BAB 2

946 60 2
                                    

"Sebenarnya..." Yaya memulakan cerita. 

Ketika dahulu, sebuah kerajaan yang diperintah oleh seorang puteri sungguh damai dan harmoni. Puteri Yaya yang berkebolehan memanipulasi graviti mempunyai seorang pengawal terbaiknya, iaitu Gopal yang boleh memanipulasi molekul. Dia juga mempunyai penasihat terbaiknya, Fang yang dapat memanipulasi bayang. Mereka mempunyai kuasa daripada jam-jam kuasa yang dipakai oleh mereka. 

Pada suatu hari, Puteri Yaya sedang berbincang bersama para pembesar istana yang lain tenteng ekonomi negara tersebut.

Tiba-tiba hari yang cerah bertukar menjadi gelap. Langit ditutupi oleh segumpal awan hitam. Semua menjadi cemas.

 "A..apa dah jadi?" Puteri Yaya terdengar gelak tawa seekor makhluk yang jahat. "Akhirnya kita berjumpa buat pertama kali." 

"Siapa kau ha?!" Fang bertanya dalam situasi yang tegang itu. Sementara itu Yaya menyuruh Gopal menyelamatkan orang lain dan memanggil pengawal istana. 

"Pergi bawa diorang keluar Gopal!" Gopal menurut arahan Yaya. Makhluk itu bersuara " Akulah Adudu. Aku ke sini untuk merampas kerajaan kau ni. Ha..ha..ha".

 "Puteri, puteri kena selamatkan diri biar para pengawal istana yang selesaikan!" Fang menyuruh Yaya berundur. 

"Aku tetap akan berdiri di sini" Yaya tetap dengan keputusannya.

Berderai tawa Adudu. 

"Dey, cepatlah sikit asyik gelak je." Kata-kata Gopal menyebabkan semua terdiam. "Ish, kau ni orang jahat memang macam tulah." Fang memandang Gopal.

 "Jangan harap aku nak bagi kau kerajaan ni sesuka hati je!" Yaya bertegas. 

Mana mungkin seorang pemegang takhta menyerahkannya begitu sahaja kepada orang lain. Robot-robot Adudu yang lengkap bersenjata melakukan serangan. Mereka bersenjatakan laser dan penembak. 

"Serang!' Arah Adudu. Yaya, Gopal, Fang dan beberapa pengawal lain resah. Yaya menyuruh para pengawalnya bersedia.

 Yaya terbang menggunakan kuasa gravitinya untuk menyerang balas serangan Adudu.

Yaya mempertahankan dirinya daripada serangan robot-robot itu. Dia menumbuk robot itu dan menghasilkan pertarungan yang dahsyat bersama lima buah robot itu. Gopal dan Fang tergamam.

 Fang memandang Gopal bersama beberapa pengawal yang lain. 

"Apa lagi? Serang! Gopal, tolong Yaya!".

 Gopal tersedar "Ah, ok! Tembakan Makanan!" 

Gopal menukar beberapa bahagian robot menjadi makanan lembut. Ini memudahkan Yaya menyerang.

 Fang memulakan langkah "Pengikat Bayang" Fang melilit robot-robot itu dan mencampakkannya.


Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now