Part 33

25 1 0
                                    

Denny

   Selepas 3 bulan pergantunganku, aku kembali ke padang buat pertama kalinya. Seksa dan derita ini hanya tuhan saja yang tahu, mungkin badan ini sudah terbiasa berehat sepanjang masa 3 bulan itu, apa lagi di isi dengan semua makanan-makanan enak dan ringan, tiada langsung pantang larang semasa aku berada di luar padang. Tekak ku kering kontang selepas berlari dua pusingan padang yang menghijau ini. Belum pun sampai satu jam sudah penuh satu timba ludah ku saja ku ludahkan di rumput. Bajuku basah, keringat ku terlalu masin untuk ku telan, betis ku seperti di koyak-koyak, dada ku juga sakit untuk menangkap oksigen yang lebih dari cukup di ruang udara ini. Selalunya aku boleh berlari sehingga 20 pusingan tanpa henti, dan menyambung lagi sejam dua untuk latihan beban di gym. Hari pertama memang memeritkan, bukan saja badan tetapi mental ku juga turut merana.

"Kellwood, did you lose abbs? Ohh loook.. there.. at your butt!" Jerit William dari jauh di ikuti dengan gelak ketawa kawan-kawan yang lain.
"Oh shut up!" Marahku.
"Hey Kellwood.. come on, let's recharge your fuel with a bottle of beers? Or maybe not.."
"Grrrrrrr.. I hate you." Aku menjerit balik. Tapi hanya di ketawakan mereka saja.
"Becarefull you might throw up.. all the pizzas last night." Kali ini Darwin penjaga gol kami yang menyindir aku.
"Denny boy, do you need my grandma plus size bras? So you can run faster..?" Coach Bob mulai bersuara, kawan-kawanku sudah pun terbahak-bahak ketawa.
"I want you to burn 8k's calorie this week especially around your chest. Do you get that?"
"Yes sir."
"I don't hear you."
"I said.. Yes sir!" Aku berlutut menyedut oksigen dalam-dalam dan menyusun pernafasanku. Ada 6 pusingan lagi harus aku habiskan sebelum beralih ke rutin yang lain, sedangkan kawan-kawanku sudah pun menamatkan latihan mereka terlebih dahulu.

   Bagaikan berpatahan semua tulang belalang ku, isi-isi badanku juga seperti di carik-carik, jangan kan berjalan, untuk berdiri juga aku rasakan sakit yang teramat sangat. Pulang saja di rumah aku berendam di dalam air panas berjam-jam, berkali-kali aku menukar air tersebut untuk mendapat suhu yang betul. Kemudian ku urut sendiri dengan minyak khas semua otot-otot ku yang terkejut ini. Syukurlah walaupun badan-badan ku menderita begini, tapi aku mendapat tempat ku kembali. Kawan-kawan juga tidak mengungkit atau menyebut hal yang lalu, agaknya coach ku sudah pun jelaskan kepada mereka. Coach ku Bob juga tidak berkata apa-apa, dia juga tidak menukar aku ke tempat yang lain atau menghantar aku ke bench bersama pemain simpanan muda.

   Aku perlu mempersiapkan diriku dengan permainan akan datang, dua minggu lagi dari sekarang sekiranya aku mahu mendapat nama ku seperti sebelum aku tersungkur jatuh. Mungkin tidaklah semudah musim lalu, sebab imej ku juga sudah pun buruk, para pengadil, pasukan lawan, barisan media dan juga penonton.. semuanya tahu apa yang terjadi padaku sebelum ini, dan tidak mungkin mereka akan memberikan perhatian atau sokongan pada aku lagi. Maka, aku perlu bekerja keras berkali-kali ganda untuk mengubah semuanya itu secepat mungkin. Pengurus kelabku Echart sudah pun mulai menyusun strategi baru untuk ku, dan aku berhasrat untuk menghormatinya demi kebaikan ku sendiri.


Katie

"Bagaimana hubungan kau dengan doktor Roger?" Tiba-tiba pula Xin bertanyakan soalan itu. Aku terus saja memasukan satu sudu makan penuh aiskrim ke dalam mulutku. Sengaja aku berbuat demikian agar aku punya lebih masa untuk mencari jawapan yang sesuai padanya.
"He's a good doctor." Jawabku, walaupun masih ada lagi separuh aiskrim tadi di dalam mulutku.
"Kau tau kan.. dengan sokongan dia kau boleh di pilih sebagai ketua bedah bahagian resident doktor?"
"Aku tidak apply pun kekosongan itu."
"Apa kau cakap? Tapi kenapa?"
"Aku tidak mahu mendapat sokongan dia, dan aku tidak mahu menjadi buah mulut orang di hospital itu."
"Kalau benar.. apa salahnya? Kalau aku jadi kau, sudah lama aku rebut peluang ini."
"Aku terhutang budi pada dia sebelum ini. Aku tidak mahu bergantung pada dia terus-menerus."
"Kamu akan jadi pasangan yang hebat, menjadi perhatian ramai, kalau benar hubungan kamu menjadi. Dan.. etika bekerja seperti doktor pelatih kahwin dengan ketua atasannya sudah tidak boleh di pakai lagi,"
"yang kau gembira sangat ni kenapa?" Aku mencedok lagi aiskrim Vanilla dari bekasnya dan mengisi gelas Xin yang sudah pun kosong.
"Supaya kau tidak terus menunggu si dia yang menyakitkan itu." Dia sengaja tidak memandang aku ketika melafazkannya.

