Part 6

45 2 0
                                    

Denny

"Denny.. Eherrrrm.." Salma menghampiri dia yang baru saja selesai latihan pertama hari itu.
"Kau rasa kau dapat ikut rentak beast kami ni?" Salma menunjuk kepada McQuinn penyerang utama dalam kelab itu. Dia hanya diam, selain masih banyak orang yang memandang di situ, tentunya tidak berbaloi melayani si cantik Salma itu. Iya, dia masih cantik seperti selalunya, dengan rambut yang hitam panjang bersinar-sinar, bulu matanya lentik dan lebat, kulitnya mulus, bibirnya seakan-akan mengundang ciuman pada setiap lelaki yang memandang. Mini skirt yang di kenakan itu sebagai penyorak pom-pom tentulah membuatkan dia paling seksi di antara semua. Sememangnya kelab Alliance Tiger di minat ramai juga dari universiti yang lain, tapi kata orang kunci utamanya ialah Salma yang menjadi nadi di setiap perlawanan. Tidak heran ada yang datang hanya mahu melihat dia menari menggoyangkan punggungnya, dan lekuk badannya.


"Kalau kau rasa kau tidak mampu menjadi pelapis mereka ni, lebih baik kau tarik diri saja. Kami tidak mahu kerana kau kelab ini kalah." Sempat Salma meraba abdomennya yang semakin pejal. Beberapa mata yang melihat hanya senyum-senyum mengejek dia rasanya.

"Don't worry about her." Katie yang berdiri di pintu masuk ke bilik persalinan senyum menyambut Denny. Rupanya dia melihat kejadian kecil itu tanpa di sedari Denny.
"Oh.. you came." Senang hatinya melihat Katie hadir pada latihan pertamanya, sebab berperang dengan emosi  dan juga mental adalah lebih berat daripada menggunakan fizikal.
"Are you ready for your first game?" Tanya Katie yang menghulurkan botol air kepadanya.
"I'm..nervous. Tapi, aku sudah lama menantikan saat ini." Jawabnya. Minggu hadapan adalah penentu kepada status dirinya, mampukah dia meletakan dirinya sebaris dengan mereka yang sudah pun berkecimpung lama dalam bidang ini. Targetnya ialah terpilih untuk di rekrut oleh kelab kebangsaan di negara itu dalam masa yang terdekat. Dengan itu barulah boleh di katakan karier nya dapat bermula, dan dia tidak akan rasa bersalah untuk meninggalkan universiti.

   Petang itu permainan pertamanya akan berlangsung, selain gelisah dia juga berharap dapat bermain di separuh masa kedua. Oleh kerana dia agak baru pada kelab itu jurulatih mereka masih belum mempercayai sepenuhnya kebolehan yang dia miliki. Walaupun agak kurang baik bila kau mengharapkan ada pemain dari kelab mereka yang cedera, tetapi buat masa ini itu sajalah peluang yang dia ada untuk menjadi pemain ganti dan seterusnya menunjukan nilai dirinya yang sebenar. Dalam diam dia menyimpan harapan itu.

"Here.. your first medal." Katie menyerahkannya sesuatu di tapak tangannya.
"What is this?" Dia melihat sekalung rantai emas putih itu dengan buahnya sebentuk trofi yang mempunyai gambar bola di tengah-tengahnya. Di belakangnya bertulis 'it's now or never' -KV, dan mempunyai simbol huruf nama Katie terukir sama. Dia senyum, perkataan itu mempunyai maksud besar buat dirinya, dan hanya katie lah yang satu-satunya memahami dia di waktu itu.
"I'll keep this.. with me all the time." Janjinya. Kemudian berlalu masuk untuk menukar pakaian. Dalam masa yang sama dia melihat pesanan ringkas di telefon bimbit dari Alan dan Prakash kawan baiknya itu  yang turut hadir. Oleh itu, dia berharap sangat di berikan peluang walaupun hanya 10 minit di atas padang itu nanti.

   Kedengaran sorakan dan tepukan gemuruh ketika semua pemain berbaris keluar bersalaman antara satu sama yang lain. Penonton yang datang bukan saja terdiri daripada penuntut universiti juga ahli keluarga mereka dan.. orang luar rasanya. Stadium yang sederhana besar itu kelihatan penuh dari dalam. Suatu hari nanti dia pasti akan turut berada dalam barisan yang di gelar 'kuda hitam' iaitu pemain pilihan yang di keluarkan sebagai pemain tetap, yang akan menerima tepukan gemuruh dan sorakan penyokong yang tidak henti-henti untuk mereka. Kuda hitam ini adalah yang di nanti-nantikan oleh para hadirin, yang sanggup membeli tiket mahal-mahal demi untuk melihat kuda mereka beraksi.

   Tentu saja perasaan itu yang paling indah dalam hidupnya, tidak seperti sukan-sukan yang lain, sukan bola sepak mendambakan sorakan, tepukan dan perhatian dari para hadirin. Mereka bergantung sepenuhnya dari reaksi orang ramai, sebab itulah semangat yang mereka bawa dalam sepanjang masa permainan. Lihat saja pasukan yang tidak mempunyai penyokong yang cukup pada hari perlawanan, mereka hanya mempunyai 30% peluang kemenangan milik mereka. Kebanyakannya akan kecundang di tempat sendiri atau di tempat lawan permainan itu di adakan.

