Selepas melakukan temuramah untuk stesen tv rangkaian sukan dan berita tempatan, aku cuba mencari-cari Katie di tempat aku melihatnya tadi, tapi tidak ku jumpa. Belum sempat aku naik ke kawasan tempat duduk itu semua sekali menyerbu aku, menyentuh, membelai kepalaku dan memeluk aku, aku di tarik ke sana sini, wajahku juga di peggang-peggang mereka. Sehinggalah aku di tarik coach ku dan juga Echart turun dari situ.
"Are you crazy?" Bob mengherdik aku marah.
"You want to get hurt?" Echart pula menyambung.
"What are you looking for?" Tanya Bob yang ingin mengetahui tujuanku bertindak sedemikian.
"I'm looking for someone, important person."
"No one is more important than you. Please take care of yourself. All these people can be dangerous. They said they want your autograph, picture.. then it will never end until tomorrow."
"Please let me go.." Rayuku pada Bob.
"Kellwood the World Magazine reporter are here for you. Go.. claim your crown."
"They can wait." Balasku tidak berminat, sempat aku menarik sapu tangan pada poket hadapan kot Bob dan meminjam kot hujan penjaga di sana lalu menyarungkan ke badanku, menaikan hood di kepala dan ku lilit sapu tangan itu di hidung hingga ke belakang. Sementara aku membutang semua butang pada kot hujan itu, sambil aku melihat orang yang lalu-lalang di situ kalau-kalau ada Katie di antara orang banyak ini.'Tell me..where are you. Come onnnn..let me see you.' Aku berkata di sebalik sapu tangan itu. Mustahil untuk ku jumpa dengan orang ramai yang bertempiran keluar dari stadium itu, aku naik masuk balik ke laluan anak tangga yang juga penuh dengan penonton-penonton yang sabar menanti giliran untuk keluar. Sudahlah aku tidak nampak jelas warna baju yang di pakai Katie, kalau lagi dia juga memakai baju hujan, kot atau jaket, langsunglah tiada harapan aku untuk menemui dia.
'Oh God, give me last chance.. please.' Aku menyeru entah kepada siapa, tuhan juga tidak dapat mendengar suaraku dengan sorakan, dan bunyi bising riuh rendah orang-orang di situ. Mujur tiada siapa yang dapat mengecam aku dengan imej terbaru ini, kalau tidak jangan harap aku dapat bergerak. Dengan tiba-tiba nama ku naik hanya kerana satu gol simpati dari nasib ku yang sentiasa malang ini rasanya.Tepat waktu itu juga aku melihat Katie yang sedang mencari laluan di celah-celah ramai, tanpa membuang masa aku merempuh melawan arus orang-orang yang sedang menuju ke pintu keluar. Aku menarik tangan Katie dan membawanya jauh dari situ, dia yang agak terkejut dan hairan hanya mengikut saja. Cuma sewaktu aku berlari laju masuk ke dalam bilik persalinan pakaian, dia sedikit meronta untuk di lepaskan.
"Oiiiiiiiiii!!!" Kawan-kawanku yang berada di dalam bilik itu melontar baju-baju mereka yang basah kerana peluh ke arahku kerana membawa seorang wanita masuk di situ. Satu lagi peraturan yang ku langgar. Ada yang sempat menutup dada mereka menggunakan tangan sahaja. Lantas aku menarik turun hood di kepalaku, dan membuka sapu tangan yang menutup separuh wajahku.
"Are you crazyyyyy?!!!" Lagilah mereka menjerit aku apabila mengetahui itu adalah aku. Manakala Katie sudah pun memusingkan badannya ke belakang kerana tidak mahu berhadapan dengan lelaki-lelaki yang mandi peluh, bermacam-macam bau, juga separa bogel. Keadaan itu tidak sesuai untuk Katie, aku menariknya lagi ke bilik kecil tempat penyimpanan barang-barang dan peralatan sukan di stadium itu yang tidak jauh dari bilik persalinan kami."Open your eyes." Beritahu ku, perlahan dia membuka matanya.
