Denny
"Denny.. How old are you?"
"I'm 25 sir."
"Aku lihat setiap malam kau berlatih di sini."
"Maafkan saya bos. Saya janji tidak buat lagi."
"Kau tinggi, dan bertenaga. Walaupun dengan umur kau sekarang ini.. agak lewat untuk bermula. Kalau pun kau hebat kau cuma boleh bermain lagi 10-12 tahun. Itu pun kalau betul kau hebat."
"Sorry sir?"
"Selalunya umur seperti kau mereka sudah pun mencipta nama, sudah berpindah dua tiga kelab dan bermain 3, 4 liga. Tapi kau.. baru mau bermula. Ermmm.., entahlah sepantas mana kau boleh lari."
"Did i do something wrong sir?" Aku langsung tidak memahami apa yang di katakan jurulatih kelab tempat aku berkerja.
"Kellwood. Datang esok pagi ke latihan bersama mereka tepat jam 7. Kalau kau lambat kau out. No second chance. You got it?"
"Are you serious???" Menitik air mata ku mendengar ucapan pendek itu.Cermin di bilik mandi itu ku lap beberapa kali untuk menghilangkan wap-wap air panas yang mangaburkan pandangan. Aku tidak percaya sama sekali peluang yang tidak pernah aku harapakan datang di hadapan mata. Kali ini aku akan pastikan kejayaan milik aku. Inilah masanya aku buktikan pada semua, bapa aku yang tidak pernah percayakan aku, mereka yang selama ini memandang hina akan aku, juga buat Katie yang sentiasa percaya dan pernah membantu aku.
"Kellwood, saya akan letakan kau dalam bahagian pertahanan. Kau pernah bermain untuk posisi itu?" Tanya coach Bob.
"Tidak coach. Saya cuma bermain dalam bahagian penyerang." Jujur aku mengaku.
"Sudah memang adat.. semua pun mau jadi penyerang, semua pun mau cepat glamer. Kalau hebat tidak apa juga." Sindir coach Bob.Latihan hari ini terlalu berat bagiku, bukan kerana bebanan fizikal yang di adakan tetapi bebanan hati yang harus ku tanggung dari awal permainan sehinggalah tamat. Mata-mata pemain di kelab ini tidak henti-henti memandang sinis dan hina terhadap aku, ada yang ketawa kecil ketika aku di perkenalkan di hadapan mereka. Tau sajalah ada di antara mereka yang lebih muda dari aku tetapi sudah jauh lebih lama mencipta nama di arena ini. Aku senyum pun tiada siapa yang kisah, aku tahu aku hanyalah tukang sapu di stadium ini, sedangkan mereka ini sudah pun menjadi pemain profesional.
Kalau aku tidak ingat pada orang-orang yang sentiasa mencaci maki dan mengeji aku, biarlah aku jadi tukang sapu selamanya, menggumpul puntungan rokok, mengutip hot dog yang jatuh di lantai simen, mengikis gula-gula getah pada bawah kerusi, dan menyiram padang rumput ini. Kerja-kerja ini lebih mendamaikan, bebas dari stress dan dunia kepura-puraan manusia.
"Prakash.. can you help me? I need money to buy shoes..."
"Kau biar betul? Kau yakin kah kau boleh bermain lagi? Lupakanlah niat kau tu. Kau pun bukannya hebat sangat pun."
"Prakash.."
"Denny, kau kerja saja dengan kerja kau sekarang tu. Simpan duit, perlahan-lahan cari kerja lain. Umur kau sudah berapa? Takan kau masih mau berangan-angan? Ramai lagi anak-anak muda yang lebih hebat dari kau, kau mampukah bersaing dengan mereka?"
"Aku.."
"Kau dengar cakap aku ni. Bukan aku tidak mau pinjamkan kau duit. Tapi, untuk beli kasut bola.., aku tahulah kau akan bayar balik. Tapi gaji kau pun bukannya besar sangat. Dah berapa bulan kau kerja sana. Pun kau masih tidak boleh menyimpan. Macam mana kau mau bayar aku balik?"
"Maafkan aku, kau lupakan saja apa yang aku cakap tadi."
"Jadi kau ingatlah ya, tidak payah duduk berangan lagi nak bermain bola tu. Lebih baik kau tukar kerja, kalau kerja sapu-sapu di stadium tu yang buat kau makin perasaan nak bermain lagi. Entah-entah coach Bob tu pun hanya cuba-cuba kau saja, tapi kau pula nak serius begini. Oklah.. aku tengah kerja sekarang ni, stress betul nak kejar client date ni. Ok.."
"Anyway, thank you my friend."Gugur air mata kelelakian ku mendengar tiap baris perkataan dari sahabat dan teman sebilik ku di universiti dulu. Nasibnya bertuah apabila tamat pembelajaran ada syarikat yang sudah duluan menawarkan kerja padanya. Tapi aku tidak sangka dia berubah sampai begitu sekali. Kali terakhir dia menjenguk aku di stadium ini adalah dalam 5 bulan yang lalu, sekarang begini pula cara dia bercakap. Betul, benda tidak akan berubah. Manusia yang berubah.
