"Jaga kau!" Boboiboy menyerbu ke arah alien itu. "Boboiboy Kuasa Tujuh!"
Ketujuh-tujuh Boboiboy bergilir-gilir menyerang alien itu.
"Fang, kau kena bantu Boboiboy dan abang kau!" Ochobot menggesa Fang.
Fang kelihatan teragak-agak. Abangnya tidak membenarkan dia terlibat. Fang serabut. Bimbang terjadi seperti tadi.
Malang sekali, alien itu terlalu tangkas. Boboiboy tidak mempunyai cara lain lagi.
"Solar, serangan akhir!" Gempa memberi arahan.
Solar mengangguk. Kaca matanya dibetulkan. "Tembakan... solar!" satu cahaya lurus dari mata Solar masuk ke dalam mata kiri alien itu.
"Arghhhhh!" mata alien itu terus merdarah. Dia menekap tangannya pada matanya. Mesti matanya dah buta. (Apasal makin savage pulak cerita sis ni? @0@)
Alien itu kembali memasuki ke dalam kapal angkasanya yang sedikit rosak akibat kesan tembakan pistol meriamnya sendiri.
Darahnya menitik di sapanjang laluannya.
"Aku mungkin tak dapat jam kuasa tu. Tapi kau takkan hidup sebab cederakan aku. Rasakan tembakan istimewa aku ni." Kapal angkasa itu mengeluarkan meriam laser yang besar. Laser itu diacukan ke Kaizo.
"Huh?!" Kaizo terkedu.
Alien itu tertawa, "Sebelum tu, aku akan hapuskan budak tu dulu. Siap kau!" sasaran berubah. Meriam laser yang besar itu betul-betul di hadapan ketujuh-tujuh Boboiboy itu.
Meriam laser itu diaktifkan seraya mengeluarkan tembakan.
"Tidak..." Gempa memejamkan matanya.
"Boboiboy!!!" Ochobot menjerit.
Kaizo terus meluru ke hadapan tujuh Boboiboy itu. Dia menjadikan dirinya pelindung.
Gempa sempat terpandang iris merah pada mata Kaizo. Kemudiannya cahaya terang mengaburi pandangannya.
Letupan mega terhasil. Angin letupan bertiup berkali ganda kuat berbanding sbelum ini.
Kapal angkasa alien itu terumbang-ambing akibat angin itu. Semua pokok di sekeliling mereka hampir tercabut.
Fang mengikat tali bayang pada badannya dan berpaut pada sebatang pokok yang masih kukuh. (Pokok balak ke tu?) Tangan Ochobot digenggamnya kemas.
Akibat angin itu ketujuh Boboiboy terpelanting jauh ke dalam hutan sempadan yang tebal itu. Hilang dari pandangan mereka.
Angin letupan tadi beransur hilang.
Fang membuka matanya. "Abang!" dia melihat badan Kaizo jatuh di jauh hadapannya.
Dia menerpa ke arah Kaizo, "Abang!!!"
Kapal angkasa alien itu mengundurkan diri. Terbang untuk pulang. Ternyata alien itu berputus asa.
"Abang!!!" Fang mengangkat kepala Kaizo dan meletakkannya di atas pehanya. Ochobot duduk di sebelah Fang.
Badan Kaizo tidak ada sebarang luka. Hanya kakinya yang ditikam itu sahaja yang berdarah.
Kaizo membuka matanya perlahan-lahan. "F... Fang... Och... Ochobot..."
"Abang! Kenapa abang buat macam tu?!"
Kaizo tidak segera menjawab dia membuka jam tangannya. Dengan tangan yang menggeletar dia melakukan sesuatu pada jamnya.
Fang dan Ochobot hanya memerhati.
(Woi, buat apa tengok je tolonglah sekali!
F n O: Kami tak tahu apa yang dia buatlah!!!
YOU ARE READING
Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]
FanfictionYaya terpaksa meninggalkan kerajaan dan adiknya akibat serangan anasir jahat.Adik dan seorang rakannya antara yang tidak dapat melarikan diri dari anasir tersebut. Jadi Yaya melarikan diri bersama seorang pengawalnya. Sampailah mereka di sebuh rumah...