Part 40

92 3 7
                                    

    Padang di stadium itu gelap hanya berbekalkan dua, tiga lampu malap sekadar membantu aku melihat perjalanan ke arah padang yang luas di hadapanku. Lelaki tua tadi sudah pun masuk ke pejabatnya kembali, dia hanya membiarkan aku menunggu Denny di situ. Jam menunjukan pukul 11.56 minit malam. Masih ada 4 minit lagi kepada janjitemu kami yang pertama selepas beberapa tahun lamanya.

    Di tengah-tengah padang itu ada beberapa cahaya lampu yang menarik perhatian ku, aku boleh melihat dengan jelas dari tempat aku berdiri. Aku berjalan ke arah cahaya itu semakin aku menghampirinya semakin kuat degupan jantung dan air mataku sudah tidak dapat di tahan-tahan lagi, aku pasti dengan apa yang berada di situ walaupun aku belum dapat melihatnya dengan jelas. Ku percepatkan langkah ku dan berdiri betul-betul pada cahaya lampu yang datangnya dari pelita-pelita comel dengan perkataan..

Let's get married?
Say yes...now. Hurry!!!

Tangisku jelas kedengaran di kawasan stadium yang sunyi-sepi pada tengah malam itu, aku duduk mengangis semahu-mahu ku, dan pada saat itulah bunga api di udara berletupan dan berkelip-kelip cahayanya memancar tinggi di langit gelap, seperti di letupkan khas untuk ku, betul-betul berada di atas kepalaku. Adakah ini semua termasuk di dalam peracangan Denny, temujanji yang begitu istimewa katanya untuk ku.

"Dennnnnny... Dennyyyy.." Jerit ku berulang-ulang kali bagaikan orang gila sendirian meratapi kehilangan besar dalam diriku, barang-barangnya ku peluk dekat dengan hatiku berada. Satu-persatu ku belek barangnya, dompet playboy itu, jam tangan polar yang sentiasa di pakainya selama ini, telefon bimbit samsung yang ku kira baru juga di belinya, dengan skrin atasnya retak. Tiga biji gula-gula dan beberapa keping duit syiling serta... sebuah kotak empat persegi kecil berwarna merah gelap. Ku capai kotak itu dan air mata ku jatuh lagi dan lagi, di dalamnya ada sebentuk cincin yang berpermatakan batu Aquamrine ku kira kerana dari warnanya yang biru-biru kehijauan sama seperti warna laut, warna itu akan bertukar mengikut suhu dan cuaca kata orang, di tepi-tepi cincin itu terdapat beberapa biji berlian kecil pada Cathedral setting yang di pilih Denny, menyerlahkan lagi batu oval di tengah-tengahnya.

"Denny, i love you. I love you Denny Boy." Kataku sendirian, lafaz cinta yang sudah terlambat bagiku.


Tamat




To my friend Bonny,

Unexpected Friendships
are the Best Ones.



Jersey No.18Where stories live. Discover now