Katie
Seharian aku menghabiskan masa dengan Denny di rumahnya, bukan aku tidak risau dengan apa yang terjadi pada diriku dan di hospital itu, tapi tidak ada gunanya aku resah gelisah sekarang ini. Proses penyiasatannya saja memerlukan masa berhari-hari, apa lagi untuk keterangan saksi dan penjelasan dari unit-unit yang lain.
"Katie.. you took that meds?" Bapa ku menyoal aku di dalam telefon, dari suaranya saja aku tahu dia marah.
"Well.. it just for my.." Aku sepatutnya sudah menduga cerita ini akan keluar juga lambat-laun.
"Seriously? Katie Volt..seriously?"
"Bukan seperti yang kau fikirkan.. Dad, aku cuma mahukan sakit belakang aku ni hilang." Itu sebenarnya tujuan asalku sebelum menyimpang ke arah lain.
"Oh Katie.. what did you do? Kau patutnya bagitau aku kalau kau stress berkerja di situ."
"I'm not.. i just.." Aku sudah tidak tahu apa yang harus ku jawab.Aku tidak tahu apa yang harus ku lakukan, entah bagaimana lagi perlu ku jelaskan kepada orang-orang ini yang tidak mempercayai tindakan ku. Pagi tadi juga aku menelan sebiji ubat itu, sakit belakangku masih belum baik walaupun sudah 3 hari aku berehat di rumah Denny. Tapi yang peliknya sakit itu cuma datang bila emosi ku terganggu. Belum sempat aku membuat pemeriksaan di hospital tempat ku bertugas, aku di di gantung kerja pula. Nampaknya aku perlu mencari hospital lain untuk mengetahui apakah masalahnya yang sebenar.
"Are you ok?" Denny duduk di sebelah ku.
"Yes," aku mengangguk.
"You know you can tell me.."
"Oh Denny, please stop it." Aku merayu manja, cukuplah sudah beberapa orang menunjukan keperihatinannya pada ku. Aku tidak mahu di soal siasat lagi.
"Kiss me.. " Pinta ku, saja untuk dia menghapuskan rasa sangsi dan khuatir akan apa jua yang berada di dalam kepala otaknya sekarang ini.
"Oh..wow..Katie Volt, kau sudah semakin berani sekarang ya..," terbuka besar mulutnya sebelum dia tutup menggunakan tapak tangan kanan.
"Errrm.. so, should i say.. would you like a cup of coffee..with me?" Aku mengangkat keningku sebelah. Entah dari mana saja aku mempelajari cara-cara godaan ini.
"Hahahaha..Hahahaha.." Denny ketawa serta merta.
"Your pick up lines.." Dia menunjukan ibu jarinya padaku. Justeru itu dia memeluk aku dan mencium bibirku, perlahan-lahan dengan lembut dan sesekali mengigitnya. Dialah lelaki pertama sehinggalah kini yang berjaya mencuri hatiku, yang baiknya sebelum aku bertukar pada diriku yang sekarang ini sehingga kami bertemu kembali pun, dia jugalah yang berjaya membuka hatiku."Aku harap kau tidak merindui aku," bisik Denny padaku.
"Bila kau akan bertolak?" Hatiku sayu mengetahui Denny akan pergi bermain di tempat yang lain untuk Prime League, Super League atau.. Big League, entahlah apa yang di panggil mereka sebenarnya.
"Lusa."
Pelukan ku semakin erat padanya, baru saja kami bersama kembali dia sudah pun perlu pergi meninggalkan aku di sini, saat-saat aku memerlukan seseorang di sisiku,
"Kau akan ke game aku esok kan?"
Baru aku ingat dia menyediakan tiket untuk aku melihat dia bermain esok di stadium tempat dia berlatih. Walaupun aku tidak ada hati sebenarnya untuk pergi dalam keadaan begini, tapi oleh kerana itu adalah permainan pertama dia sebagai pemain tetap dalam kumpulan itu, ada baiknya aku menunjukan sokongan ku pada dia juga. Lagipun kawasan tempat duduk di dalam tiket itu adalah di tempat yang istimewa, hanya kaum keluarga terdekat saja yang di benarkan berada di situ.Denny
"Congrats mate.. you made it." Antonio menepuk bahuku di dalam barisan pemain yang akan keluar di padang untuk bermain. Senyum saja yang mampu ku berikan padanya. Ini adalah permainan pertamaku sebagai pemain pilihan pertama di dalam pasukan ku. Suara orang ramai di dalam stadium ini sungguh memberikan debaran padaku, bagaimana kalau mereka tidak menyukai corak permainan ku? Aku tidak boleh melakukan kesilapan, inilah peluang yang ku tunggu-tunggu selama ini, aku tidak boleh sia-siakan begitu saja.
Sebaik saja nama pasukan kelabku di umumkan ketua pasukan ini mendahului kami keluar ke tengah-tengah padang, seperti tradisi permainan semuanya, kami akan berbaris untuk menyanyikan lagu negara sebagai penghormatan. Pada waktu itulah mataku sibuk mencari-cari Katie di kawasan tempat duduk yang di khaskan untuk keluarga pemain. Dia yang memakai topi ku, dan baju t-baseball bersama jeans rasanya, tidak kelihatan wajahnya, hanya melambai aku sekali. Aku hanya mengangguk-anggukan kepalaku dengan harapan dia melihatnya, tapi apa yang lebih mengejutkan aku ialah ibu bapaku yang turut hadir hari itu.
YOU ARE READING
Jersey No.18
RomancePercintaan mengenai dua individu yang mempunyai dunia yang berbeza, di antara glamor dan famous, profesional dan kewajipan, keinginan dan keterpaksaan. Denny Kelwood yang baru ingin mencipta nama di arena sukan antarabangsa bola sepak negara dan Kat...