Hujan lebat di luar betul-betul menandakan waktu musim luruh sudah pun bermula, pantang keluar dengan tidak membawa payung dan mengenakan kasut kalis air tentu saja bermandikan hujan yang turun mencurah-curah. Bukan saja itu, pakej seterusnya ialah selesma, batuk dan sebagainya. Begitulah keadaan yang harus di lalui semua orang yang berada di negara 4 musim. Keseronokannya cumalah 20 peratus dengan gaya pakaian yang boleh di peragakan dan berganti-ganti corak stail nya. 80 peratus lagi hanyalah kepayahan untuk terus hidup ke musim yang seterusnya.
Katie
Itulah yang di fikirkan anak dara seorang ini yang dari tadi asyik merenung ke luar jendela. Terasa malas untuk bergerak ke sana sini dengan cuaca yang betul-betul tidak sporting.
"Katie, kau kata nak pindah rumah? Kau sudah dapat rumah barukah?" Tanya Sara kawan semangkuk dan sepiringnya sewaktu dari sekolah menengah lagi.
"Ya, lusa aku pindah. Lagipun tahun ini memerlukan banyak praktikal di luar, lebih baik aku tinggal di luar saja. Susah untuk mengejar bas setiap kali untuk pulang kalau masih di kampus." Bukan dia tidak mengajak mereka bersama, tetapi Xin tidak mahu betul berenggang dengan boyfriend-nya, manakala Sara melakukan banyak kelas tutor untuk budak-budak baru di universiti, nampak betul dia sendiri tiada masa untuk keluar dari kawasan universiti ini."Berapa bilik rumah tu?" Tanya Xin pula.
"Satu bilik saja, yang satu lagi aku jadikan untuk 'study room' sebab memang terlalu kecil pun." Mengingatkan keadaan rumah lama itu dia cukup berpuas hati menemukannya dengan begitu cepat. Itupun melalui kawan atas kawan. Lagipula sewanya tidaklah begitu cekik darah, oleh itu isi di dalamnya tidaklah boleh di pertikaikan."Tengok tu...tu..tu sana.." Sara mencuit tangan dua kawannya lagi untuk melihat 3 sekawan yang sudah pun menjadi pelanggan tetap di bar itu.
"Aku dengar yang gelap tu.. 'GURU' Maths." Xin membuka gosip pada petang itu.
"Hmmm.. kalau begitu bolehlah kita cuba kalau dia mau join masuk kelab kita kan? Apa pendapat kau Katie?" Sara membuka mulut.
"Suka hati kamu lah," dia menjawab seakan mahu tidak saja. Sudah beberapa minggu dia asyik terserempak dengan si tampan itu yang berpura-pura. Kenapa berpura-pura? Sebab setiap kali terserempak dengan aku, dia buat-buat tidak nampak sedangkan aku sedar dia mencuri pandang. Atau aku perasaan sendiri?
"Dia ada bercakap dengan kau lagi kah?" Sara sudah dapat membaca apa yang bermain dalam pandangan mata kawannya itu.
"Aku masih menunggu."
"Kenapa tidak kau saja yang duluan bercakap dengan dia." Xin menyampuk, sampil menongkat dagu seperti dua lagi kawannya yang lain. Mereka kini begitu asyik memerhati tiga set teruna yang semakin hampir dengan bar itu.
