Denny
Tokk..Tokk.. (Pintu di ketuk)
"Who is it?" Tanyaku dari dalam dapur. Beginilah kalau orang bujang, pulang rumah kena masak lagi untuk mengisi perutku. Aku mencapai tombol pintu itu dan..
"Hi,"
"Oh, hi.., errr.. come.., yeah..come in, come in." Kataku teragak-agak, tidak menyangka pula.
"Ermmm. kau ada dapat nota aku?"
"Ya,."
"Congratulation again."
"Ohh..it's nothing." Aku merendahkan diri. Tidak ku sangka Katie akan datang ke rumah malam-malam begini. Dan aku tidak berani bayangkan atau fikirkan tujuan dia datang ke sini, takut kalau-kalau dia ingin berterus-terang denganku mengenai hubunganya dengan doktor di tempat dia berkerja.
"I.." Katie teragak-agak dengan ayatnya.
"Don't say anything." Balasku.
"Say what?" Tanyanya,
"Stay with me tonight." Pintaku, dengan penuh harapan dia akan menerima pelawaan atau lebih kepada permintaanku. Dia mengangguk-angguk tanda setuju, dan aku senyum lega.Lusa aku akan bertolak ke tempat lain dan akan berada di sana dalam dua minggu, aku tahu macam-macam yang boleh terjadi dalam dua minggu itu. Sepatutnya aku melafazkan rasa hati ini sebelum meninggalkan Katie, tapi dengan apa yang aku lihat siang tadi aku takut aku langsung tidak punya perasaan. Dia juga tidak pernah memberitahu aku isi hatinya, dulu dia memang menyimpan sedikit hati dan cintanya pada aku. Tetapi kerana tersilap langkah aku mengecewakan dia. Sekarang dia sudah berada di kedudukannya, seorang pakar bedah di hospital besar dan antara yang tersibuk di negara ini, dia juga sudah tahu menjaga dirinya, berhias, lawa dan cantik pada pandangan mata sesiapa pun. Sebab itu juga aku tidak boleh terburu-buru membuat keputusan untuk meluahkannya, aku tidak mahu dia fikir aku hanya memandang pada kecantikannya saja.
"Bagaimana dengan hospital?" Bicaraku pada malam itu,
"Aku harap semuanya akan selesai dengan cepat."
"Errr..kenapa kau tidak ikut aku saja lusa. Anggap saja kau pergi bercuti."
"What? Ikut kau? Ehehe.. aku tidak mahu menganggu tumpuan mu untuk bermain." Katie meneguk lagi kopi di dalam cawannya itu,
"kau tidak akan pernah menganggu aku. Aku.. errrr.. aku mahu kau berada di sisi ku." Rasa tamak diriku sudah semakin menular, aku cuba benar untuk mengawal diri ini.
"Aku akan tunggu kau di sini. Walaupun..errmm.. dengan sedikit gelisah,"
"gelisah?" Aku memandang dia dan mengambil tempat duduk di sebelahnya.
"Ya,"
"dan?" Tanya ku sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui apa yang dia rasa itu sama seperti yang aku rasa. Tinggi benar harapanku.
"Dannn.. tentu saja aku tidak sabar kepulanganmu.."
"lagi?" Aku lebih menghampiri dia kini,
"juga mengingatimu." Penganggan tangan Katie pada cawan itu nampak lebih erat,
"serta?" Harapan ku sudah terjawab separuh dengan jawapan-jawapannya itu, aku bukan bertepuk sebelah tangan, dan kami berkongsi rama-rama di kepala, hati dan perut ini bersama. Perlahan-lahan aku meleraikan peganggan tangannya pada cawan itu, dan ku letakan pada meja kayu di hadapan kami. Dia hanya membiarkan perlakuan ku itu tanpa komen apa-apa, ada urusan lain yang lebih penting untuk di selesaikan di antara kami.
