"Heh, habis pun." Boboiboy mengelap peluh pada dahinya.
"Wah, caya ah kau Boboiboy!" Yaya dan Gopal datang ke arah Boboiboy. Mereka tadi menyorok di belakang pokok dan memerhatikan Boboiboy dan Ying mengalahkan robot-robot tadi.
"Hehe... biasa je." Ying bercekak pinggang.
"Eh, dia ni! Orang puji Boboiboy dia pula yang kembang." Gopal menyiku Ying.
"Ish, biarlah!" Ying menyilangkan tangan di dada dan menjuihkan bibirnya. Merajuk dengan kata-kata Gopal agaknya.
Yaya dan Boboiboy tertawa melihat telatah Ying dan Gopal.
"Dah, mari cepat." Yaya mengajak mereka melangkah masuk melalui pintu rahsia itu.
"Ok... eh?! Apa jadi ni?" Boboiboy hairan melihat jamnya yang menggila(?) (Ahaha... bukanlah.)
"Eh kenapa jam kita ni Boboiboy?" Ying juga melihat jamnya berkelip-kelip. Macam tak stabil.
Boboiboy menepuk jamnya perlahan. Akhirnya jam mereka berhenti berkelip. "Ah... dah ok." Boboiboy tersenyum lega.
"Memang selalu jam korang jadi macam itu ke?" Yaya memerhati jam Boboiboy.
"Entahlah. Tak pernah jadi macam ni pun sebelum ni." Boboiboy menggaru kepala. Ying hanya mengangguk.
"Baiklah. Mari, kita ada misi yang perlu dilangsaikan." Gopal membuka pintu rahsia itu. Dia pun masuk diikuti Yaya, Ying dan Boboiboy.
Sementara itu, di dalam istana. Adudu memandang skrin komputer yang besar di hadapannya dengan serius.
"Ke... kenapa ni Tuan Boss?" Probe, robot ungunya bertanya.
"Aku dah dapat cari lokasi kesemua jam kuasa yang ada di bumi ni. Hmm... tiga utas jam kuasa ada pada aku. Ada satu jam kuasa yang tersembunyi dalam istana. Ada dua di dalam kawasan kerajaan ni. Dan..." ayatnya terhenti.
"Kenapa ni Tuan Boss?" Probe bertanya.
"Ada lagi seutas jam kuasa di luar kerajaan ni." Adudu menyilangkan tangan di dadanya.
"Macam mana kita nak kumpul semua jam ni?"
"Heh, itu sebabnya aku merampas takhta dan kerajaan ni. Lebih mudah untuk aku mencari jam-jam kuasa yang berdekatan. Probe, hantarkan beberapa banyak robot tempur untuk mencari dua jam kuasa tu di sekitar kerajaan ni." Arah Adudu.
"Baik Tuan Boss!" Probe pergi menjalankan perintah.
"Jam kuasa yang di luar kawasan kerajaan ni akan aku rampas dari pemiliknya nanti. Komputer! Cari lokasi tepat di mana lagi satu jam kuasa yang ada dalam istana ni."
"Tuan Boss, jam kuasa yang ada di dalam istana ni lebih susah untuk dicari lokasi koordinat yang tepat berbanding jam kuasa lain." Komputer besar di hadapannya bersuara.
"Jadi, apa masalahnya?" Adudu mendengus.
"Jam kuasa ini mempunyai kawalan keselamatan yang lebih baik daripada jam kuasa yang lain. Saya dah cuba menggodam kawalan keselamatan jam ni tapi tak berjaya. Kalau dicuba lagi mungkin dia akan terus mematikan kesemua jam kuasa dan menyebabkan kita lebih sukar untuk mencari jam kuasa tersebut." Jelas komputer.
"Jadi.... jam kuasa tu merupakan induk kepada jam kuasa lain?" Adudu mahukan kepastian.
"Hmm... mungkin. Tapi yang lebih pasti jam itu seperti pusat kawalan bagi jam kuasa yang lain." Komputer menjelaskan lagi.
"Hmm... bagus. Arahkan robot-robot hamba untuk menggeledah seluruh isi istana untuk mencari jam kuasa tersebut. Haha.... dengan jam kuasa tu. Lebih mudah untuk aku mencari jam kuasa yang lain. Aku akan tunjukkan yang aku boleh menakluki sebuah planet. Muahahaha!"derai tawa jahat Adudu memenuhi ruang balairung istana.
(Kembali kepada Yaya dan yang lain...)
Yaya berjalan perlahan-lahan diikuti yang lain. Akhirnya mereka sampai di sebuah simpang dua.
"Mana kita nak lalu ni?" Boboiboy menggaru kepalanya.
YOU ARE READING
Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]
FanfictionYaya terpaksa meninggalkan kerajaan dan adiknya akibat serangan anasir jahat.Adik dan seorang rakannya antara yang tidak dapat melarikan diri dari anasir tersebut. Jadi Yaya melarikan diri bersama seorang pengawalnya. Sampailah mereka di sebuh rumah...