Part 13

38 1 0
                                    

Denny

"Sampai bila kau nak jadi begini, kau sembunyi pun dalam bilik tu takan kurang malu yang aku tanggung ni. Budak tak kenang budi. Aku hantar kau belajar di universiti mahal, siang malam tanggung kau ingat belakang hari bolehlah kau balas aku. Ini tidak.. kau tuang arang lagi di muka aku ni." Herdik bapa Denny.
"Umur dah berapa kau masih mahu aku tanggung kau lagi? Kau tu tak sedar diri, keluarga bukan kaya, harta pun tiada. Mulai esok kau tanggunglah diri kau sendiri, aku mahu kau keluar cari kerja dan kau makan duit kau sendiri. Aku tak akan bagi sesen pun untuk kau."
"Itulah kau manjakan sangat anak kau tu, otak masih tak stabil.. mau sangat main bola, kalau hebat tak apa juga. Eh, kalau anak kau tu hebat dah lama mana-mana kelab ambil dia main tau. Ini..jangan kan kelab, universiti pun tidak mahu anak kau tu. Nak kerja dengan syarikat besar jangan harap lah." Mama Denny juga menjadi mangsa kemarahan.

"Budak-budak sekarang semuanya sama, cinta dulu yang di cari tapi tak sedar duit masih minta mak bapa. Dah kau gatal sangat Denny sekarang dah kena.. apa kau mau jawab lagi? Tidak kisahlah kau buat kah tidak buat kah, kalau kau juga tidak layan budak tu tak akannya jadi begini."
"Menyesal besarkan kau, begini pula kesudahannya. Kecil-kecil baru aku tampar sikit, mama kau sudah menangis bergayung-gayung air mata tu, sekarang sudah besar.. jadi begini mau menangis hari-hari pun tidak guna. Kau fikirlah sendiri macam mana mau bersihkan nama kau, kau pergi mana-mana pun sekarang orang tahu apa kes kau, orang baca saja dahi kau terus tidak mau pandang kau sudah."
"Dasar anak tidak tahu untung, kecil-kecil tidak mahu mampus, sekarang mahu menyusahkan orang tua. Kalau tuduhan mencuri, merosakan harta benda tidak apa lagi, ini memperkosa? Bodoh. Kalau esok lusa kau masih tidak dapat kerja.. kau keluar dari rumah aku ni. Tidurlah di kaki lima, aku tidak kisah pun kau hidup ke tidak. Kau faham?!"

   Pintu bilik itu di tendang lagi seperti selalu oleh orang tua satu ni, asal saja pulang dari kerja pintu bilik ku juga jadi sasarannya. Ibu bapa yang lain mungkin dalam keadaan ini mesti sudah memeluk anaknya, memberi semangat dan menasihati untuk cari jalan melupakan semua ini dan memulakan hidup baru.

   Tapi kedua-dua orang tua ku langsung tidak berbuat apa-apa. Sejak bapa ku di panggil oleh pihak universiti akan hal ini, hampir sebulan dia tidak bercakap dengan aku. Hanya  menangis tanpa suara di tepi tingkap di dalam bilik sewaktu aku menghendap keadaannya. Kemudian dia mula bersuara lantang dan memaki hamun aku di luar bilik, sehinggalah telingaku juga sudah lali mendengarnya.

    Kemarin jurulatih ku di universiti menghantar sms mengenai kerja kosong menyapu dan membersihkan stadium bola sepak di Selhurst Park. Entalah kenapa dia mahu mendera emosiku sekarang ini, sudahlah dia tahu aku di tendang keluar dari pasukannya, dia mahu lagi aku melihat hari-hari permainan bola sepak yang pernah menjadi kecintaan ku seblum ini. Bukankah itu namanya mempermainkan aku? Sudahlah kedudukannya yang agak jauh dari rumahku, mahu-mahu juga 2 jam lebih untuk pulang balik ke sana. Tapi memandangkan aku tidak ada pilihan lain, selepas amaran yang di beri bapaku tadi terpaksa juga aku membawa diri buat pertama kali selepas 5 bulan berlalu.

   Bulan hadapan Katie akan menamatkan pembelajarannya di universiti itu, majlis penerimaan ijazah yang di maklumkannya beberapa minggu lalu dari sms nya. Katanya dia mahu aku datang ke majlis itu untuk mengambil gambar bersamanya, dia lagilah gila. Adakah suruh aku lagi datang ke kampus, untuk apa? Di malukan? Mana aku mahu letak muka ini, mustahil orang-orang di sana tidak mengingati rupaku. Kalaulah aku boleh menjalankan pembedahan plastik sekarang juga kan alangkah bagusnya. Tapi dengan rambutku sepanjang ini, aku tidak fikir orang akan mudah mengenali aku.

"Baiklah, awak boleh berkerja di sini mulai dari esok. 800 pound sterling sebagai permulaan.  Selepas 6 bulan saya akan pertimbangkan lagi kenaikan gaji yang awak layak dapat." Jelas dan terang pengurus stadium itu memberikan jawapannya.
"Terima kasih." Hanya itu jawabku apbila permohonan ku di terima untuk berkerja di situ. Dengan wang sejumlah itu, apa sajalah dapat ku beli, jangankan makan tengahari selama sebulan, belanja untuk tram saja pergi balik ke sini sudah habis separuh.

   Buat pertama kalinya selepas sekian lama, melihat rumput hijau yang di jaga rapi itu sangat-sangat menguris hatiku. Impianku musnah sekelip mata, di sini aku tergantung tidak bertali. Hari-hari yang mendatang tentunya lebih menyakitkan, dapat melihat tapi tidak dapat menyentuhnya, itulah yang kurasakan. Aku turun ke padang yang begitu luas itu dan ku lari ke tengah-tengahnya, di sana aku berdiri pusing keliling melihat di persekitaran bangku-bangku kosong dengan cat bendera kelab pasukan yang bermain di sini. Sebilah pisau menusuk terus ke hatiku yang terlalu kurasakan.