"Thanks Alan." Hanya itu yang mampu keluar dari mulutku, kerana muka ini malu setebal enam inci selepas meminta pertolongan dari Alan meminjamkan aku 900 pound sterling, bagi membeli segala keperluan untuk bermain dalam pasukan ini. Orang baru seperti aku belum ada yang mahu menaja kasut bola, baju dan juga seluar. Aku perlukan semua benda ini untuk berlatih dengan baik agar di serapkan dengan cepat ke dalam pemain simpanan sekurang-kurangnya. Sekarang ini aku cuma di jadikan sebagai teman berlatih untuk skuad yang sudah pun lengkap dan memang hebat-hebat.
"Kau mesti buktikan siapa kau. Jangan sia-siakan peluang ini tau. Kalau kau perlukan apa-apa kau call aku, kalau aku boleh bantu.. aku bantu." Begitu mulia hati kawan aku yang seorang ini, walaupun dia belum di risik mana-mana tempat untuk mengambil dia berkerja, tapi dia kelihatan tenang dan masih mahu membantu aku yang tidak ada apa-apa langsung.
"By the way.. sejak bila pula kau dengan Xin?" Terkejut aku melihat Xin yang menunggu di seberang jalan.
"Kami mulai rapat dalam kelab Mathematic."
"Ohooo.. dah lama rupanya, kenapa kau tidak bagitau aku?"
"Tidaklah lama sangat, baru juga 3, 4 bulan lah gitu kami keluar sama-sama, lepas habis belajar rasa rindu pula, jadi kadang-kadang call tu yang jadi rapat balik sampai lah sekarang."
"Dia dah berubah lah, tidak lagi pakai cermin mata segi empat tu, ahahaha.." Melihat Xin yang sudah pandai bergaya sepertinya aku sudah tidak dapat mengecamnya lagi. Dia betul-betul berbeza.
"Katie juga sudah berubah tau, kau patut tengok dia."
"Hmm sudah lama aku tidak berjumpa dia."
"Kita patut keluar bersama-sama, mesti banyak yang boleh di bualkan."
"Buat masa sekarang ni, aku mahu fokus matlamata baru aku dulu. Aku malu berjumpa dengan dia dengan diriku yang tidak ada apa-apa ini."
"Baiklah, kau berusaha sebaik mungkin ya." Kata Alan yang terus berlari ke arah Xin dan berjalan berpegangan tangan."Kellwood." Teriak coach Bob.
"Yes."
"Lusa kau pergi ke hospital untuk buat medical check-up. Kau pergi jumpa dengan doktor Brace dia akan membuat pemeriksaan secara terperinci." Kata coach Bob sambil menyerahkan kad hodpital itu. Dia mengerutkan keningnya, memang tidak salah lagi itu adalah hospital tempat Katie bertugas. Jantungnya berdegup laju hanya dengan mengetahui perkara itu, nampaknya ada alasan dia berjumpa dengan Katie kali ini.Kerana perasaan yang kurang selesa, dia masih mandi di bilik air kakitangan pembersihan di stadium itu. Dia tidak senang untuk masuk bergaul dengan pemain-pemain tetap yang ego, sombong dan juga selalu mempermain-mainkan dia. Tiada orang tahu bagaimana sifat mereka sebenarnya, yang baik hanya berapa orang saja. Manakala yang lain kesombongan masih tidak cukup untuk menggambarkan mereka. Bila depan media, amboi bukan main lagi baik budi bahasanya, apa lagi kalau berada di luar khalayak umum dan peminat, merakalah superstar, dan hero segalanya, tapi bukan semua gaya hidup dan amalan mereka boleh di jadikan contoh. Cerita dan kisah mereka dalam semua iklan, youtube, dalam tabloid juga bukanlah yang sebenar-benarnya 100 peratus betul. Rosaklah imej mereka kalau di beritahu hal yang sebenarnya.
Begitulah yang di pelajari Denny selama dia bersama-sama dengan pasukan bola sepak ini, macam-macam ragam yang ada. Dia juga tidak di pandang sangat oleh semua barisan pemain ini, apa lagi orang baru. Manalah mereka mahu tengok sangat pemain yang bukan siapa-siapa seperti dia, kadang-kala mereka menjadikan Denny kadam untuk memungut bola-bola yang sengaja di sepak keluar dari padang. Bukan itu saja, di tempat persalinan baju juga kalau hanya sedikit kotor pun mereka merungut tidak sudah-sudah kepada Denny. "Sebelum kau bermimpi untuk bermain bola adalah lebih baik bersihkan dulu tempat tukar baju ini. Takan mama kau tidak ajar macam mana buat kerja rumah." Kata salah seorang pemain dalam pasukan itu menyindir Denny, di sambut ketawa besar oleh yang lain. Padahal Denny sudah di berhentikan dari terus menyapu di situ. Kata jurulatinya tenaga dan fokus untuk bermain adalah yang paling penting sekarang.
YOU ARE READING
Jersey No.18
RomancePercintaan mengenai dua individu yang mempunyai dunia yang berbeza, di antara glamor dan famous, profesional dan kewajipan, keinginan dan keterpaksaan. Denny Kelwood yang baru ingin mencipta nama di arena sukan antarabangsa bola sepak negara dan Kat...