Part 11

43 2 0
                                    

Denny


"Rupanya perempuan nerd yang di gosipkan dengan kau selama ini ialah Ugly Betty tu? Kau buta apa?!" Salma melepas marah di bilik Denny.
"Kau peduli apa? Dengan siapa pun aku berkawan, bercinta.. itu hak aku."
"Kau ingat.. sudah ada agen yang mahu dengan kau.. terus kau boleh berlagak begini? Kau mempermain-mainkan aku?"
"Siapa yang permainkan siapa? Aku tidak pernah cakap aku mahu balik dengan kau, atau terima kau. Kau sendiri datang menyerahkan diri kau pada aku. Lepas tu kau ambil barang kepunyaan aku tanpa kebenaran aku?"
"Kalau aku tahu rantai ni dari Ugly Betty tu, kau ingat aku sentuh kah? KV konon. Nah ambil ni." Entah ke mana saja perginya di buang rantai itu sekuat hatinya yang marah.
"Ambil barang orang tanpa kebenaran.. mencuri namanya. Apa mak bapa kau tidak ajar kah benda basic begini?" Sinis Denny menyindir.
"Eeeeeeeeeh.. diamlah. Tidak cukup kau malukan aku depan kawan-kawan aku, dan kau side dengan Ugly Betty tu lagi! Eeeeeeeeeeeeeh. Kau pilih orang yang salah kali ini. Baik, kau tunggu aku ajar kau. Aku akan balas semuanya sekali. Aku mahu tengok sampai mana saja kau boleh pergi dalam dunia bola sepak kau tu." Nasib saja pintu bilik itu bukan kaca, kalau tidak sudah lama berkecai di hempas Salma.

   Rantai itu di kutip Denny, dia betul-betul rasa bersalah dengan apa yang terjadi semalam. Walaupun Katie tidak melihat siapakah yang berada di dalam biliknya ketika dia datang, tapi dengan rantai ini sudah tentu dia dapat meneka. Katie bukannya bodoh, otaknya lebih ligat berfikir dari orang seperti aku. Aku yang bodoh, masuk dalam perangkap Salma. Hanya kelalaian ku seminit, cuma seminit.. dan akhirnya membawa padah sehebat ini. Bagaimana aku harus meminta maaf pada Katie, tentu saja dia terluka dengan semua ini, pun begitu dia masih boleh berkelakuan matang di hadapan ku. Semuanya salah aku, salah aku, dan salah aku!

   Setibanya saja aku di depan pintu dewan kuliah 4, seorang penuntut yang tidak berapa aku ingat siapa namanya memanggil namaku untuk berjumpa dengan dekan universiti ini. Pelik ku rasakan, belum pernah aku mendapat peluang sebesar ini untuk berjumpa sendiri dengan beliau. Terlalu banyak yang bermain di kepala ku saat aku melangkah naik ke bangunan yang satu lagi.

'Tok..tok..tok..' Pintu ku ketuk sebagai tanda hormat. Satu suara dari dalam menjemput masuk, perlahan aku menolak pintu besi itu, berat dan senyap saja bunyinya. Di dalam terdapat 4 lagi pensyarah fakulti bidang yang ku ambil termasuklah jurulatih ku sendiri. Takan pula nama ku naik begitu cepat dengan hanya jaringan gol yang ku bantai begitu saja tempoh hari.

   Mereka menyuruh aku duduk, bilik itu sejuk, besar ruangnya, silingnya juga agak tinggi lebih dari 4 meter rasanya. Segala teleskop, telefon dulu-dulu, bangku pada zaman queen Elizabeth juga masih kelihatan baik dan kukuh terpamer di situ. Buku-buku begitu kemas tersusun di satu dinding, dengan pelbagai warna dan saiz.

"Kamu tahu kenapa kamu di panggil ke sini?" Soal profesor John Lambert. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala.
"Kami menerima satu aduan bertulis daripada pejabat hal-ehwal pelajar mengenai diri kamu." 
Aku mengerutkan kening, sejak bila pula aku membuat masalah di sekolah ini. Adakah kerana kehadiran ku yang tidak memuaskan dengan masa yang ku miliki tidak memuaskan untuk semester ini. Tapi takanlah sampai begitu serius sekali mereka memanggil aku ke sini?

