Puteri Yaya berlari menuju ke hutan bersama pengawal setianya, Gopal. Mereka berhenti selepas merasakan tentera musuh tidak lagi mengejar mereka.
"Mereka masih kejar kita?" soal Yaya.
"Tak lagi." Gopal menjawab.
"Syukur...rasanya kita dah jauh ke tengah hutan". "Baguslah aku pun dah penat. Tapi mana kita nak tidur malam ni? Takkanlah di sini. Bahaya!" Gopal keresahan.
Yaya tidak mengendahkan Gopal dia terlihat sesuatu di sebalik pokok-pokok itu. Sebuah rumah! "Jom pergi tengok Gopal."
Yaya berjalan ke arah rumah tersebut. Gopal teragak-agak. "Biar betul Yaya?" "Ish, ikut sajalah" Yaya menghampiri rumah tersebut. Akhirnya Gopal memaksa dirinya untuk ikut. Yaya mengetuk pintu rumah itu.
"Ada orang di dalam?" Yaya mengetuk beberapa kali. Dia terdengar suara orang di dalam.
"Weh, ada oranglah. Pergi buka." Kata salah seorang. "Buka apa? Tingkap?" "Ish, pintu lah!". Tiba-tiba pintu terbuka.
"Eh ada orang buka pintu" Gopal menjenguk. Yaya memandang Gopal "Memanglah pintu takkan bumbung pulak".
Kelihatan seorang budak bertopi senget ke kanan di hadapan pintu.
"Err.. adik. Ibu dan ayah adik ada di rumah?" Yaya bertanya mesra. Budak itu terdiam. Dia menutup pintu secara tiba-tiba.
"Ceh, kurang adab punya budak!" Gopal geram. Tiba-tiba pintu terbuka. Seorang budak yang serupa tetapi topinya menghala ke belakang. Budak yang sebelumnya menyorok di belakang pintu.
"Err.. minta maaflah kawan saya tutup pintu secara tiba-tiba. Er.. marilah masuk." Dia menjemput dengan penuh sopan. "korang berdua saja tinggal di rumah ni?" rumah itu amat besar bagi Yaya. "Taklah." Disebabkan perbualan mereka, keluarlah lagi lima orang budak seperti mereka.
"Eh, Gempa. Ada tetamu ke?" salah seorang bertanya. "Ramainya." Gopal tercengang. Mereka duduk di ruang tamu sambil memperkenalkan diri masing-masing.
"Oh, jadi korang semua bukan adik beradiklah." Yaya teruja.
"Ya!" jawab Taufan.
"Maaflah susahkan korang semua." Yaya benar-benar rasa bersalah.
"Tak apa, kitorang akan bersihkan bilik belakang untuk kau. Gopal bolehlah tidur sebilik dengan aku." Cadang Gempa.
"Terima kasih" Gopal menghargai.
"Bagaimana korang boleh sampai sini?" tanya Blaze.
Gopal dan Yaya salin berpandangan. "Er... sebenarnya macam ni ceritanya..."
YOU ARE READING
Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]
FanfictionYaya terpaksa meninggalkan kerajaan dan adiknya akibat serangan anasir jahat.Adik dan seorang rakannya antara yang tidak dapat melarikan diri dari anasir tersebut. Jadi Yaya melarikan diri bersama seorang pengawalnya. Sampailah mereka di sebuh rumah...