BAB 15

527 36 5
                                    

Hai, readers... lepas bab ni mungkin sis akan lambat lagi update... haiyo idea sudah kering kontang ni... dah jam sel2 saraf untuk berhubung... apapun teruskan voting dan comment ya! Have nice reading...!

Gopal baru tersedar dari pengsan.

Ying keluar dari pintu rumah dan berlari ke arah mereka. "Korang semua ok?". Gempa memandang Ying, keletihan. "K... kitorang ok... Yaya, macam mana?" "Dia tak sedar lagi. Mungkin mengambil masa." "Ouh..." Gempa tersungkur tiba-tiba. Ying cemas, "Eh, Gempa. Kau ok tak?". Solar datang ke arah Ying, "Ke... kenapa ni?". Solar memegang tangan Gempa. "Tangan kau panas. Panas sangat."

"Huh?" Ying memandang muka Gempa yang berubah riak. Gopal datang ke arah mereka. "Apa dah jadi dengan budak ni?". "Gopal, Solar! Angkat dia cepat!" "Baik! Eh?" Gopal memandang ke arah Solar yang sudah terbaring.

"Eh?! Solar!"

Mereka beralih pandangan kepada Gempa yang tiba-tiba bercahaya. "Eh?! Apa jadi ni?"

Satu cahaya menyinar dengan terang. Sangat terang.

Cahaya ini membuatkan pandangan Ying makin kabur...

Dan dia pengsan...

"Ying! Ying! Bangun." Suara Gopal memenuhi minda Ying. Ying perlahan-lahan membuka mata. "Eh? Aku pengsan ke?" "Bukan setakat pengsan kau tertidur lagi." "Ouh, mungkin sebab aku penat sangat. Semalaman aku tak tidur." Ying tersengih.

"Itu tak penting. Yang ni lagi penting." Gopal menarik tangan Ying. "Eh? Apa yang penting..." Ying terdiam sebaik sahaja Gopal menunjuk kepada seorang yang sedang terbaring di hadapan mereka.

"G...Gopal. Siapa dia ni?" Ying tidak mengenali susuk tubuh tersebut. "Aku pun tak tahu. Sebaik aku sedar dari pengsan, lelaki ni ada dekat sini." "Kau pun pengsan?"

"Ya, sebab..."

"Cahaya tu!" kata mereka berdua serentak.

Ying memandang sekeliling, "Peliknya... mana budak tujuh orang tu?"

Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now