"Malaslah mau buang masa dengan benda-benda macam tu. Bikin malu saja nanti kalau di tolak mentah-mentah." Belum pun aku mencuba, duluan hati ini ku jaga agar tidak terluka. Aku sedar dengan diriku yang tidaklah cantik sangat pun, rambut panjang yang selalu ku sanggul begitu saja, jangankan bulu kening, bulu tangan dan kaki pun tidak ku cukur. Memang semak lah nampak, pemakaian pun sekadar main tarik saja apa yang ada di almari baju. Pelajar jurusan perubatan seperti aku ini manalah ada masa untuk berhias, bercantik atau pun memalitkan lip gloss.Melihatkan Denny, Alan dan Prakash duduk di meja kebiasaan mereka, Katie berhenti untuk memerhati. Dia terus saja berpura-pura tidak menyedari kehadiran mereka di situ. Manakala Denny pula dari tadi asyik curi-curi pandang dengan mereka bertiga, ada sesuatu yang menarik hatinya, sejak dua tiga menjak ini dia sering teringat-ingatkan Katie, bukan juga kerana kecantikannya atau perwatakannya. Tetapi memang ada sesuatulah yang menarik dia untuk mengenali perempuan nerd' itu dengan lebih dekat.
Denny
"Kau ada bercakap dengan dia lagi?" Alan tahu apa yang bermain di kepala kawannya itu.
"Ah..kau biar betul? Kau jatuh cinta dengan dia? Dengan doktor semak' tu?" Prakash memerli di kala dia meneguk segelas bir di tangannya.
"Aku cinta atau tidak, itu urusan aku." Kasar Denny menjawab, tapi mungkin juga dia terasa dengan tekaan Prakash. Dia sudah berusaha untuk melupakan Katie. Tapi entah kenapa bila mana bayangannya muncul dalam kotak fikirannya, di situlah juga muncul Katie yang sebenarnya. Kadang-kala di sangkanya mimpi saja, tapi bila Katie sendiri senyum di hadapannya, atau dia terdengar suara gelak ketawa Katie barulah dia sedar dia bukannya sekadar berangan-angan.Belum pernah dia merasa perasaan itu, perasaan aneh yang asyik mencucuk rasa hatinya. Mungkinkah itu cinta, bilamana kau asyik teringat-ingatkan atau terbayang-bayang wajah seseorang tidak kira masa dan tempat. Adakalanya kau tersenyum sendiri walaupun sekadar wajahnya yang muncul dalam kepalamu. Pelik tapi benar, dan dia mahu menamatkan rasa ingin tahu terhadap perasaan itu secepat yang mungkin. Tetapi dengan cara apa?
Hujan di luar semakin redah, hanya beberapa titik-titik sisa baki jatuh dari langit yang masih mengandung awan kelabu itu. Belum ada kepastian yang ianya tidak akan mencurah lagi, tapi dengan kesempatan itu Katie sudah pun menyarungkan kot hitamnya tadi bersiap-sedia berjalan ke perhentian bas yang terdekat untuk pulang ke rumah sewanya yang baru. Terlalu banyak yang perlu di kemaskan sebelum barang-barang yang lebih besar di pindah masuk ke rumah itu kelak.
Selesai memeluk kawan-kawannya dan mengucapkan selamat tinggal, dia terus saja beredar meninggalkan bar itu.
"Eh, kau mau kemana tu?" Tanya Prakash.
"Nanti aku datang balik, aku terlupa satu bendalah.." Dengan kelam-kabut dia menarik payung biru kepunyaan Alan di tepi meja itu.
"Woi.. payung aku tu.." Suara Alan tinggi. Dengan payung itu mereka datang ke sana, dan kini telah di ambil kawan baiknya yang entah hendak kemana.Harap-harap aku masih sempat untuk mengejar kau ni, tolonglah berjalan dengan perlahan kalau tidak aku janji aku tidak akan melakukan tindakan bodoh ini lagi. Tapi, kalau aku dapat berjumpa dengannya apa yang harus aku katakan.. hmmmm.. apa alasan yang boleh aku gunakan untuk berbual atau bercakap dengannya. Nanti takut pula dia ingat aku ini mengurat dia, atau minat dengan dia. Hmm..tapi kalau bukan aku ada hati dengan dia, apa yang aku buat sekarang ni?