"Denny?" Dia berpura-pura tidak terkejut."
"Ahh.. Denny." Dia mengulanginya semula, kali ini cuba untuk memperbaiki intonasi suaranya.
"You came." Lafazku, dan terus memeluk dia.
"What?" Hanya itu yang keluar dari mulut dia, pelukan ku basah tapi hangat di hati.
"She trapped me."
"Aku tahu. Aku sudah lama tahu."
"Macam mana kau tahu?"
"Aku pernah terlihat rekod kesihatannya, sudah beberapa kali dia di masukan ke hospital tempat aku bertugas sekarang dan di hantar rehab. Selain Bulimia dan Anorexia, dia juga ketagih Cocaine."
"Kau tahu?! Kenapa kau tidak bagi tahu aku pada malam itu?"
"I was in the surgery room the night you called, and you didn't mention any name that time, you said..our friend. "
"Maafkan aku." Kali ini aku memandang tepat pada anak matanya.
"Me too." Balasnya dan dia pula yang memeluk aku. Walaupun aku tidak tahu apa maksudnya dengan me too' itu, seolah-olah dia juga ada membuat salah terhadapku, di belakangku, atau di luar pengetahuanku.
"Wait for me here." Pintaku.
"I can't, i in a rush to the hospital, but.. i'll stop by your house after.. if.., i finish early." Janjinya dengan senyuman kecil dia lemparkan padaku. Aku mengangguk dan melepaskan dia pergi, panjang hembusan nafasku lega melihat dia berjalan sehinggalah tidak kelihatan lagi pada mataku.Masuk saja di bilik persalinan itu, semuanya bersorak ke arah aku dan melompat-lompat sambil membuka dua botol champagne'. Tupppp.. Bunyi penutup botolnya di lepaskan. Jurulatih ku menghulurkan aku gelas plastik putih dan menuang tidak sampai pun setengah gelas tersebut, selesai aku meneguk dengan cuma sekali saja..
"Horraaaaaaay.." Jerit mereka serentak dan mula mengagih-agihkan gelas dan champagne tadi.
Memang benar aku yang menyumbat gol tunggal itu secara tidak sengaja, tapi seperti yang lain juga. Pencapaian dari seorang pemain membawa kepada kemenangan seluruh kumpulan, kelabnya. Biarpun mereka yang menjadi pemain simpanan juga turut serta di dalam bilik ini meraihkan bersama-sama. Siapa yang tidak gembira bila kami mempunyai kelebihan dalam perlawanan seterusnya minggu hadapan. Aku pasti bapa dan ibu ku juga turut gembira di hadapan kaca tv kali ini. Dan Katie.. oh Katie, di situ sebenarnya kegembiraan ku. Aku senyum menghadap almari simpanan pakaian dan barang-barang itu dengan masih lagi menggengam sapu tangan tadi, dan menggunakannya untuk menutup mulutku yang tersenyum lebar sendirian. Semua orang senyum gembira sesama mereka di belakang aku, manakala aku pula senyum kepada almari kosong itu.
"Hey, this is mine." Kata jurulatih ku itu dan menarik begitu saja sama seperti aku menarik dari kotnya tadi sapu tangan yang memang miliknya. Pantas aku menutup mulutku dan mengambil sehelai tuala bersih yang sudah pun di sediakan di situ masuk ke kamar mandi.
Malam itu, duduk ku tidak senang sama sekali, jam sudah pukul 9 lebih malam tapi Katie masih belum sampai lagi. Mungkinkah dia tidak dapat datang malam ini kerana tugas-tugasnya di hospital itu, atau dia sudah pun berubah fikiran? Sudah berkali-kali aku menyusun atur segala barang-barang dalam rumah itu, padahal bukannya banyak sangat pun perabot dalam rumah ini, cuma ada dua sofa usang, sebuah meja kayu yang kakinya sudah pun separuh di makan anai-anai. Beberapa pasu bunga kaktus yang kecil-kecil itu ku susun sebaris dan selari mengikuti jenisnya, kasut-kasut ku di tepi muka pintu itu pun sudah ku spray pewangi empat kali sejak aku balik tadi, supaya tidak ada bau-bau yang menyenangkan. Gelisah benar hatiku, mengalahkan perasaan orang yang beratur di hadapan bilik doktor gigi menunggu gilirannya.