   Bermula lah rutin harianku menyapu membersihkan stadium Selhurst Park yang menempatkan pasukan atau kelab Crystal Palace. Satu kelab yang hmm.. tidak juga terkenal sangat, sekadar boleh tahanlah prestasi mereka, para pemainnya juga boleh di kira dengan jari yang hebat-hebat. Tapi aku boleh katakan memang bukan kelab pilihan ramai. Stadium inilah tempat mereka berlatih hampir setiap hari, dan beberapa perlawan juga turut di adakan di sini. Rasa-rasanya memandang padang bola ini lebih memeritkan daripada menyapu berjam-jam di seluruh stadium ini bersama 3 orang lagi kawan sekerjaku.

"So..you are?" Tanya coach kelab Crystal Palace.
"Oh, i'm Kellwood. Denny Kellwood."
"Jadi, kau orang baru di sini?"
"Yes bos. Baru 3 hari saya berkerja di sini."
"Tapi kau kelihatan masih muda. Dan bentuk badan kau juga seperti seorang atlet. Kau pernah terlibat dalam mana-mana jenis sukan?"
"Oh.. Saya cuma bermain bola sepak di sekolah dulu, sebagai aktiviti kokurikulum hujung minggu, tidak lebih dari itu."
"Oh i see.. Well, welcome to our stadium." Dari raut wajahnya nampak baik, pakaian yang sentiasa kemas, tutur kata juga di jaganya. Sememangnya coach yang baik, aku belum pernah melihat kelab ini bermain lagi secara live. Selalunya bila coach nya hebat, pasukan yang di latih juga tidak kurang hebatnya. Ada baiknya juga aku berkerja di sini, bolehlah aku melihat dengan lebih dekat lagi kehidupan seorang pemain yang selalu ku dambakan selama ini.
"By the way i'm Robert, just call me Bob." Coach Bob berpaling memperkenalkan dirinya sebelum meninggalkan Denny seorang diri mengemas bilik persalinan pakaian itu.

   Bilik itu tidaklah kotor sangat pun, tetapi terdapat bau yang kurang menyenangkan. Mungkin disebabkan peluh dan bau hapak dari pakaian, stokin atau kasut pemain yang basah terkena peluh terus saja di simpan ke dalam almari yang di sediakan untuk setiap mereka masing-masing. Walaupun sudah ku spray dengan pewangi daun tea tree tetap juga baunya tidak hilang-hilang. Setelah ku sapu dan ku mop lagi lantainya, peluh-peluh yang menitik di lantai itu juga kelihatan kotor apa lagi terkena tapak kasut mereka. manakala di dalam bilik mandi, terdapat beberapa plastik di lantai, kotak pencukur,  kertas, ada juga yang tertinggal sebelah stokin, tuala kecil dan macam-macam lagi. Begitu senang hidup-hidup pemain ini bilik mandi mereka juga di bersihkan oleh orang lain. Entah apa saja yang mereka buat selain dari bermain.

   Di sebalik pokok Oak itu saja mampu ku mara untuk melihat Katie dan kumpulan batch nya menerima segulung ijazah. Walaupun sudah sejam aku berdiri di situ tapi aku masih belum melihat kelibat bayangnya, memang aku rancang untuk datang pada waktu-waktu di hujung upacara saja, cukup aku melihat Katie dan memberikan bunga yang tidak seberapa ini padanya dan aku boleh pergi dengan hati tenang.

   Takut betul aku kalau-kalau ada sesiapa yang dapat mengecam, sengaja aku memakai topi dan menaikan kolar jaket ku supaya tidak kenal sesiapa. Ada juga yang lalu-lalang di sana melirik aku dengan tajam mungkin sebab hairan dengan gerak-geri ku seperti seorang spy atau lebih kepada stalker. Bila ku perhati betul-betul aku melihat Katie dari tempat aku berdiri. Memang betul itu adalah Katie. Dia sudah berubah, rambutnya lebih pendek dari aku, ada sesuatu yang berubah pada dirinya yang tidak dapat ku kenal pasti dari jauh. Adakah dia terlalu penat berkerja di hospital itu menyebabkan dia begini kurus. Hampir-hampir tidak ku kenali dirinya, warna kulitnya juga sudah nampak lebih perang. Tapi apa yang membuatkan dia berubah sampai begini sekali?

"Excuse me, boleh tolong bagi bunga ni pada perempuan yang berambut pendek tu? Terima kasih." Segera ku serahkan jambangan bunga Lily putih kuning itu pada seorang lelaki yang sedang menuju ke arah kawasan upacara graduasi di hadapanku. Cukup sekadar melihat dia dari jauh menerima bunga yang tidak berkad itu, bagiku sudah memadai. Aku tidak pernah dapat membalas budinya untuk apa yang dia lakukan padaku sehinggalah aku dapat merasai hebatnya impianku, walaupun hanya untuk seketika. Dia kelihatan terpingga-pingga menerima jambangan bunga itu, tentu dia sangka secret admire nya, ehehe.

Baru saja aku menoleh untuk berlalu pergi..

"Wait.. De..hmm..wait a minute."
Dia memanggil aku tanpa menyebut namaku, ertinya dia tahu aku siapa. Sengaja dia tidak menyebutnya kerana tidak mahu orang lain mengetahui aku di sini.
'Baiklah, sekurang-kurangnya aku dapat mengucapkan tahniah padanya.' Kata hatiku lalu aku menoleh ke arah dia yang semakin hampir dari tempat aku berdiri.



Jersey No.18Where stories live. Discover now