"Terdapat pertuduhan mengenai percubaan memperkosa salah seorang pelajar perempuan di sini!"
Berkelip-kelip mataku mendengar apa yang di lafazkan oleh profesor Lambert, profesor yang berbadan gempal dengan muka monyok memanjang, cermin matanya yang bulat lagi kecil itu kadang-kala di tolaknya naik sedikit di atas hidung.
"Maaf, boleh ulang sekali lagi. Apa yang sudah saya buat?" Adakah aku salah dengar apa yang di katakannya tadi, dengan 5 pasang mata memerhati aku dengan begitu serius.
"Ada aduan mengenai kamu cuba memperkosa salah seorang pelajar perempuan di universiti ini."
"Siapa? Siapa yang membuat tuduhan itu?"
"Salma Malek. Menurut laporan yang di buat. Pada tarikh sekian..sekian, kamu memanggil dia ke bilik kamu apabila rakan sebilik kamu tidak ada di situ. Kemudian memaksa dia menanggalkan pakaiannya. Kamu mengugut dia untuk memberitahu seluruh kampus bahawa kamu sudah meniduri dia sekiranya dia tidak menuruti kemahuan kamu."
"Ehe.. Ehee.. Eheeeehehe.., kamu percaya apa yang di katakannya? Siapa yang tidak mengenal dia di universiti ini? Semuanya karut! Dia sendiri datang ke bilik saya walaupun saya memaksa dia untuk pergi kerana saya terlalu penat pada malam itu selepas saja perlawanan dengan.."
"Oh, ertinya kamu mengaku kamu berdua-duaan saja di bilik itu malam tersebut?!"
"Dia memang ada ke bilik saya, tapi bukan saya yang memanggilnya, dia juga mengambil rantai saya pada waktu itu."
"Apa bukti yang kamu ada? Di bilik kamu ada cctv? Kamu ada rakam video atau perbualan kamu? Saksi?"
Aku terdiam mendengarnya, memang betul aku tidak punya apa-apa untuk di buktikan.
"Cukup, kami tidak perlu dengar apa-apa dari mulut kamu. Jawapan yang kamu berikan sudah cukup buat kami."

"Denny kau tahu kau boleh di gantung dari kelab kitakan..dengan tuduhan ini?" Jurulatihnya bertanya kali ini,
"Tapi saya tidak melakukan apa-apa."  Aku cuba menafikan.
"Salma mempunyai saksinya, pengawal sekuriti di bangunan itu juga mengesahkan yang dia nampak Salma naik ke bangunan itu. Kau juga mengatakan sendiri yang dia ada datang ke bilik kau!"
"Tapi, kami tidak melakukan apa-apa pun. Bagaimana harus saya jelaskan lagi, apa yang boleh saya katakan supaya kamu percaya apa yang saya cakap. Saya tidak pernah mendesak dia melakukan apa-apa. Dia datang sendiri ke bilik saya tanpa pakaian apa-apa pun, cuma sehelai kot saja, tapi kami tidak melakukan apa-apa pun. Kemudian..kemudian.. saya sendiri memintanya balik. Saya sumpah saya tidak melakukan apa-apa pun."
"Denny.. dia tidak cakap yang kau sudah pun memperkosa dia, tuduhannya ialah percubaan, per-cu-ba-an!"
"Ha...Ahahaha.. ha..haha.. Salma! Sampai begini sekali kau main kotor dengan aku,. Percayalah saya tidak ada melakukan apa-apa pun, dan tiada percubaan apa pun yang saya buat. Malah dia sendiri yang datang menyerahkan..hmmm.."
"Kamu tunggu di luar untuk keputusan isu ini. Kami akan panggil kamu masuk sebentar lagi untuk mendengar apa tindakan yang bakal kamu terima." Kali ini profesor Sinclair yang berasal dari Canada itu berkata.

   Mahu saja ku tendang-tendang pintu besi itu, benda yang sesuai untuk aku lepaskan segala kemarahan ku sekarang ini. Tanpa menunggu lagi aku mendail nombor Salma budak jahanam yang merosakan reputasi aku di universiti ini. Memang niat dia untuk mengenakan aku, telefonnya tidak di angkat. Aku betul-betul tidak tahu apa yang harus di lakukan saat ini, aku tidak punya saksi atau sesiapa yang dapat membantu aku keluar dari perkara ini. Tiada seorang pun yang percaya akan apa yang ku katakan tadi.