Segera aku keluar untuk menjenguk ke bawah kalau-kalau ada Katie dalam perjalanan ke sini, hampa! Bukan sekali aku hampa, tetapi sudah enam kali aku hampa tidak melihat batang hidungnya lagi. Esok juga aku berjanji untuk membeli sebuah telefon bimbit baru, agar tidak seksa begini lagi.
Katie
"Katie.." Doktor Roger duduk di kawasan hadapan ruangan menunggu di hospital itu.
"Ehh..errrr.. grrrr.. errmm, doktor Roger?" Tidak ku sangka sama sekali dia masih lagi di sini, sedangkan shift nya sudah tamat pada pukul 6 petang tadi.
"Let's go dinner?" Ajaknya,
"Well.. i.. i.." Aku teragak-agak untuk memberikan alasan lain bagi menolak tawarannya itu tanpa ada yang sakit hati di antara kami berdua.
"I need to disscuss you about the head surgeon residents."
"Whhha....what?" Takut saja telinga ku salah dengar.
"Are you ready for the coming election on this Wednesday?"
"Election? I.. I.. I did not submit any form.."
"I did."
"Whhhaa..t?" Aku menutup mulutku dengan tapak tangan kerana tidak mahu dia melihat aku melopong di hadapannya.
"Don't you want to be a head surgeon? It's about time." Dia kembali duduk di tempatnya tadi.
"Doktor Roger.. Kau tidak meminta kebenaran dari aku sebelum melakukan semuanya ini."
"Why should i? I'm still your boss, and i have right to choose any of my fellow doctor for this post, also.. my vote is valid like others." Doktor Roger yang penuh karisma itu menyilangkan kakinya duduk dengan bergaya sekali. Apabila dia bercakap dengan seseorang kedua-dua matanya memainkan peranan penting dalam menembusi hati mereka yang mendengarnya.
"No, i.. I still not ready for this. I'm.. just ok with.. where i am right now."
"Katie, apa yang membuatkan kau begitu risau? Bukankah aku berada di sini untuk membimbing mu? Aku tidak akan membiarkan kau sendiri mengemudi sebuah bahtera tanpa pengalaman yang cukup. Kita akan berlayar bersama-sama sehinggalah kau sampai ke tempat tujuan mu, barulah aku melepaskan mu." Dia senyum dan masih lagi memandang aku.Sebenarnya siapalah yang tidak mahu jika di tawarkan jawatan itu, satu kemudahan dan advantage' untuk aku memilih apa yang ingin aku terajui dalam hospital besar ini. Selain itu mempunyai kuasa untuk menyusun jadual di papan board putih, dan mendapat kes yang lain daripada yang lain sebagai pengetahuan baru dan bekalan di masa peperiksaan nanti. Tercabar pula hatiku apabila mendengar apa yang di katakan oleh doktor Roger itu, dan di situlah aku berbelah bagi sama ada mengikuti dia dan mengabdikan diriku di dalam pekerjaan ini, atau pergi kepada Denny yang mungkin atau mungkin tidak menunggu aku sekarang ini. Denny juga sibuk dengan memperkembangkan kerjayanya, dia baru saja mulai bersinar hari ini, kenapa pula aku mahu menggangu dia untuk terus bersinar? Sedangkan aku sendiri sedang berdepan dengan peluang untuk bersinar dalam hospital ini.
YOU ARE READING
Jersey No.18
RomancePercintaan mengenai dua individu yang mempunyai dunia yang berbeza, di antara glamor dan famous, profesional dan kewajipan, keinginan dan keterpaksaan. Denny Kelwood yang baru ingin mencipta nama di arena sukan antarabangsa bola sepak negara dan Kat...