Denny berpatah balik sambil menggeleng-gelenkan kepalanya. Dia memasukan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluarnya. Buat seketika dia keliru dan was-was dengan tindakan yang dia ambil itu. Seminit kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya dan mengangguk-anggukannya lagi, dia memusingkan langkahnya dan berjalan laju mengejar Katie yang sudah jauh di hadapan.
Dia senyum sebaik saja melihat Katie yang sedang menunggu lampu isyarat bertukar merah untuk menyeberangi jalan raya yang sebenarnya tidak ada pun kereta yang lalu-lalang di situ. Mujur dia belum menaiki bas lagi. Bisik Denny di dalam hati, dan taatkala itu juga hujan turun dengan lebatnya, sekali lagi. Cepat-cepat dia membuka payung yang dipinjamnya dan melangkah laju ke arah Katie yang tidak mempunyai apa-apa untuk melindungi dirinya dari hujan. Buku yang berjudul 'Pig Anatomy' yang setebal buku agama di angkatnya dan di letakan di atas kepala untuk melindungi dia daripada terus basah.
"I din't know you quite interested with..animals, especially humans food." Denny menyapanya dan terus saja memayungkan dia yang sudah hampir-hampir basah.
"Ahhh..sorry?" Teragak-agak dia bertanya, bukan dia tidak faham, tapi terkejut dengan kemunculan Denny dengan tiba-tiba di sisinya. Di samping hatinya juga turut berbunga-bunga, baru juga tadi dia melihat Denny duduk-duduk di dalam bar itu dan tidak pun menyedari akan kehadiran dia di situ, kini Denny sudah pun berada di sebelahnya..dan memegang payung untuknya. Harap-harap ini bukan ilusi saja.
"Oh, maksud aku.. buku itu. Tentu ianya tidak begitu penting kerana kau biarkan basah dan.. hmmm.. mungkin tidak dapat di baca lagi." Denny teragak-agak untuk menjawab setelah melihat buku itu sudah menjadi lembik di tangan Katie.
"Oh..nooo.., sh**!" Katie segera mengelap buku itu berkali-kali dengan kot hitamnya.
"Ehe.. Luckily i brought umbrella." Denny bergurau.
"Kau mau ke mana?" Tanya Katie, tapi tidak melihat Denny, dia masih asyik mengelap buku yang sememangnya tidak ada harapan lagi.
"Oh hmmm..let see.." Dia memandang ke kiri dan kemudian kanan, tidak tahu apa yang harus di katakannya. Dia langsung tidak menyediakan jawapan bagi soalan itu. Blank dan keliru dia sekejap."My friend house." Alasanya dan menggaru kepalanya.
"Kawan kau di Wessell Town? Atau..." Katie bertanya,
"Oh..you going to Wessell Town?"
"Obviously." Katie tersenyum kecil. Bandar yang terakhir selepas kampus itu ialah Wessell town, perjalanan yang mengambil masa setengah jam.
"Oh..okay." Denny terperangkap di situ. Selalunya dia mengambil bas untuk turun dari kampus menuju ke arah selatan, bukannya naik ke arah barat.
"Tapi, boleh saya tau kenapa kau ke sana?"
"Ahh.. lusa saya akan pindah keluar dari kampus. Saya menyewa di sana memandangkan saya akan buat praktikal di hospital kanak-kanak di bandar itu."
"Oh..nice."
"Kau?" -Katie
"Saya? Kenapa?"
"Kenapa kau ke Wessell Town?" -Katie
"Saya ada temujanji dengan kawan di sana, kawan lama..dia memang tinggal di sana." Denny menipu dan terus menipu lagi.
"Ok, jom kita seberang..," Katie menarik jaket Denny apabila lampu kuning itu bertukar merah.
YOU ARE READING
Jersey No.18
RomancePercintaan mengenai dua individu yang mempunyai dunia yang berbeza, di antara glamor dan famous, profesional dan kewajipan, keinginan dan keterpaksaan. Denny Kelwood yang baru ingin mencipta nama di arena sukan antarabangsa bola sepak negara dan Kat...