"arrrrrr.. merind.." perlahan Katie mengucapkan apa yang ingin ku dengar dari mulutnya. Belum sempat dia melafazkan perkataan terakhir yang memberikan aku lesen untuk melakukan sesuatu padanya..
"Den.." Katie juga sudah tidak dapa tmenyebut namaku kerana bibirku sudah bertemu dengan bibirnya. Tangan kanannya menahan dadaku pada mulanya, tapi aku sudah terlebih dahulu membawa dia hanyut bersama dalam asmara cinta yang ku pedam selama ini. Gelora lautan yang membuak-buak dalam jiwaku ini ku gantikan dengan ciuman pada bibir lembutnya yang turut menari bersama rentak bibirku. Dia membalas ciumanku, dan mengenggam baju sekuat bibirnya mengamit bibir dan lidahku.Kalau dia tidak punya perasaan pada aku mustahil dia mahu membiarkan ciuman ini berlarutan sampai begini. Lantas, aku memeluk dia rapat ke tubuhku, dia juga membalasnya. Gerak tubuhnya seolah-olah memberitahuku untuk membiarkan saja perasaan ini membawa kami berdua melayari suasana malam yang mengasyikan. Tanpa membuang masa aku menarik dia ke dalam bilik ku yang kosong tanpa perabot, hanya beberapa poster saja yang melekat di dinding. Katil juga hanya cukup untuk seorang, itu yang membuatkan lagi kami tercabar melakukan perlumbaan cinta ini.
Semalaman kami berbicara melalui gerak tubuh seperti dua orang yang sedang di lamun cinta, namun tiada satu pun perkataan cinta atau pertanyaan mengenai di manakah hubungan ini berdiri. Entahlah apa yang menghalang kami untuk meluahkan atau menyatakan apa yang ada dalam hati masing-masing, aku sendiri tidak yakin untuk menyentuh hal itu. Aku tidak mahu merosakan masa-masa keemasan yang kami kongsi berdua, secara intim dan mesra sekali. Kalau boleh aku mahu saat-saat ini tidak akan berakhir bila sang mentari terbit di ufuk timur, dan hari siang menyapa kami dari tempat tidurku. Melihat dia yang ada dalam pelukan ku, dan wangian lavender pada rambutnya membelai jiwaku. Kulitnya yang halus mulus itu merangsang hangat bila bersentuhan pada kulitku, tidak seperti dulu yang terasa kasar kerana bulu-bulu pada tangan dan juga wajahnya yang menganggu emosiku. Kukunya di potong rapi, bersih dan di kilat dengan pengilat kuku, jari-jemarinya yang selalu menarik hatiku, mungkin kerana pekerjaannya itu. Jari-jari itu menyentuh dengan lembut seperti kelembutan anak kecil, nampak sangat pakar pembedahan tidak akan melakukan kerja-kerja berat yang mampu menjejaskan kestabilan tangan mereka untuk memeggang scalpel atau pisau-pisau yang di gunakan hospital itu.
"Wake up, ayuh kita jogging." Dia menindih dadaku dengan soalan awal pagi itu.
"What? Kau masih ada tenaga untuk berlari lagi?" Heran aku dengan ajakannya itu.
"Kau sudah lupa aku boleh bertaham selama 3 hari tanpa tidur." Jelasnya bangga. Dia bangun dan mengambil beg galasnya itu, mencari-cari sesuatu dan terus menuju ke dapur ku. Tanpa menunggu jawapan balas dariku. Aku pantas mengejarnya dari belakang, seakan-akan tahu apa yang ingin di lakukannya."Katie. You.. doing just fine." Aku mengambil sebiji ubat di dalam genggamannya itu, tetapi dia mengelak dan menyembunyikan di belakang badannya.
"No.. please i need this. I.. I'm worry..if my back hurt again." Alasannya, dari anak matanya saja aku tahu dia kepayahan untuk memberikan jawapan itu.