   Tapi hari ini dia sudah pun berpuas hati dapat duduk di kerusi pasukannya yang menempatkan pemain simpanan seperti dia, jurulatih, pengurus pasukan, dan juga juru terapi. Selepas saja mereka menyanyikan lagu kebangsaan dan juga lagu rasmi universiti masing-masing, permainan masa pertama pun bermula. Dia yang teringat akan kalunng yang di berikan Katie itu membuatkan dia tersenyum sendiri. Belum pernah dia menerima hadiah dari mana-mana perempuan selama ini, dari bekas kekasih-kekasihnya juga tidak pernah sama sekali. Tidak di sangkanya Katie betul-betul mengambil berat akan dirinya, walaupun tiada yang pasti sebenarnya di antara mereka. Tiada ungkapan yang sah dalam ikatan itu.

   Mereka tidak pernah membincangkan soal hati dan apa yang mereka rasakan di antara satu sama lain. Luahan isi hati juga belum lagi di lakukan seingat dia, Katie bukanlah jenis yang menagih cinta atau memburu sesuatu yang romantis dalam hubungan kekasih. Gayanya yang lembut tetapi tegas dalam pertuturan, nerd namun kuat perwatakannya. Dia tahu apa yang dia mahukan, tidak mudah mengoyahkan peganggan gadis sepertinya, sekali dia sudah membuat keputusan.. dunia ini juga tidak mampu mengegarkannya. Kadang binggung juga bila dia memikirkan apa sebenarnya yang boleh di gelarkan mereka berdua. Kalau bilang teman untuk melakukan seks, tapi Katie membantu dia dalam banyak hal dan dia juga membenarkan katie masuk campur dalam setiap keputusan yang di buat. Kalau pula setakat sahabar, sedangkan mereka sudah berkongsi rahsia sehinggalah aktiviti di atas tempat tidur. Hrrrmmm..

   Dia tidak fikir Katie mengambil begitu serius dalam hubungan mereka, dia juga sedang mengejar wawasannya, tidak ada masa untuk perasaan-perasaan yang boleh mengambil waktu untuk dia menghafal semuanya sekali buku-buku yang di bawanya ke hulu ke hilir. Dia sudah tahu di mana haluannya, aku juga perlu mencari jalan ku sendiri. Begitu Denny menghabiskan masa yang berjalan di tempat duduk keramat itu, mereka yang duduk di situ di gelar 'benchwarmer' hanya dengan istilah itu semua orang sudah dapat mengagak maksud di sebaliknya, betapa rendahnya status mereka yang duduk di tempat tersebut.

"Oh, dia bukan girlfriend kau lagi?"
"Baru minggu lalu kami putus."
"Kenapa? Punya main cantik tu."
"Cantik, tapi asyik minta aku beli itu ini, siapa yang tahan. Kalau aku tidak belikan dia terus-terus mau putus. Tau-tau dia terus terang dia sudah lama keluar dengan coursemate dia, yang bawa kereta sport merah tu, entah apa namanya."
"Oh yang itu, aku dengar bapa dia pegawai bank dan ahli ajk di universiti ni."
"Orang kaya, biasalah tu. Tapi budak tu pun keluar dengan bekas ratu cantik dari Arbroath. Aku selalu nampak mereka bercium di dalam kereta mahal dia tu."
"Habis tu kau tidak cakap dengan ex girlfriend kau tu?"
"Sudah dia yang mahu..kasih sajalah. Dia pun pandang duit juga bukan orangnya."
"Jadi kau.. macam mana dengan Elena? Dia pun boleh tahan. Bandanya..fuhhhh. Dia masih dalam team renang kan?"
"Ya, kami.. macam tu juga. Cuma memang susahlah jumpa, kan dia sibuk dengan latihan dia, aku dengan latihan aku. Bila jumpa pun dia tidak mau aku sentuh dia, sebab dia penatlah..tiada mood lah."
"Biasalah tu geng, orang famous dan cantik ni jual mahal sikit. Macam-macam perangai mereka kita kena tahan. Lainlah kalau kau mau yang kumpulan berkaca mata tebal yang selalu menghadap buku tu, tidak pun yang berskirt stail madonna tu.. ahahahahha, memang ngam sangat jadi suri di rumah."
"Hahahaha..."

   Dia hanya memasang telinga mendengar perbualan di antara pemain-pemaian simpanan yang senasib seperti dia. Sudah tidak ada benda yang hendak di buatkan, jadi bergosiplah sesama sendiri, yang lain pun mahu tidak mahu terpaksalah juga mendengar. Menjadi benchwarmer banyak peraturan yang terpaksa di patuhi, tidak boleh membawa telefon bimbit, kamera, bahan bacaan, makanan, atau apa-apa gajet sebagai hiburan sementara, tidak boleh memakai barang kemas atau perhiasan diri yang kemungkinan boleh hilang, termasuklah cincin, anting-anting, gelang, rantai dan sebagainya. Sebab itu rantai yang di berikan Katie di simpannya di dalam almari di bilik persalinan pakaian. Mereka di paksa untuk memberikan perhatian terhadap permaianan di hadapan, walaupun tidak ada yang pasti mereka berpeluang untuk di masukan sebagai pemain ganti dalam pasukan mereka. Tetapi mereka tetap dan harus menumpukan perhatian mereka tidak lain tidak bukan kepada perlawanan yang sedang berlangsung. Maka untuk membunuh keboringan dan juga mengisi masa yang ada mereka terpaksa melayan gosip sesama sendiri.

   Demikian nasib bencwarmer, kalau kuda hitam mereka menang maka mereka yang tidak buat apa-apa juga akan menerima imbuhan dan ganjaran yang sama. Tapi kalau pasukan yang mereka carukan di padang itu kalah, secara otomatik yang duduk di bangku di tepi padang itu juga mendapat kemaluan yang sama.







Jersey No.18Where stories live. Discover now