Part 24

33 2 2
                                    

Denny

"Oh come onnnn..pal. Don't you see how busy we're here. Give us a foot'!" Kapten pasukan ku berteriak membuat muka kepadaku. Barisan di depan memang leceh, sikit-sikit minta tolong, sikit-sikit minta pinjamkan kaki. Aku bersiul pada temanku Nicky dan membuat isyarat bahawa aku sedang mara ke hadapan untuk membantu bahagian tengah mendapatkan bola itu.

   Sudah lama sebenarnya aku tidak berlari menggunakan kuasa kudaku, tau sajalah di barisan pertahanan apa yang penting ialah teknik kawalan dan juga strategi. Dengan ketinggian yang aku miliki sememangnya satu kemudahan untuk pasukan ini. Aku tidak ingin pun menempah nama atau berlagak hebat bila di panggil ke hadapan, lagipula aku perlu berlari naik sekiranya bola sudah pun melewati garisan tengah padang.

   Aku mengambil masa beberapa minit berdiri di tengah-tengah padang yang luas itu dan memerhati anggota pertahanan bahagian pasukan lawan, semuanya ada tiga di situ. Manakala Roland pula ayam tambatan pasukan ini seperti tidak cukup tenaga saja bermain, masa pertama baru hendak tamat tapi dia sudah bagaikan seekor gajah yang terhuyung-hayang kehausan, ludah sana ludah sini. Memang ada sudah yang tidak kena kalau-kalau seorang pemaian asyik-asyik meludah ke padang. Takanlah kekejangan pahanya 3 hari lalu masih lagi menjadi isu, atau dia keluar berseronok semalam. Selalunya badan memerlukan lebih dari 48 jam untuk menghilangkan kesan alcohol itu. Kalau baru semalam dia sumbat minuman-minuman haram itu ke dalam tubuhnya, sememangnya dia hendak kena dengan coach nanti. Dia mungkin boleh hilangkan bau yang ada pada badannya, tapi tindak balas badannya tidak akan dapat menipu sesiapa.

"18, what are you looking at? Do you play with your foot or your eyes?" Dunstan pula kali ini yang menjerit pada aku. Setelah memerhati gerak langkah pemain pertahanan mereka aku menarik kedua-dua stokin ku, dan mengorak langkah. Dengan harapan darah latin yang mengalir dari dalam tubuh ku ini masih boleh di pakai walaupun sudah lama tidak aktif. Aku menunggu dengan sabar peluang bola itu berlalu di hadapanku, aku betul-betul menunggu di sebelah kanan bahagian padang jauh sedikit dari pintu jaring pasukan lawan. Sebelah kanan selalu menjadi kegemaranku, ada titik buta di situ yang tiap kali para pemain mungkin akan melakukan kesilapan atau tidak begitu dapat mengimbangi badan mereka. Semuanya kerana seni bina padang itu, kalau sesiapa yang tahu bagaimana mereka memulakan pembinaan sesebuah padang bola sepak tentu saja faham apa yang aku katakan ini, sebab masa ini aku perlu menumpukan perhatianku pada bola yang masih dalam kawalan pemain lawan. Dan... ianya datang menuju ke arahku.

"William.." Jeritku mengangkat tangan ku memberi isyarat meminta dia bersedia untuk menyambut bola itu di hadapan. Seperti kata pakcik ku Salvatore, kaki kiri ke hadapan dan kaki kanan bersiap sedia membuat langkah ke tepi, badan di pusingkan dan kaki kanan sekali lagi di gerakan ke tepi, sama seperti step menari tango, aku mengawal dan membawa pusing sekali bola itu beberapa step ke hadapan untuk mengelirukan siapa saja yang ingin merebut bola itu dari hadapan. Dengan satu kali tendangan saja bola itu pergi kepada William yang sudah pun menanti lontaran dariku... selebihnya, terpulang dia untuk membuat jaringan itu. Dan...

"Goallllllllllllllllllllllllllllll.." Sorakan orang ramai terutama dari pasukanku.
Aku menolak pinggang dan tersengih memandang barisan hadapan sudah pun berpelukan sesama sendiri. Pasukan aku mendahuli pungutan mata 1-0 dalam masa pertama ini. Tinggal 5 minit lagi sebelum kami berhenti berehat, aku berlari naik ke kedudukan ku. Sebab aku pasti si pendek no.9 itu pasti marah dan ingin membalas dendam. Kini giliran aku berkerja keras di sini sekurang-kurangnya untuk 5 minit lagi sebelum aku boleh bernafas.

"You great.. I din't..."
"Awesome."
"Good job."
Beberapa pemain dalam pasukan ku menepuk bahu ku dan ada yang sempat mengusap kepalaku apabila aku melalui tempat jagaan mereka. Sempat aku berdiri, menutup mataku dan memasang kedua-dua telingaku untuk mendengar sorakan yang gemuruh itu. Walaupun sorakan itu bukanlah di tujukan khas kepadaku, namun semua harapan dan impian ku selama ini sudah pun tercapai. Semua senarai cita-cita yang ingin ku capai sebelum ini boleh ku padam dengan pen pada kertas yang kusimpan-simpan entah sudah berapa lama. Dari kejauhan aku mencuri pandangan bapaku yang juga sudah pun berdiri sambil bertepuk tangan di situ. Inilah saatnya yang ku nanti-nantikan selama ini, melihat dia gembira dan bangga padaku. Aku tidak akan melupakan apa yang ku lihat pada mata kepalaku sendiri untuk hari ini. Katie pula melambai ke arah aku, dengan senyuman manisnya. Aku berjaya membuktikan dia bahawa aku sebenarnya layak untuk berada di sisinya, kedudukan aku kini membuatkan aku lebih yakin untuk 'confess' cinta ku pada dia. Inilah masanya untuk kami memulakan hubungan ini secara rasmi di hadapan semua orang.


