BAB 33

422 39 3
                                    

Xxxxxx Langkau Masa xxxxxX

Mereka semua keluar atas arahan Yaya, meninggalkan Fang di biliknya sendirian.

Mereka berempat berjalan di koridor istana yang luas. Hanya detap tapak kaki mereka sahaja yang berbunyi.

"Em... Yaya." Ying menoleh ke arah Yaya. Dahinya berkerut sedikit.

"Eh, ya. Kenapa Ying? kau ada masalah."

"Em... lebih kuranglah. Masalah pada perut aku. Hampir seharian aku tak makan. Sekarang dah tengah malam."

"Ouh, ya. Maafkan aku Ying. Marilah kita ke ruang makan."

"Jom!" Gopal menyahut penuh bahagia.

"Eh, dia ni. Orang ajak orang lain, dia pula yang melebih." Yaya menggeleng.

"Hehehe.. Terbaik!" Boboiboy tersengih.

Sementara itu, di bilik Fang.

Fang menanggalkan kaca matanya dan meletakkan di meja kecil di sebelah kiri katilnya. Perlahan-lahan dia meletakkan kepalanya di atas bantal.

Matanya merenung lama siling bilik yang agak besar itu.

Dia tiba-tiba teringat sesuatu, ke mana dia pergi selepas berlari ke dalam hutan sempadan itu.

Xxxxxx Imbas Kembali xxxxxX

Fang terus berlari ke dalam hutan. Air matanya laju membasahi pipinya.

Namun dia tidak kisah. Lariannya dilajukan. Fikirannya bercelaru.

Pemergian satu-satu abangnya tidak dapat dia terima.

Fang merempuh laju beberapa dahan yang menghalang laluannya. Dia berlari tanpa arah yang dituju.

Matlamatnya hanya satu, dia mahu pergi jauh dari situ. Dia mahu menghilangkan rasa sedihnya.

Setelah setengah jam, Fang masih lagi berlari tanpa henti. Tiba-tiba, bahunya terlanggar sebatang pokok.

Akibat rempuhan yang kuat, Fang jatuh terbaring. Kepalanya tersembam di tanah.

Nafas Fang tercungap-cungap.

Air matanya masih mengalir. Menahan sakit di hati dan di kepalanya.

Langit kian gelap. Malam kini tiba. Tetapi bukan sekadar malam, setitis air jatuh pada dahi Fang. Makin-lama banyak titisan air yang turun di sekitar itu.

Hujan...

Fang memejam rapat matanya. Tangannya menggengam tanah yang dikepalnya.

"Arghhh!!!" dia meraung sekuat hati. Hatinya masih sakit.

Dia terus bangkit perlahan-lahan. Dia mula melangkah...

Makin laju dia melangkah...

Akhirnya dia kembali berlari. Kali ini dia berlari tanpa memandang ke hadapan. Perasaannya membutakan dirinya daripada berfikir secara waras.

(Hahaha Fang sudah gila. Ni kena bagitahu fangirls dia ni... ufufu...)

Secara tidak sedar. Sewaktu dia terjatuh tadi, dia telah tercicirkan seutas jam kuasa...

Jam kuasa berwarna kuning berjalur biru yang mempunyai kuasa manipulasi masa.

Huf! Huf! Huf!

Setelah berjam-jam.

Fang masih berlari.

Badannya dibasahi peluh serta titisan hujan lebat yang masih tidak berhenti. Badannya terasa sejuk. Namun diendahkannya.

Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now