Katie
Aku berkerut kening melihatnya terpacak di hadapanku tidak tahu apa yang sedang di fikirkannya, payung di tanganku juga tidak di sambutnya. Jelas ada yang menganggu dia, haruskah aku mengatakan sesuatu? Atau menunggu dia menyusun ayatnya, mungkin dia sedang menolak, menambah dan membahagi semua kemungkinan..
"Orr.." Hanya itu yang sempat ku katakan, apabila bibirnya begitu lembut di dalam mulutku. Aku dapat melihat jelas wajahnya dengan kedua-dua mataku yang masih terbuka dalam ciuman pertama kami ini. Aku tidak sangka yang dia akan berbuat..
"I'm sorry," katanya,
"Don't be." Jawabku.Kami saling bertukar-tukar ciuman, kucupan dan perasaan gairah bersama.
"Bamm." Bunyi pintu rumahku tertutup, dia menolak daun pintu itu dengan sebelah kakinya. Sementara kedua-dua tangannya memeggang erat pada wajahku. Ciumannya semakin padat, rancak dan penuh keyakinan. Aku pula seakan-akan tidak dapat mengejar rentaknya, selain terkejut aku juga bukanlah hebat sangat bab-bab begini ni. Ciuman pertamaku semasa di gred 6 pada majlis tari-menari sekolah, bersama dengan Ramsy. Budak Austria yang berambut merah kerinting, mukanya penuh dengan bintik-bintik. Dengan giginya yang ber-crown besi terasa kasar pada bibirku, akibatnya ciuman pertama ku tidaklah seindah yang ku harapkan.Kekasih ku sebelum ini budak genius kimia, mulutnya tidak salah seperti ikan emas yang meng-ngap makanan ikan yang di tabur dalam akuarium apabila bercium denganku. Habis semua feeling' ku lesap, kadang-kala dia terpaksa mengubah kedudukannya beberapa kali dalam berintimasi denganku, hanya kerana dia mencari posisi yang selesa sehinggalah mood ku ke laut tiap kali waktu itu.
"Errrr..wait." Aku menolak dada Denny dengan perlahan, dan menarik bibirku yang agak panas dan kebas sedikit dengan sedutan, tarikan, gigitan lembut dari ciumannya yang bertubi-tubi.
"What?" Dia bertanya, mukanya serius.
"Aku..aku.. tidak begitu berpeng....peng...pengalaman. Aku takut aku bukanlah seperti yang kau sangkakan." Lebih baik berterus-terang saja daripada aku menghampakan dia nanti.
"Aku tidak perlukan pengalaman mu. Pengalaman ku sudah cukup untuk kita berdua." Jawabnya, yang kelihatan sudah tidak sabar, dan separuh mengoda. Anak matanya redup, dia masih menunggu jawapan dari ku. 'Hell yeah...' Jerit hatiku, lalu dengan malu-malu aku mengangguk perlahan. Siapalah yang sanggup menolak lelaki sekacak dia yang tidak pernah aku impikan selama ini, dia sendiri datang menagih kasih di rumahku, mungkin ini cuma perasaan yang hmmm.. hanya untuk sementara saja buat kami berdua, yang kata orang cuma nafsu bukannya cinta. Eheh..apalah yang kami ketahui pasal cinta? Berapa ramai wanita yang di dampinginya, dan berapa ramai lelaki yang pernah aku miliki? Betul, kami berdua bukanlah faham sangat pasal cinta, makanya biarlah kami menikmati dulu perasaan yang cuma singgah sebentar ini.Dia menarik ke atas sweater ku dengan tujuan untuk menanggalkannya, tetapi kenapa pula aku memakai sweater 'neck turtle' itu, konon-konon untuk dilihat formal dalam rumah sendiri? Padanlah muka..
"Awww..awwww..Auuch." Keluar dari mulutku apabila kepala ku tersekat di bahagian leher baju panas itu.
"Errr..Uuuuh.." Kedengaran suaranya, walaupun aku tidak dapat melihat kerana kepalaku masih tersangkut dalam baju itu. Keadaan kucar-kacir seketika, perlahan-lahan aku meraba seluruh baju itu untuk mencari bahagian lehernya dan kemudian melepaskan kepalaku perlahan-lahan.
"Ehehehe.." Dia ketawa kecil, pipiku merah padam dengan situasi yang janggal itu. Habis adegan romantik kami musnah."Hmmm. I'm sorry." Hanya itu yang mampu ku cakap, dan berpeluk tubuh kerana hanya tinggal baju dalam yang berwarna kuning itu menutupi aset berhargaku. Aku tidak tahu adakah aku harus memakai kembali baju ku atau...
Sebelum aku dapat membuat keputusan, dia sudah pun menanggalkan jaket sejuknya, kemudian baju kemeja dan baju T putih di dalamnya. Dadanya saja sudah buat perut ku senak, bahunya menarik perhatianku, bahu yang bidang dan luas itu.. tentu sedap menjadi bantal tidur, fikirku.
![](https://img.wattpad.com/cover/111931469-288-k857851.jpg)
YOU ARE READING
Jersey No.18
RomancePercintaan mengenai dua individu yang mempunyai dunia yang berbeza, di antara glamor dan famous, profesional dan kewajipan, keinginan dan keterpaksaan. Denny Kelwood yang baru ingin mencipta nama di arena sukan antarabangsa bola sepak negara dan Kat...