"Katie.. I'm here. Look.. i'm here with you. I will never leave you. I'll be right there..next to you, you just need to call me if you need me. But now.. i'm here, i'm here with you." Berkali-kali ku ulang untuk meyakinkan dia, barulah dia melepaskan ubat itu ke tanganku. Dan memeluk ku dengan rasa takut dan ragu-ragunya. Terasa kecil tubuhnya dalam pelukan ku sekali lagi, aku mengusap belakang kepalanya dan mengucupi rambut pendeknya itu. Berat pula hatiku untuk meninggalkan dia pada waktu-waktu begini, aku tidak mahu dia melupakan aku atau kembali kepada doktor kaya itu.
"Please come back to me as soon as you can." Layu suaranya kedengaran.
"I promise." Jawapan yang pasti keluar dari mulutku.Pagi yang agak dingin itu betul-betul menyambut tujuan kami untuk berlari mengeluarkan peluh sekali lagi, sinar matahari belum kenampakan lagi, awan putih masih begitu tebal di dada langit. Aku membawa dia berlari anak mnuju ke St John park, taman yang luas terbentang tapi sunyi di kala awal pagi begini. Adalah dua kilometer kami berlari sambil bergurau senda dan gelak ketawa, lagi lucu melihat dia mengenakan baju-T aku dan seluar pendek ku. Kasut sukan ku juga kelihatan besar pada tapak kakinya.
"I'm...I... Huuuuuuuu..I'm getting old. I.. I can't.." Tercunggap-cunggap dia melafazkannya. Aku berlari menuju ke tempat dia baring begitu saja, dengan rumput yang masih basah terkena embun pagi.
"Ehehe.. Get up now." Aku menolak pinggang di hadapannya, tetapi tidak di endahkan dia.
"I'll finish the jog for you."
"You what?" Tanyanya yang hampir-hampir kehabisan oksigen gayanya.
"Get up.." Jawabku, dan mengelikan pinggangnya. Dia berteriak kecil dan segera bangun.
"Ahahahah.. ok, ok."
"Here.." Aku merebahkan badanku membelakangi dia.
"Owwhhh.." dia kelihatan teruja kali ini dan terus saja naik di belakangku, serta-merta ku peggang kedua-dua kakinya, demikian kami menghabiskan sisa baki larian pada pagi itu dengan mendukung dia di belakang badanku. Anggap sajalah aku sudah pun melakukan 2 jam sesi gym bila sampai di rumah nanti.Katie
"So, you will call me even if you busy giving your autograph.."
"Eheyy.. Sejak bila pula kau nampak ada yang minta autograph dari aku ni?"
"Kau saja yang tidak tahu." Aku sangat pasti dia akan terus melonjak naik selepas ini, dengan kebolehannya, muka pun lawa, tambah lagi senyuman semanis gula itu tentu saja orang akan cepat sedar kemunculannya.
"Don't worry i will call you everyday and sms. If you miss me you can watch me from the tv." Bangga pula dia kali ini.
"Ohooo.. sure i will." Janji terang bulanku.Selepas mengucapkan selamat tinggal dan meminta dia berhati-hati apabila berada di tempat yang lain, aku terus saja mengambil teksi pulang ke rumahku. Aku perlu bersiap-siap hari ini utnuk ke hospital bersama peguam bapaku yang sudah pun menunggu di situ. Hari ini adalah penentuan segala-galanya, aku tidak perlukan doktor Roger untuk menyelamatkan aku dari situasi yang aku sendiri timbulkan. Semalaman bersama Denny membuatkan aku lebih percaya pada diri sendiri, madu yang kami kongsikan bersama masih terasa manisnya dalam hati dan diriku sebagai bekalan menghadapi apa juga yang bakal terjadi hari ini.
YOU ARE READING
Jersey No.18
RomancePercintaan mengenai dua individu yang mempunyai dunia yang berbeza, di antara glamor dan famous, profesional dan kewajipan, keinginan dan keterpaksaan. Denny Kelwood yang baru ingin mencipta nama di arena sukan antarabangsa bola sepak negara dan Kat...