Katie
Perjalanan pulang ke rumah begitu jauh sekali di rasakan, terlalu banyak yang bermain di dalam kepalanya. Dia tahu, dia yakin dan pasrah.. bukan saja firasat atau andaian hatinya tapi dia melihat bukti di hadapan mata.
"Hello.."
"Hello.. Err.. Denny ada bersama kau?" Tanya Katie kepada Prakash di dalam telefon.
"Oh, saya call tapi tidak pula di jawabnya."
"Jadi, kau bukan di dorm lah ni? Ermmm.. bila lagi kau keluar?"
"Oh..mungkin juga, nanti saya ke sana."
Perbualan itu menyokong rumusan yang sudah pun di kajinya menurut logik dan juga fakta yang ada. Denny bersama perempuan lain di dalam biliknya, kalau tidak dia tidak akan mengelabah semacan menutup pintu itu seperti seorang yang takut di rompak.Nampaknya selama ini dia bukan berpijak pada alam realiti, dia terlalu jauh di awang-awangan, mimpi yang terlalu indah untuk dia bangun dari tidurnya dan melepaskan semuanya berterbangan di udara. Begitu luluh hatinya, Ibuprofen, Acetaminophen atau Naproxen juga tidak dapat mengubat sakit hatinya ini. Mungkin hanya Lorazepam atau Diazepam yang sesuai untuk kecelaruan emosinya. Tapi, bila memikirkan esok dia perlu ke hospital, mustahil dia membiarkan ubat-ubat ini menghancurkan gred yang di perlukannya bagi melepasi penggal terakhir pembelajarannya di universiti. Apa yang lebih penting dia harus melindungi database utama dalam menentukan hidup dan masa depannya, iaitu otak. Biar saja hati ini terluka semahu-mahunya, mujur kedudukannya yang begitu strategik, dengan lapisan-lapisan kulit, lelemak, tulang dada, beberapa saluran arteri yang bersilang-silang di antaranya. Hati.., tidak dapat di lihat pada mata kasar manusia.
Kalau saja perempuan lain sudah tentu bermandikan air mata di dalam kamar mandi saat ini, dengan sebotol wiski, tidak pun bergelut di dalam selimut dengan berkotak-kotak ais krim selama berminggu-minggu. Tapi orang sepertinya tidak mempunyai begitu banyak masa untuk semua itu. Selepas menelan dua biji Serax dia mula membuka buku tebalnya yang berada di atas meja belajar itu, mengenakan cermin matanya dan mendera otaknya untuk berkerja sekeras yang mungkin.
"Syabas Katie! Kau cuma kalah dalam game sekecil ini. Game yang lebih besar sedang menanti di hadapan mu." Katie senyum sendiri di hadapan cermin di dalam biliknya, kata-kata itu di tujukan khas buat dirinya setelah semalam yang menyakitkan itu di laluinya tanpa setitik pun air mata yang tumpah. Dalam hidupnya dia tidak pernah membenarkan hati untuk membuat keputusan, kerana hati cuma ada kurang lebih 29 jenis perasaan yang dapat di rasakannya, tidak boleh berfikir atau membuat pertimbangan. Begitu indah bentuk dan fungsinya. Dia masih ingat dengan segar pertama kali melihat pembedahan pemindahan hati di hospital dia membuat latihan semasa semester ke-3 di universiti ini. Hanya melihat warnanya saja cukup membuatkan dia tersenyum gembira, entah kenapa. Itulah rahsia yang terkandung pada hati. Dia mampu mencuri setiap hati yang memandang.
Otak tidak seperti hati, dia adalah pusat kawalan utama, mempunyai kerja yang lebih berat, menjadi harapan dan aset yang tidak ada gantinya. Hati boleh di tukar berkali-kali, tapi otak tidak pernah boleh di ganti yang lain. Sebab itu dia mempercayai otak lebih.. dari hati yang bisa membelot dirinya.
Setelah bersiap sedia dia melangkah keluar rumah pagi itu untuk ke universiti bagi menghantar semua kerja-kerja yang di minta oleh profesornya. Dia berazam benar untuk melupakan terus Denny dan juga dunia permainannya, sudah banyak masa yang di buang bersama Denny dalam beberapa bulan ini. Sekarang lihatlah keputusannya, bukan dia tidak pernah menduga, bukan dia tidak pernah mendengar gosip dan cemuhan orang lain mengenai dirinya, walaupun 90% dari mereka tidak pun mengenali dia siapa. Kawan-kawannya juga berpesan sebelum ini, tapi telinganya berlagak besar tidak mengendahkannya.
"Katie.. tell me it's not true." Xin berlari menghampirinya di pintu gerbang universiti itu.
"What?" Dia berpura-pura tidak tahu. Tiada pilihan lain yang boleh di buatnya selain beraksi neutral.
"Denny mencium Salma kemarin? Mereka cakap Denny sudah kembali bersama Salma." Xin mengekorinya dari belakang.
"Errr.. iyakah? Hmmm.. kan memang pernah bersama juga sebelum ini. Apa yang mau di herankan."
"Katie.. kau buat apa di sini? Kau bukan di hospital kah?" Sara dari jauh menghalang Katie terus memasuki kampus dewan perubatan itu.
"Aku perlu hantar semua kerja-kerja ni, lagipun aku bertugas petang hari ini." Dia bercakap benar kali ini.
"Ermmm.. mari aku hantarkan. Kau tak payahlah masuk. Kau pulang dulu.. rehat. Kau kerja sampai malam kan?" Ada yang cuba di sembunyikan Sara. Dia sudah boleh menghidu sesuatu di situ.
"Ada benda lagi aku nak buat." Dia berjalan tanpa menghiraukan yang mungkin amaran baginya.
Sementara Sara dan Xin bermain-main mata sesama mereka dengan membuat isyarat muka yang tiada siapa pun faham.
YOU ARE READING
Jersey No.18
RomancePercintaan mengenai dua individu yang mempunyai dunia yang berbeza, di antara glamor dan famous, profesional dan kewajipan, keinginan dan keterpaksaan. Denny Kelwood yang baru ingin mencipta nama di arena sukan antarabangsa bola sepak negara dan Kat...