ke sini untuk mencari peluang merampas bola. Lariannya cantik dan laju, pergerakannya tangkas dan hebat, dia bermain dengan begitu gembira pada hari itu.

   Sehinggalah pada minit-minit terakhir apabila dia menghantar bola itu kepada Arthur untuk di masukan ke ruangan gol lawan.. telah menukar nasib mereka selama-lamanya. Dengan pungutan mata 2-1 sekurang-kurangnya tidaklah meletakan mereka di tangga yang begitu jauh dari sistem pemarkahan yang sudah di tetapkan.

   Keluar saja dia dari padang jurulatihnya membawa dia dan Arfiel berjumpa dengan beberapa orang yang menggelarkan diri mereka agen atau pengurus atlet. Dalam diam Denny tahu mereka siapa, hatinya sudah pun menlonjak-lonjak keriangan. Selesai saja perbincangan itu, dia terus berlari mencari Katie di bahagian tempat duduk penonton, tapi tidak kelihatan.

"Heyyyy.. I'm proud of you today. I can't believe you.." Belum sempat Salma menghabiskan kata-katanya, Denny jalan terus tidak mengendahkan dia lebih lama. Dia perlu mencari Katie untuk berkongsi berita gembira ini.

"Kau tahu dia cari siapa?" Tanya Salma kepada dua orang pom-pom girl di sisinya.
"Entah. Dia sudah ada perempuan lain tak?" Jawab si A. Cuba meniup api yang sedang marak.
"Perempuan? Siapa? Kenapa aku tidak tahu apa-apa pun?" Nampaknya air yang di jerang sudah pun mendidih.
"Nanti kami cuba risik-risik siapa perempuan itu." Bagitau si B pula.
Kemarahan Salma jelas terbayang di wajahnya. Bukan sebab Denny mempunyai perempuan lain, tetapi kerana Denny tidak memperdulikan dia semasa dia cuba berbaik-baik dengan Denny di depan semua orang, atau dengan lebih tepat lagi cuba untuk menumpang glamor yang hanya seminit saja ada pada Denny.

"Kau di mana?" Denny bercakap di dalam telefonnya. Dia sudah tidak boleh tunggu dan sabar lagi.
"Baik, aku datang sekarang." Dia mengakhiri perbualan itu dan kemudiannya lari pecut sekuat yang dia mampu. Beberapa orang penuntut yang melihat aksinya cuba memberi laluan padanya memandangkan dia tidak boleh di kawal lagi, apatah lagi melihat baju jersey nya itu.

"Katie.. Katie.." Panggilnya di ruang koridor itu, dia sudah tidak malu-malu menyedari mata-mata yang memandang.
"Shhhh...Shhhh.." Katie memberi isyarat perlahan sebaik saja melihatnya berlari ke arah dia.
"Aku ingat kau datang tadi." Tanya Denny tercungap-cungap.
"Maafkan aku, aku hanya dapat menontonnya pada masa pertama saja. Aku ada pembentangan sekarang ni." Jelas Katie yang memeluk erat buku-buku di dada.
"Jadi ada berita baik untuk aku?" Dia seperti sudah dapat membaca air muka Denny.
"Ada agen yang akan mencari kelab untuk aku, hahahah..hahah"
"Betul ni? Woooow..woooot..woooow.. Woahh, i can't believe what i just heard." Katie melompat kegirangan, perasaan semacam memenangi anugerah doktor terbaik saja dia rasakan, orang sekeliling juga sudah tidak di pedulikannya. Usaha kecilnya bersama Denny betul-betul terbalas dalam sekelip mata.
"Wa...wa..wait. Isn't it too fast?" Katie ragu-ragu, seperti semuanya berada dalam mimpi. Sepatutnya adegan gembira saat ini patut di jadikan penutup cerita ini, tapi kenapa.. berada di permulaan bab kisah dia dan Denny yang baru bermula? Ternyata mesti ada sesuatu yang tidak kena.
"Why? Kau tidak mahu semua ini berlaku sekarang? Kau mahu menunggu selepas bertahun-tahun aku berusaha, jatuh dan bagun dan jatuh lagi.. barulah boleh mendapat berita gembira ini?"
"Bukanlah maksud aku begitu, aku cuma... urrrm.., lupakanlah. Ahahaha... woooooohooo..." Katie menjerit kecil sambil melompat riang.
"Aku ingin memeluk mu, tapi nanti kita keluar depan surat khabar pula esok. Ahahaha.. aku tunggu kau di perhentian bas petang nanti." Denny berbisik dekat dengan telinga Katie kemudian belalu pergi dengan senyuman yang paling menawan.

"Kenapa dengan dia tu..sampai datang ke sini?" Sara cepat-cepat menghampiri Katie ingin tahu.
"Betul oh.. kau memang ada hubungan rupanya dengan dia. Aku ingat kau cuma cakap-cakap kosong. Ohoooo... famous lah kau sekarang ni kan? Ehehehe.. kekasih pemain bola sepak pula tu." Xin mula mengusik.
"Ermmm.. aku macam tidak sedap hati saja." Perlahan suara Katie menyuarakan rasa hatinya, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Dia tidak pernah percaya sesuatu kejayaan akan datang dengan begitu mudah. Tetapi, oleh kerana itu membuatkan Denny betul-betul gembira tidak terkata, apalah juga kena-mengena dengan dia kan.. maka, adalah lebih baik turut tumpang gembira bersama Denny.





Jersey No.18Where stories live. Discover now