"Aku tahu kau ada hati dengan dia, dan masih menunggu dia. Tapi lihatlah dirinya masih berusaha lagi untuk mendapatkan kedudukan yang selesa. Sampai bila? Kehidupannya yang tidak pernah stabil hanya akan memusnahkan karier yang kau ada sekarang ini."
"Sudah berapa lama kamu kenal? Dia tidak pernah berterus-terang pada kau. Dan tidak pernah ada rancangan untuk masa depannya. Bukan kau tidak tahu pemain bola ni.. selalu mengejar populariti dan dunia glamour mereka. Bila dapat naik satu tangga.. jatuh pula berbelas-belas anak tangga. Sampai bila dia mahu memulakan kehidupannya kalau asyik-asyik kena start dari awal saja?"

   Memang betul apa yang di katakan Xin itu, aku terlalu mengharap perkara yang tidak mungkin akan berlaku. Lihatlah dalam beberapa bulan ini tiada sekali pun dia datang menjenguk atau menghubungi aku. Mungkin hanya aku saja yang belum dapat melupakan dia sepenuhnya, entahlah apa yang aku tunggu-tunggukan, jauh dalam hatiku juga sering bertanya keadaan dirinya dan juga berita mengenai permainannya. Aku betul-betul harap dapat melihat dia beraksi sekali lagi di kaca tv, demi meyakinkan hatiku bahawa dia sudah pun balik kepada kehidupan asalnya.

'Denny Boy.. where are you?' Bisik ku sendirian, memendam rasa rindu dan sejuta kekesalan yang berpanjangan.


Denny

'I'm here.. katie, I'm here.' Aku berkata pada diriku sendiri dengan memandang apartment Katie di tingkat dua itu. Lampu di ruang tamunya masih terang-benderang lagi, menandakan dia masih belum masuk tidur walaupun jam sudah pun hampir tengah malam. Inilah yang aku lakukan setiap kali balik dari latihan di stadium tempat aku berlatih. Sebelum pulang ke rumah aku akan singgah turun di rumah Katie terlebih dahulu, tetapi hanya dari jauh aku berdiri memandang rumahnya selama sejam dua, itu pun kalau dia tidak kerja malam. Tapi adakalanya aku mahu juga membuang masa berdiri merenung rumahnya yang gelap-gelita sebelum aku menyambung perjalanan pulang ke rumah ku sendiri. Memerhati dia atau lebih tepat lagi.. rumahnya, sudah menjadi tabiat ku kini. Hanya itu yang mampu ku lakukan selama beberapa bulan berlalu untuk mengubat rindu dan rasa kesal aku pada diri sendiri.

   Kadang-kala kalau aku bernasib baik aku dapat melihat dia pulang ke rumah, dari mulai dia turun dari perhentian bas sehinggalah masuk ke dalam rumahnya, dan pada saat dia memadam lampu di ruang tamu itu dan lampu bilik tidurnya. Itu pun aku terpaksa bersembunyi supaya dia tidak lihat aku di situ. Kalau tidak, entah produk apa lagi yang harus ku beli untuk di sapu pada muka yang sudah kian tipis ini. Gelarlah aku si pengecut atau apa saja, semuanya aku rela. Kalau saja kamu berada di dalam kasut bola ku yang busuk sudah beberapa minggu tidak bercuci ini tentu saja kamu faham apa yang aku rasakan. Perempuan jenis apakah yang mahukan aku kembali, yang mahu menerima cinta ku dan diriku yang sudah mengkhianati kepercayaannya berkali-kali?

"Denny.. it's your turn this evening, here.. what you need," Bob menyerahkan beberapa keping kertas padaku sebelum aku keluar dari bilik persalinan itu.
"Ok." Aku mengambil semua dokumen itu sebagai rujukan untuk medical check-up di hospital yang harus aku lakukan sebelum turun bermain secara sah, yang akan di putuskan oleh pegawai penganjur pemilihan pada minggu hadapan.
"Oh yeah.. ask for doctor Roger Weaver. He will run all the test for you." Pesan Bob yang sudah agak jauh ku tinggalkan di belakangku. Aku hanya mengangkat sebelah tanganku melambai dia sebagai tanda 'roger and out!'



Jersey No.18Where stories live. Discover now