   Selalunya dalam hal-hal begini tentu saja kejahatan itu di lihat pada lelaki, dan perempuan insan yang lemah dan sentiasa menjadi mangsa. Beginilah ada dunia kejam ini. Belum di buktikan salah mereka yang di anggap lemah sentiasa akan menang. Ku dail nombor Katie, tiada apa yang aku harapkan darinya. Dia juga tidak melihat siapa yang berada di dalam bilik aku malam itu. Walaupun dia tahu itu adalah Salma dengan rantainya yang di pakai Salma. Tapi, aku tidak sampai hati meminta dia untuk berbohong demi menyelamatkan keadaan aku ketika ini. Aku cuma ingin berbual dengannya dan mencari tempat untuk meluahkan apa yang aku rasakan. Alan dan Prakash tentu masih berada di dalam dewan kuliah.

"Kellwood, sila masuk." Panggil profesor Sinclair yang membuka pintu untuk ku.
Aku berdiri di hadapan mereka berlima, sama seperti seorang yang sedang menunggu hukuman yang bakal di jatuhkan di atas jenayah yang di lakukan. Hatiku cukup berdebar, aku berharap tidak seteruk seperti yang ku sangkakan. Aku perlukan peluang terakhir untuk meneruskan jalan yang sudah tersedia di hadapan ku kini, tapi kenapa harus terjadi semua ini..

"Berkuat kuasa hari ini, kamu akan mengemas barang-barang kamu dan keluar dari kampus ini. Kami memberi masa sehingga esok untuk kamu kosongkan dorm kamu. Dan, kamu tidak di benarkan membuka mulut pada sesiapa pun dalam universiti ini atau kawan-kawan rapat kamu untuk menjaga nama baik universiti ini di luar sana. Hanya dengan keluarga terdekat saja kamu dibenarkan membangkitkan isu ini. Kami akan menghubungi ibu bapa kamu secepat mungkin. Tanpa melibatkan pihak polis, dengan undang-undang universiti, kamu di minta meninggalkan universiti ini secara senyap. Seandainya kamu ingin membawa isu ini ke pihak yang lebih tinggi atau dengan peguam yang kamu lantik mewakili kamu, adalah di nasihatkan berbuat demikian dalam masa 48 jam selepas kamu keluar dari universiti ini. Semua tenaga pengajar yang bertanggungjawba ke atas pembelajaran kamu selama ini akan di maklumkan kemudian secara senyap. Kami tidak mahu hal ini di ketahui dan heboh di kalangan pelajar setempat, demi melindungi mangsa kejadian. Tidak ada rayuan yang di benarkan untuk kes kamu ini. Saya harap kamu faham. Sekarang kamu boleh pergi." Demikian hujah panjang lebar dekan universiti itu membaca hukuman yang di jatuhkan padaku tanpa berlaku adil.

"Tidak.. tidak.. tolong jangan buang saya begini. Saya baru bermain bola semula selepas sekian lama, saya tidak pernah melakukan kesilapan seperti ini. Tolong beri saya peluang sekali lagi." Aku sudah tidak dapat mengawal diri ini, air mata juga sudah tidak ku peduli berapa banyak menitik di bajuku.
"Denny..Denny, bertenang, kawal diri kamu. Ayuh kita keluar dulu." Jurulatih ku memeluk aku yang sudah kehilangan arah. Dalam sekelip mata saja masa depan ku menjadi gelap, tanpa ada ribut dan taufan.. langit yang cerah mengikuti aku selama ini menjadi gelap serta merta. Entah di mana silapnya, semuanya kerana aku jatuh ke dalam perangkap Salma. Kalaulah malam itu aku terus saja menghalau dia keluar dari bilik ku, tidak pun.. mengajak saja Katie masuk ke dalam walaupun aku tahu dia akan sakit hati nanti. Katie.. ya.. Katie.., apa yang akan Katie fikirkan seandainya tahu akan perkara ini. Aduh, apa yang akan terjadi pada ku sekarang?


  


Jersey No.18Where stories live. Discover now