Part 15

35 0 0
                                    

Katie


"Ohh..what's wrong with you girl?" Renee bertanya sebaik saja masuk ke dalam bilik penyimpanan segala perkakas dan kelengkapan asas perubatan di hospital itu.
"Are you crying?"
"No.. i just.. oh, i'm tired. And.. i hate doctor Roger."
"I know how you feel doc."
"I'm quitting."
"Doctor Volt...doctor?"
Suara Renee yang menjerit-jerit memanggil pun aku tidak peduli lagi. Sudah lebih 36 jam aku di hospital ini tanpa rehat dan tidur yang cukup. Makanan terakhir yang masuk ke dalam perut ku adalah 12 jam yang lalu, pun begitu aku gigih untuk menghabiskan juga semua yang di suruh oleh doktor kejam itu. Bukan kerana dia African American, tetapi caranya yang kurang menghormati orang itu yang membuatkan aku tidah tahan.

    Tanpa meninggalkan apa-apa pesan dan memberitahu sesiapa melainkan Renee, aku keluar meninggalkan hospital itu begitu saja. Tiada manusia yang boleh berkerja seperti robot apa lagi dalam bidang ini, bukan nyawa yang di selamatkan, nyawa yang terbang oleh kesilapan, kepenatan dan kecuaian ku nanti. Apa pun yang mereka ingin katakan, apa juga doktor gila itu akan lakukan aku tidak kisah. Aku mahu pulang, mandi, makan dan tidur di atas katilku.

   Sudah masuk hampir 3 bulan aku berkerja di hospital itu, pusat trauma yang terbesar di sekitar bandar ini. Jadi tentu saja kamu boleh bayangkan bagaimana kesibukannya setiap hari. Adakalanya kalau kau bernasib baik kau boleh menikmati makan tengahari kau selama sejam tanpa gangguan dan panggilan kecemasan. Dengan kesibukan itu aku belajar membawa diri, menangkap dan menghafal segala yang perlu, dan memajukan diri lebih daripada yang aku termampu. Beberapa minggu lagi aku akan mula melangkah ke dalam bilik bedah, sesuai dengan kelulusan yang di beri oleh pihak hospital selepas melalui beberapa latihan dan pemerhatian. Selalunya aku cuma menjadi pembantu kepada ketua pakar bedah dalam setiap pembedahan yang di jalankan. Tetapi kali ini aku akan mengetuai mana-mana operasi pembedahan yang telah di jadualkan untuk ku.

   Tapi buat masa ini aku tidak ingin mengingati semua itu, aku cuma perlukan mandi, makan dan tidur, tidur.. dan seterusnya tidur sehingga esok. Aku sengaja mematikan telefon ku agar tiada siapa-siapa yang mencari, maklum sajalah mentang-mentang doktor pelatih di situ juga mereka mengambil kesempatan untuk mempergunakan dan melambak kan kerja-kerja ke atas ku.

Tinggg.. Tongg..

Bunyi loceng pada pintu depan rumahku berbunyi.
"Siapa lagi yang datang waktu-waktu sekarang ini?" Aku bercakap pada diriku sendiri. Nasiblah aku sudah pun memakai baju cuma rambut ini saja yang masih basah.
"Who is it?" Tanya ku, sebelum membuka daun pintu. Tapi, tidak ada jawapan.
Alangkah terkejutnya aku melihat doctor Roger di hadapan rumahku.

"Kau tidak mahu jemput aku masuk?" Kata dia, serba-salah pula aku dibuatnya.
"Please come in." Terpaksa aku menjemput.
"Rumah kau besar. Kemas dan teratur." Komen atau pujian aku sendiri tidak pasti.
"Kau marah dengan aku?" Dia bertanya sambil menghampiriku.
"Aku tahu aku agak tegas, terutamanya dengan kau." Dia masih berjalan menuju ke arah ku,
"Tidak kah kau fikir bagaimana doktor sehebat aku boleh jadi hebat begini kalau tidak garang, jahat dan kejam?" Dia tahu rupanya apa yang di gelarkan dirinya oleh kami-kami di hospital besar itu.
"Bagaimana doktor tahu di mana saya tinggal?" Tanyaku gugup, kerana aku sudah betul-betul menyandar di dinding, manakala dia pula seperti mimpi berdiri di hadapanku.
"Its too late for that question." Katanya yang menghampiri wajahku dan... mencium bibirku.
Ohooh.. tidak ku sangka ini akan terjadi. Betulkah dia doctor Roger yang ku kenali. Tapi kenapa dia bertindak seperti ini?

