Berkali-kali dia melihat wajahnya di cermin di dalam bilik mandi itu. Seperti bukan dirinya saja yang di lihat. Dia betul-betul tidak percaya dia memiliki wajahnya yang sekarang ini. Senyumannya kini sudah sampai di telinga, senyuman puas hati dan gembira.
"Waitttttt.. tolong tahan pintu tu." Jeritnya, berlari selaju yang boleh untuk mengikuti lif yang sudah pun hampir penuh. Lif di hospital itu cuma ada 4 di bahagiannya yang boleh di gunakan. Memandangkan hospital itu bangunannya mencecah tingkat 12, dan dia berkerja di tingkat 9, memang agak payah dan memerlukan masa lagi untuk mendapatkan lif yang seterusnya.
"sorry..sorry.." Katanya apabila masuk di celah-celah orang yang sudah pun berhimpit-himpit di dalamnya. Sengaja dia masuk ke dalam kerana dia antara orang yang paling akhir keluar dari lif yang penuh itu.Balik-balik di selaknya rambut depan yang di gunting agak panjang dan kadang kala mengganggu penglihatannya. Perlahan-lahan dia memasukan tangan ke dalam beg sandangnya untuk mencari klip rambut yang di masukan pagi tadi sebelum dia keluar dari rumah. Baru saja dia hendak berpusing untuk melihat cermin di belakang, klip rambut berwarna biru itu jatuh dari pegangan tangannya.
Begitu sukar untuk mencari ke manakah klip itu jatuh, bergerak dalam lif itu juga agak sukar, sudahlah sempit penuh orang, nanti tidak pasal-pasal punggung orang pula yang di ciumnya hanya untuk membongkokan badan.
"Ahh..there you are." Katanya apabila melihat klip rambutnya berada dekat dengan kaki seorang lelaki yang memakai kasut brown chestnut itu. Belum sempat dia tunduk ambil, lelaki itu terlebih dahulu memungutnya.
"You looking for this?" Hulur lelaki itu.
"Errrr.." Malu setebal-tebalnya, dia sudah tidak dapat bersuara. Kenapalah awal-awal pagi lagi dia melihat doktor Roger di dalam lif itu. Doktor Roger pula memandang dia dengan pandangan tidak berkelip. Mulut sedikit terbuka, dan tangannya masih menghulur klip rambut itu.
"Errrmmm.. thank you." Ucapku, lalu segara hendak mencapai klip rambut itu. Tetapi lekas-lekas di tutup gengaman tangannya. Hairan, kenapa dengan dia ni.
"Let me.." balas doktor Roger yang berkot biru navy dengan seluar jeans gelap dan bag hitam yang di sandang pada bahu.
"Uhhh..," aku tergamam seketika apabila dia mendekati rapat denganku dan mengenakan sendiri klip rambut itu pada rambut depanku yang agak panjang berjela. Aku cuba menahan nafas beberapa minit, perutku senak, hatiku berdegup laju.Rasa kurang selesa dibuatnya, apbila doktor Roger asyik mencuri-curi pandang walaupun dalam kesesakan orang ramai. Semakin aku tidak bernafas dengan perbuatannya, atau mungkin kerana aku masih menahan nafas ku ini agaknya.
Ting! Bunyi lif. Perlahan pintu terbuka dan beberapa orang lain keluar di tingkat itu, tanpa melihat tingkat tersebut aku juga turut keluar bersama, tapi di pegang oleh doktor Roger.
"Kau mau ke mana doctor Volt?" Tanyanya.
"Oh.. saya nak jumpa kawan di department ini." Jawabku gugup. Barulah di lepaskan tanganku tadi, sambil dia sneyum mengangguk kecil.Sebaik saja pintu lif bertutup, aku duduk di lantai menarik nafas panjang dan kemudian menghembuskannya kembali. Hampir lemas aku kekurangan oksigen di dalam tadi. Apa lagi melihat angka pada dinding itu yang menunjukan tingkat 5. Jam di tanganku sudah pun menunjukan aku lewat 10 minit dari waktu sepatutnya aku bertugas, ada hati lagi bagi alasan jumpa kawan. Kali ini aku memang patut di baham oleh doktor Brace. Butang lif tu sudah 10 kali ku tekan-tekan tapi masih juga tidak kunjung tiba, mahu tidak mahu aku tolak pintu anak tangga dan mula melangkah naik ke tingkat 9.
"Ini semua pasal dia. Pandang-pandang orang, macam tidak pernah saja tengok orang cantik." Marahku di dalam hati.
"Oh hi doctor Volt, awal hari ni sampai?" Doktor Brace sudah pun menunggu aku terlebih dahulu di meja pendaftaran bersama beberapa doktor baru yang lain.
"What your excuse this time?" Tanyanya dengan muka tidak beberbelas kasihan. Aku harap saja dia tidak menghukum aku untuk mengambil kes-kes yang kurang enak awal-awal pagi ini. Seperti sebelumnya, apa lagi yang tidak pernah aku lakukan atas hukuman yang dia berikan. merawat jangkitan pada anu' lelaki akibat penyakit Gonorrhea, memeriksa dan mengkaji muntah dan najis pesakit, mengumpul air kencing, dan memeriksa bukaan pada ibu-ibu yang sedang sakit bersalin. Semuanya ku lalui dengan tabah, marah dan sakit hati. Tetapi berlainan pada hari ini..
YOU ARE READING
Jersey No.18
RomancePercintaan mengenai dua individu yang mempunyai dunia yang berbeza, di antara glamor dan famous, profesional dan kewajipan, keinginan dan keterpaksaan. Denny Kelwood yang baru ingin mencipta nama di arena sukan antarabangsa bola sepak negara dan Kat...