"Uhhh..." lelaki itu mula sedar. (He's still alive!!!)
Mereka bertiga terkejut kecuali Fang. (Semestinya... Fang dah bosan dengan kejutan.)
Fang datang ke arah lelaki yang terbaring di atas katil itu. Dia menepuk-nepuk wajah lelaki itu. "Woi, bangun! Bangun!"
"Weh, sakitlah muka dia!" Boboiboy menepis tangan Fang.
"Eleh, yang awek kau tumbuk muka dia dia tu fikir budak ni tak sakit?"
Boboiboy memijak kaki Fang. "Bila masa pula dia awek aku???!" (Maaf... merapu jap.)
"Ouchh!" Fang menarik kakinya. (Ohahaha padan mukamu~)
Lelaki itu membuka matanya. "Erghh... Fang."
Mereka bertiga terkejut. Dan semestinya kecuali Fang. (Aku benci ayat aku X'E)
Fang membangunkan lelaki itu. "Kau ok?"
"Semestinya tak." Kata lelaki itu sambil tersengih. Pipinya masih merah.
Tiba-tiba Yaya masuk ke dalam bilik itu. "Eh, dia dah sedar?"
"Ya." Gopal membalas.
Fang bertanya pada Boboiboy. "Kau ingat dia?"
"Huh?"
Fang menepuk kepala Boboiboy. "Seriuslah! Takkan kau tak ingat?!" (Amboihh kau!)
Boboiboy menggosok kepalanya dengan kebingungan.
Ying macam biasa dia menepis tangan Fang. "Apa pasal kau ketuk kepala dia? Kau nak dia bertambah sifat pelupa dia ke?"
Fang mencebik. 'Tak habis-habis nak backup Boboiboy.' Omel Fang. (Olololo... jeles lah tiew~)
Boboiboy memandang lelaki itu. Lama juga dia tenung. "Kau... kau...
Kau orang yang pernah langgar aku dulu ke?" (Apakah?! X'E)
Kata-kata Boboiboy membuatkan semua menepuk dahi.
"Kau ni. Aku Ochobotlah. Kawan baik kau dulu." Lelaki itu tersenyum.
Boboiboy memandang dalam-dalam mata lelaki itu. Baru dia perasan. Matanya agak kebiru-biruan namun gelap sedikit. Mungkin kerana keadaan cahaya bilik itu yang tidak cukup.
"Ma... maaf aku masih boleh tak ingat." Boboiboy menunduk.
Ochobot mengeluh. Dia merangkul leher Boboiboy. "Tak apa. Aku akan tolong pulihkan ingatan kau."
Apapun, Ying, Gopal dan Yaya masih terpinga-pinga.
Ochobot memandang Ying, Gopal dan Yaya. "Korang ni siapa?"
Gopal memperkenalkan dirinya serta Ying dan Yaya serta menceritakan kisah mereka berjumpa dari awal hingga hari ini.
Ochobot terus merangkul leher Fang dan Boboiboy serta menyeret mereka berjauhan dari Ying, Yaya dan Gopal.
"Amboi... baru 10 tahun tak jumpa korang dah tinggalkan aku seorang diri membujang di sini."
Fang dan Boboiboy serentak memijak kaki Ochobot. (Aiyo... dah lah dua-dua berat X'D)
"Aouchhh!!" Ochobot melompat kesakitan.
Ying, Yaya dan Gopal yang tidak mendengar perbualan mereka hanya terpinga-pinga.
"Apahal tu?" Gopal menggaru kepalanya.
"Hal lelaki lah tu..."
Fang bertanya, "Ochobot, selepas aku lari tinggalkan kau dulu... apa yang terjadi terhadap kau dan abang aku?"
YOU ARE READING
Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]
FanfictionYaya terpaksa meninggalkan kerajaan dan adiknya akibat serangan anasir jahat.Adik dan seorang rakannya antara yang tidak dapat melarikan diri dari anasir tersebut. Jadi Yaya melarikan diri bersama seorang pengawalnya. Sampailah mereka di sebuh rumah...