   Kucupannya hangat, perlahan dan.. aku tidak dapat menumpukan perhatianku dalam perasaaan ini. Aku tidak boleh membiarkan perasaanku hanyut dalam ciumannya yang tiba-tiba sahaja.

"Sorry, aku tidak boleh menahan diriku." Katanya setelah melepaskan bibirku,
"I like you, gerak-geri mu mencuri hatiku." Dia berterus-terang. Ingin saja aku ketawa tapi ku tahan-tahan, takut pula dia mengagalkan aku dalam ujian pemerhatian sebelum aku dapat masuk ke bilik bedah nanti.
"Baiklah, aku minta diri dulu. Aku cuma ingin pastikan kau berada di dalam keadaan baik apabila aku mendengar kau meniggalkan hospital dalam keadaan terburu-buru. Aku berikan kau pelepasan pada malam ini, harap esok kau datang berkerja dengan semangat baru." Tanpa menunggu jawab balas dari ku dia berlalu pergi. Terkebil-kebil mataku untuk seketika. Tidak ku percaya apa yang baru saja terjadi. Doktor yang paling ku benci baru saja datang ke rumahku mencium aku dan berlalu pergi. Gilaaa!

"Xin, kau rasa kenapa dia buat begitu?" Tanyaku, dalam perbualan telefon kami.
"Mesti dia suka kau. Ahahaha.. ada juga orang tua suka dengan kau."
"Dia bukanlah tua sangat pun, baru saja 40an. Doktor berkaliber pula tu." Entah kenapa aku mempertahankan dia.
"Tapi kau cakap dia Afro kan?"
"Jadi kenapa? Kulitnya tidaklah hitam sangat pun, tu.. macam kulit Mariah Carey tu. Matanya biru. Rambutnya pendek, ahhhh.. ada belahan di dagunya."
"Handsome macam.."
"Kan aku sudah bilang."
"Ngamlah.. kau rapat dengan dia, cepat juga kau naik. Dia boleh tolong kau dalam memperbaiki gred kau di hospital nanti."
"Kau ingat aku sejijik itu kah? Menggunakan dia untuk naik dengan cepat?" Mendengarkan apa yang di fikirkan Xin itu saja sudah cukup membuatkan aku marah. Seolah-olah aku tidak punya maruah.
"Aku tahu kau tidak ada niat begitu, tapi tidak salah kan? Kalau kau ada hati dengan dia.. dan dia pun memang ada hati sudah dengan kau, apa mau tunggu lagi?"
"Aku mana ada hati dengan dia, kan aku cakap selalu.. aku benci dengan dia."
"Kau benci sebab dia kejam, sombong dan bongkak. Itu sebelum kau tau perasaan dia pada kau, lepas dia cium kau tadi.. sekarang..ahh apa perasaan kau?"
"Aku tetap bencikan dia!"

   Aku pasti memang aku tidak pernah ada perasaan dengan dia, tidak pernah terlintas sekali pun dalam kepala ku mengenai doktor itu. Aku harap apa yang dia lakukan tadi tidak di ketahui oleh sesiapa pun. Aku tidak mahu jadi bahan gosip di hospital, apatah lagi dengan bos aku sendiri. Kalau sudah Xin sendiri kawan baik aku berfikiran bergitu, tentu saja orang lain juga akan turut berfikan sama, bilang aku sengaja mengoda bos untuk mengampu dia mendapatkan kedudukan yang lebih baik.

