Akhirnya, semua robot ditewaskan.
"Kau dah kalah" kata Fang kepada Adudu.
"Bagus, aku akan ambil kuasa korang sekali. Ha..ha..ha... Kau fikir aku dah kalah, belum lagi".
Bunyi dentuman di luar mengejutkan seisi istana. Yaya, Gopal dan Fang berlari ke beranda istana. Kelihatan, kerajaan mereka diserang oleh robot-robot yang lain.
Belum sempat Yaya turun Adudu memanggilnya "Takkan kau nak selamatkan rakyat kau sampai lupa adik kau ni?" kelihatan sebuah robot besar berwarna ungu sedang mmencengkam adik Yaya sambil diacukan laser.
"lepaskan dia!" Yaya risau melihat keadaan adiknya. Dirinya ingin menyerah. Tiba-tiba Fang melilit robot tersebut dengan bayangnya. Adik Yaya terlepas dari cengkaman robot itu.
"Erghh..lari semua!" Yaya menarik adiknya dan berlari bersama Gopal. Robot itu melakukan serangan balas. Dia menghempaskan tangannya ke arah Fang.
Fang terpelanting. "Fang!!" Yaya dan Gopal terkejut dengan kejadian itu.
Fang kesakitan.
Robot itu mencengkam Fang dan merampas jam kuasanya. "Akhirnya, aku dah ada satu jam kuasa. Rampas kuasa diorang!" arah Adudu kepada robot-robotnya.
Robot ungu itu mencengkam Fang dengan kuat. Fang menahan kesakitan. Ini merisaukan Yaya dan Gopal. Robot-robot lain merampas jam kuasa mereka.
"Pu..pulangakan balik jam kitorang!" Gopal meminta balik haknya. "Kurung mereka" arah Adudu.
Gopal terlihat sebuah pintu rahsia. "Yaya, sini..sini!" jerit Gopal.
Adudu perasan tindakan Gopal yang ingin melarikan diri "Halang mereka!".
Adik Yaya sempat ditarik oleh robot itu. "Adinda!". Yaya menoleh. "Yaya, cepat!" Gopal semakin cemas. Yaya terpaksa meninggalkan adiknya dan Fang.
"Gopal bawa Yaya pergi!" pesan Fang.
"Yaya kau ok?" Gempa memandang Yaya yang diam dari tadi.
"Maaf sebab tanya" Blaze rasa bersalah. "Ah, tak apa" Yaya memandang mereka. "Korang tinggallah dekat sini buat sementara" cadang Ice.
"Dah lah jom tidur. Dah malam ni". Solar masuk ke biliknya. Mereka semua bersurai.
Yaya keluar dari rumah itu dan masuk ke rumah kecil yang baru dibina oleh Gempa, Halilintar dan Taufan. Gopal dengan muka sedih memandang Halilintar.
"Kenapa kau ni?" Halilintar menjauhkan diri daripada Gopal.
"Kau ada makanan tak?" Gopal meminta belas kasihan.
"Ceh!" Halilintar pergi begitu sahaja.
Keesokan paginya, Yaya meminta izin untuk menggunakan dapur. Taufan membantu Yaya untuk membuat biskut.
Gopal sedang menonton televisyen di ruang tamu bersama Ice, Solar dan Thorn. Gempa, Halilintar dan Blaze awal-awal pagi sudah keluar mencari buah-buahan di hutan. Apabila mereka pulang,
Yaya memberikan biskut yang dibuatnya. Gopal awal-awal lagi meminta izin untuk keluar. Thorn hairan " Kenapa Gopal keluar?". "Dia kata nak pegi tengok kawasan sekitar rumah." Solar menjawab selamba.
"Tak apalah. Nah, rasalah." Pelawa Yaya sambil menghulurkan sepinggan biskut berbentuk hati. Baru saja gigitan pertama mereka semua pengsan tiba-tiba.
"Ah, alamak! Kenapa ni? Korang ok ke?" Yaya terkejut.
"Ehehe.. terbaik!".
me: Maaflah kalau kalian rasa cerita sis ni merepek sikit. Oh ye panggil saya 'sis' sahaja
YOU ARE READING
Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]
FanfictionYaya terpaksa meninggalkan kerajaan dan adiknya akibat serangan anasir jahat.Adik dan seorang rakannya antara yang tidak dapat melarikan diri dari anasir tersebut. Jadi Yaya melarikan diri bersama seorang pengawalnya. Sampailah mereka di sebuh rumah...