Katie

"Oh Denny, i never doubt you. I know you're speacial. Well done boy, well done."  Aku berkata sendirian di astaka tempat duduk ku itu. Aku bangga dengan Denny, apatah lagi apabila dia mengawal bola itu untuk beberapa meter ke hadapan tanpa dapat di rebut sesiapa, semua mata tertumpu padanya. Tapi lain orang pula yang di raih, si no.12 yang menunggu itu hanya tinggal menyumbat bola itu ke dalam jaring yang sudah begitu dekat di hadapannya nasiblah gol, kalau tidak sia-sia usaha Denny.

   Selesai perlawanan yang berakhir 1-0 itu, ramai yang turun ke bawah untuk bersama para pemain dari kumpulan Denny, termasuk anak, bini dan kawan-kawan mereka yang duduk di petak VIP ini. Aku hanya duduk melihat gelagat mereka, aku masih tidak layak untuk turun mendapatkan Denny, kerana aku bukan sesiapa pun pada dirinya, kalau lagi ada camera man, dan pihak televisyen yang sendang mengudarakan perlawanan ini ke tv, tentu saja muka ini berisiko masuk bersama. Sudahlah kes di hospital belum selesai, mau mencari lagi gosip baru? Cepat-cepat aku mengeluarkan telefonku dari poket jeans ku yang dari tadi tidak habis-habis bergetar.

"Yes," jawabku yang sudah lama ku elakan nombor itu.
"I'm not there right now. I'm..errrr..somewhere else."
"What so important?"
"I'll be there half.."
"No.. you don't have to.."
"I'm at the..." Balas ku lagi memberikan nama tempat kedudukan ku sekarang.

   Nampaknya aku tidak dapat menunggu Denny siap menukar pakaiannya, aku perlu pergi dengan segera. Aku membuka beg ku dan mengoyakan secebis kertas dan menulis sesuatu pada Denny.

Congratulation. You're awesome.
I need to go now. I'll see you later ok.
And.. i had fun today, great game.  -KV

Tepat pada masanya seseorang yang ku kira juga sebahagian dalam pasukan Denny bila melihat tag nama yang bersangkut pada lehernya, aku meminta dia menyerahkan secebis kertas itu pada Denny. Kemudian berlalu pergi, jarak dari rumahku dan ke stadium ini tidaklah jauh sangat, aku pasti kurang dari setengah jam dia pasti akan sampai di luar. Sedangkan aku hendak keluar dari stadium ini juga perlukan masa, terlalu banyak orang yang ingin keluar sekaligus.


Denny

"Kellwood.. someone wanted me to pass this to you."
"Dari siapa?" Tanyaku terpingga-pingga, baru saja aku duduk dan meleraikan ikatan pada tali kasutku. Kertas putih itu seperti nota saja, tanpa sampul dan lipatannya juga tidaklah begitu kemas. Ku ambil dan ku baca... Aku duduk kembali mengikat tali kasutku dan melompat melangkah bench di hadapanku berlari ke luar untuk mengejar Katie. Ada sesuatu yang ingin ku katakan padanya sebelum dia pergi, kerana inilah moment' yang sesuai bagiku. Entah kenapa tiba-tiba aku rasakan tidak mahu menunggu lebih lama lagi.

"Weiii..Kellwood. What the heck.."
Entahlah siapa yang menjerit melihat aku berlari pantas di antara kawan-kawanku yang masih lagi membuat tarian bogel mereka dengan hanya berseluar dalam dan stokin berserta kasut bola saja yang tinggal, pusing keliling di dalam bilik persalinan itu. Beberapa orang di luar yang melihat aku berlari dan cuba menyelinap di celah-celah orang ramai, memeggang, meraba dan menarik baju jersey yang basah terkena peluh, tetap juga tidak ku hiraukan sambil memohon maaf untuk di lepaskan. Tidak pernah pula aku tahu aku punya peminat seramai ini, inilah kali pertama aku di himpuni dengan orang-orang yang datang menonton. Sebelum ini aku cuma limpas-limpas tanpa siapa pun yang memandang.

   Aku berlari sekuat hatiku dan melepasi sekuriti terlebih dahulu selepas mereka melihat aku yang masih menyarung jersey lengkapku, di luar aku mencari-cari Katie. Semoga saja aku belum terlambat dan dia sudah pergi sebenarnya, walaupun aku tidak tahu ke mana dia hendak pergi tergesa-gesa sekali meninggalkan aku di sini, yang pada mulanya ku ingat dia akan menunggu aku siap membersihkan diriku dan menyalin pakaian. Tapi dia tiba-tiba saja ingin pergi, hati ku tidak sedap selepas membaca nota yang di tinggalkannya itu.

"Katie..Kat.." Panggilku, tapi aku sudah pun berdiri terpacak di situ, apabila melihat sebuah kereta Bentley berwarna biru berhenti betul-betul di hadapannya. Seorang lelaki yang tidak asing lagi keluar dengan jeans dan kemeja panjang membukakan pintu untuk Katie. Tanpa dapat berbuat apa-apa lagi aku cuma mampu melihat Katie pergi begitu saja.



Jersey No.18Where stories live. Discover now