Denny
"Wow kau betul-betul berubah. Hampir aku tidak kenal tadi." Betul apa yang di katakan Alan tempoh hari, tapi aku tidak pernah sangka Katie berubah sehingga..
"Aku harap itu satu pujian." Katie menghirup kopinya yang ke 8 pada hari itu.
"Mestilah."
"Xin bagitau aku yang kau sudah di rekrut dalam kelab tempat stadium kau berkerja."
"Ya, aku baru bermula. Itu pun masih dalam pemerhatian. Aku datang ni pun untuk membuat pemeriksaan secara menyeluruh."
"Nampaknya kau juga sudah berubah." Katie lebih banyak diam dan menundukan kepalanya.
"Bagaimana dengan kerja kau di sini? Mesti kau seronok."
"Biasalah, hospital. Sibuk memanjang, lagipun orang baru macam aku ni perlu kerja keras. Tapi, ya.. aku seronok persekitarannya cukup baik."'Aku melihat keseronokan itu di wajah kau, nampaknya hati kau sudah pun di isi orang lain. Aku patut gembira, sekurang-kurangnya walaupun kau sudah menjadi seorang doktor pakar yang hebat, kau tidak melupakan aku atau mengelak dari berjumpa aku. Itu sudah cukup bagiku.' -Hatiku.
"Well, i'm happy to see you. Aku ada temujanji dengan doktor Brace.."
"Good luck with..errr whatever you do." Katie sudah terlebih dahulu menghulurkan tangannya.
"Thank you, kalau kau senang-senang datang lah ke stadium."
"I will." Hanya itu jawapan Katie.Katie memang sudah berubah tetapi ada yang tidak kena dengannya, perbualan kami juga terlalu singkat. Dia tidak bergurau atau cakap lebih-lebih, aku juga tidak boleh memaksa dia untuk buka mulut bercerita denganku. Mungkinkah aku sudah terlambat, mungkinkah dia betul-betul sudah berpunya. Gara-gara malu untuk berjumpa dengan dia selama ini, mahu sangat membuktikan dia yang aku juga boleh berjaya, tau-tau ada orang lain yang sudah berada di hatinya. Bodohnya diriku!
Dalam perjalanan pulang aku asyik memikirkan perubahan Katie, dia sungguh cantik, walaupun berambut pendek begitu dia tetap manis pada pandangan mataku. Betul gerak hatiku sebelum ini untuk mengenali dia dengan lebih dekat, dan mungkin lebih dari 'dekat' lagi, kerana aku tahu ada yang istimewa di sebalik perwatakan nerd dan wanita yang tidak pandai bergaya-nya. Tapi sayang, kami sudah terlalu jauh untuk kembali kepada perasaan kami sebelum ini.
"Kellwood?!!" Jerit jurulatih ku memanggil aku.
"Yes coach?"
"Esok kau ikut ke Manchester, sebagai pemain simpanan. Nombor jersey kau tetap yang itu kan?"
"Ya coach. No. 18!" Akhirnya aku masuk juga dalam barisan simpanan. Biarlah semuanya berlaku dengan perlahan sekali, agar kejayaan ku juga kekal lebih lama, tidak seperti sebelumnya.Perlawanan kali ini aku hanya duduk di bench saja, sambil melihat satu-satu pemain yang berada di tengah-tengah padang mengawal bola. Larian mereka sangat kemas, gerak tubuh yang lincah dan kaki-kaki yang membawa bola begitu mengagumkan. Berada di kerusi ini juga agak mengagumkan bagiku.. ini juga satu pencapaian baruku setakat ini.
"Hi Denny," sapa Antonio seorang lagi pemain simpanan untuk bahagian tengah, yang berasal daripada Sepanyol. Tetapi membesar di Leichester.
"Hi.." Hanya sekali dua saja kami bertegur sapa sebelum ini, tidak sangka kami berada di bangku yang sama.
"You excited?" Tanya Antonio.
"Hmmm.. aku tahu aku tidak akan dapat peluang aku hari ini, tapi berada di bench ini juga sudah cukup buat ku."
"Betul apa yang kau cakap, kalau ikut betul.. prestasi kau agak mengagumkan. Kau naik begitu cepat sehingga ke peringkat ini."
"Aku juga tidak menyangka sebenarnya.""Kellwood. Panaskan badan." Coach Bob mengarah aku, terkejut mereka yang memandang di barisan bench itu.
"Coach..." Aku ingin dia mengulanginya, berharap telingaku tidak salah mendengar.
"Hurry now." Jeritnya lagi.Barulah aku berlari laju, dengan senyuman penuh di hatiku. Ini kali lah aku mendapat peluangku, dan aku akan buktikan, aku yakin, aku bersungguh-sungguh...
"Woaaaaaaarr.... Hoooooooooooorrrr.."
Sebaik saja mendengar jeritan penonton yang hampir memenuhi stadium itu, kecut terus perut ku untuk beraksi. Perasaan takut yang belum pernah aku rasai selama ini. Terlalu berat beban yang ku pikul di masa-masa terakhir begini. Aku perlu menumpukan perhatian, kali ini aku bukan berada di sini untuk meraih gol atau menyamakan kedudukan. Aku ialah pertahanan, aku ialah tembok yang yang akan mempertahankan dari serangan bolos pihak lawan. Aku ialah tiang, aku.. mendengar wisel di tiup.
YOU ARE READING
Jersey No.18
RomancePercintaan mengenai dua individu yang mempunyai dunia yang berbeza, di antara glamor dan famous, profesional dan kewajipan, keinginan dan keterpaksaan. Denny Kelwood yang baru ingin mencipta nama di arena sukan antarabangsa bola sepak negara dan Kat...