   Pagi itu aku begitu takut untuk masuk ke dalam hospital, aku takut untuk terserempak dengan doktor Roger. Tidak salah-salah aku masuk seperti pencuri, pandang kiri dan kanan bila laluan clear barulah jalan, kerana ingin mengelakan dia saja.
"Hey, doc?" Renee menyapa aku dari meja pendaftaran.
"Shhhh.." Balasku.
"What now?" Tanyanya kelihatan pelik. Aku cuma menggeleng-gelengkan kepalaku.
"Kenapa kau datang? Bukankah hari ini kau off?"
"Huh?"
"Look..." Dia menunjukan jadual bertugas yang terletak di notice board di situ. Kemudahn bagi kakitangan hospital dan juga orang awam untuk melihat siapa yang betugas pada hari tersebut.
"How is this happen?" Hairan, seingat aku hari off-duty' aku pada hari Jumaat nanti. Sekarang baru hari Selasa.
"Someone must be in a good mood." Pandangan semacam Renee menakutkan aku.
"Ada apa lagi?" Tanyaku.
"Look..siapa lagi yang off-day hari ini?" Dia menjeling ke arah papan notis itu. Segera aku membaca lagi dengan teliti.
"Errrr.. you?" Jawabku setelah menyedari namanya juga terletak dalam kawasan bertanda merah.
"Hoorayyyy." Dia mengangkat kedua-dua tanganya.
"Let's go.. we have an appointment..to go." Segera dia menarik tanganku.
"What appointment?" Terpingga-pingga aku di buatnya.

   Dengan badannya yang 4x ganda lebih besar dari aku, jangan haraplah untuk melepaskan diri. Mahu tidak mahu ku turuti saja arahannya.
"In the hospital, you maybe my boss. But here.. i'm your mother.. for a day. Kau harus ikut apa yang aku cakap." Senyum malu-malunya sungguh tidak bererti pada pandangan mataku, bila dia memeggang aku seperti tahanan yang akan melarikan diri.

   Kami tiba di salon kecantikan kepunyaan kawannya, yang sudah pun bersiap-sedia menunggu kami sebenarnya. Aku patutnya sudah tahu lebih awal lagi tujuannya ini, yang sudah kerap kali dia katakan pada aku sejak aku masuk bertugas di hospital itu.
"Renee.. i like... the way.. i look now." Berhati-hati benar aku melafazkannya kerana tidak mahu mengundang marahnya.
"Ridiculous! No one..wants that look."
"But i.."
"Honey.. listen to your mother ok.. baby girl?" Seperti jangkaan ku dia langsung tidak mengendahkan kata-kataku.

   Bermulalah sesi transformasi berlangsung, mula-mula rambutku di gunting mengikut style yang di pilihnya dari satu majalah masakan di atas meja. Selepas itu keningku pula di kerjakan, hanya tuhan saja tahu berapa banyak air mataku mengalir semasa mereka mencabut-cabut keningku yang satu-satunya menjadi kebangaanku, dan yang ku lindungi selama ini. Sedikit pun mereka tidak mempunyai belas kasihan terhadap keluhanku. Bulu-bulu halus di wajahku juga di bersihkan menggunakan benang-benang jahitan. Hebat sekali, tidak pernah aku tahu kegunaan benang itu selain untuk menjahit. Bulu kaki dan tangan ku juga di wax selicin-licinnya, sesekali aku berteriak apabila mereka menarik wax yang sudah pun keras itu. Beginikah perasaannya untuk menjadi cantik? Memang tidak berbaloi sama sekali, fikirku.

"Ohhh..she's a doctor. She can't have that." Renee memberitahu pekerja di situ semasa mereka membawa sekotak pewarna kuku.

   Selepas habis satu, kini giliran massage, spa dan juga facial. Aduh! Sayang sekali masa yang ku habiskan di sini, aku boleh habiskan hari off-day' ku dengan tidur ataupun melihat video-video rakaman pembedahan yang ku pinjam di pusat simpanan rekod hospital. Seorang doktor tidak akan pernah habis belajar sampai bila-bila pun. Rasanya, kecantikan juga begitu, tidak akan ada penghujungnya.


Jersey No.18Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang