Katie
Keadaan di hospital sungguh-sunguh sibuk, tidak menang tangan aku di buatnya. Mujur beberapa hari aku merehatkan diri dapatlah aku mengejar kembali semua infomasi yang tertinggal. Pada mulanya banyak saja suara-suara sumbang yang berbisik-bisik di belakang akan hubungan aku dengan doktor Roger, apatah lagi dia sudah pun di berikan cuti selama seminggu lebih untuk menunggu keputusan daripada meeting board hospital ini. Nasib juga keluarga mangsa tidak mengeluarkan apa-apa saman terhadap hospital tempat aku bekerja. Dan doktor Roger pula yang bertangungjawab menggantikan aku. Sudah beberapa kali aku menelefon doktor Roger, tapi tidak di jawabnya. Rasa bersalah masih tebal dalam diriku, dengan apa yang dia lakukan untuk ku dan luahan hatinya tempoh hari membuatkan aku begitu terbeban bila asyik memikirkannya.
Denny pula selepas aku menerima pesanan suaranya yang terakhir memberitahuku dia berjumpa dengan kawan lama, aku tertanya-tanya siapakah 'kawan kita' yang di maksudkan itu. Setiap jam aku melihat telefon ku masih tidak ada sms darinya, aku rindu mendengar suaranya, dan aku..aku..
"Doctor Volt bed no. 4 is waiting for you." Panggil seorang jururawat kepadaku, ku masukan terus telefon bimbit ku ke dalam kocek jubah putih itu.
"Okay, Mrs. Smith, i will arrange simple procedure operation for your chest tomorrow."
"Doctor.. who will do the operation?"
"Me.. you don't have to worry. I'll check on you tonight after my last round, ok?" Aku senyum dan meninggalkan orang tua itu di atas katil. Sekali lagi aku mengambil telefon bimbit ku dan melihat kalau-kalau ada sms yang masuk dalam beberapa minit tadi aku bersama pesakit."Just go and visit him." Kata Renee yang sudah ada di sebelahku, tidak ku sedar sejak bila dia berada di situ.
"Visit who?" Tanyaku tidak mengerti.
"Our Roger." Dia menjeling semasa menyebut nama doktor Roger.
"Why should i?"
"Hey girl.. he took the blame for you. Don't you feel anything?"
"Jadi kau mahu aku berpura-pura untuk rasa simpati dan tunjukan yang aku care?"
"Berpura-pura? I don't think kau berpura-pura."
"I have someone else in my heart."
"Really? Who? Is he a doctor? Hmmmm.. a singer? a pilot? a lawyer?"
"He's a .....""Please help me.. please." Suara seorang lelaki yang baru saja masuk dari pintu besar utama hospital itu nampak panik. Aku dan Renee tanpa membuang masa lagi terus meluru ke luar hospital dan mendapati seorang wanita yang cedera parah bahagian kepala dan juga kedua-dua kakinya. Apa yang merisaukan kami lagi apabila melihat wanita itu sarat mengandung, dan bernafas bagaikan nyawa di hujung tanduk.
"Puan, puan.. boleh dengar suara saya tak? Saya doktor Volt, dan puan berada di hospital sekarang ini, boleh puan beritahu nama puan?" Aku memulakan perbualan untuk melihat tahap kesedaran dan ingatannya, sambil-sambil menunggu Renee membawa pengusung dan beberapa doktor lain tiba.
"Saya.. saya... anak.. anak saya.." Perempuan malang itu mula bersuara, aku mulai memeriksa nadinya, degupan jantungnya agak perlahan.
"Puan, puan berada di hospital. Saya akan menjaga puan dengan baik. Puan tolong genggam tangan saya, puan.. puan genggam tangan saya." Arahku kepadanya, tapi anak matanya sudah tidak memberi reaksi yang betul terhadap suara ku.
Denny
"Sir...sir.. hello..."
Kepalaku masih berdenyut-denyut pagi itu, dengan cahaya matahari yang menyelinap masuk dari tepi-tepi langsir putih itu betul-betul menyakitkan mataku. Perlahan-lahan aku bangun, menarik nafas panjang dan membuka mata perlahan-lahan untuk melihat dari mana datangnya suara itu.
"Sir.. anda harus ikut kami ke balai."
"What? What the...."
"Encik.. encik tahu encik berada di mana?" Seorang lagi lelaki yang segak berpakaian seragam polis. Bila ku amati betul-betul ada sekumpulan anggota polis berada di bilik ini, dan tentu saja ketuanya yang memakai kot hitam di sebelah ku ini. Dan bilik itu juga bukanlah bilik hotel tempat aku mengginap sebelum ini.
"Apa yang telah terjadi?" Tanya ku pada orang-orang yang sedang memerhati aku,
"Ada baiknya encik memakai baju terlebih dahulu." Tegur ketua polis itu, dan pada yang sama.. ciakk..ciakk..
"Ehhh... kamu keluar, keluar dari sini. Tidak di benarkan sesiapa pun mengambil gambar di sini."
Mataku besar melihat beberapa orang wartawan yang sempat mengambil gambar aku di bilik itu, apabila aku melihat keadaan diriku yang tidak mempunyai seurat benang pun, hanya selimut hotel itu saja yang melindungi senjata kelelakianku. Cepat-cepat aku menarik selimut itu dan memungut semua bajuku yang bertempiaran di atas lantai dan segera masuk ke bilik mandi.
YOU ARE READING
Jersey No.18
RomancePercintaan mengenai dua individu yang mempunyai dunia yang berbeza, di antara glamor dan famous, profesional dan kewajipan, keinginan dan keterpaksaan. Denny Kelwood yang baru ingin mencipta nama di arena sukan antarabangsa bola sepak negara dan Kat...