BAB 13

566 35 12
                                    

Mereka berlapan memandang sesama sendiri.

"Sebenarnya, dia ni Puteri Yaya, puteri kerajaan ni. Dan aku pengawal dia." Gopal agak teragak-agak memberitahu.

Ying terkejut, "Apa?! Puteri? Macam mana korang boleh ada kat sini?"

"Ni mesti kes tak ambil tahu hal semasa..." bisik Taufan kepada Ice. (ketinggalan betul...)

Gopal menceritakan kepada Ying tentang bagaimana mereka sampai ke sini dan bertemu dengan Gempa, Hali, Taufan, Blaze, Ice, Thorn dan Solar tanpa sengaja.

Ying mengangguk faham. "Jadi, Si Alien tu yang meracuni dia?"

Gopal mengangguk.

Ying terus membuat penawar untuk Yaya. Dia bimbang jika Yaya masih tidak sedarkan diri. Mungkin kerajaannya akan tumbang dan menyebabkan rakyat yang lain menderita. Kini Ying sedar dia menerima satu tanggungjawab yang besar. Dia berhempas pulas untuk mencari penawar yang terbaik untuk Yaya. Semalaman dia berjaga demi menghasilkan penawar.

Keesokan harinya...

Ying selesai menghasilkan penawar. Dia sendiri tidak menyangka dia menyiapkan dalam masa yang singkat. Di ruang tamu, Gopal dan budak-budak itu berkumpul untuk menunggu Ying. Ying keluar dari salah satu bilik di rumah itu.

"Weh, korang! Aku dah berjaya." Ying datang ke arah mereka.

Taufan terkinja-kinja, "Mana? Mana? Mana penawar tu?"

Ying mengeluarkan seuncang beg kecil berwarna jingga. Ying menunjukkan penawar yang dihasilkan dalam bentuk serbuk.

Gopal memandangnya, "Macam mana nak gunakannya?" (selalunya ubat dalam bentuk cecair ataupun pepejal. Siapa punya idea ni buat dalam bentuk serbuk ni? Karut)

Ying tersengih. Memang dia menjangka soalan itu. "Mula-mula sediakan air 100 ml." taufan pergi mengambil segelas air di dapur dan menghulurkannya pada Ying.

Ying mengambilnya. "Terima kasih. Cuma air dia banyak sangat,tapi takpelah. Lepas tu, kita ambil sesudu serbuk penawar ni dan larutkannya." Mereka berlapan memerhati kelakuan Ying.

"Tapi perlu berhati-hati. Jangan sampai serbuk ni terkena anggota badan."

"Ehh? Kenapa pula?" Gempa menggaru kepalanya.

"Ada satu bahan dalam ubat ni yang pelik sikit. Benda ni berkesan untuk meneutralkan racun, cuma... benda ni bukan bahan biasa. Benda ni jarang digunakan dalam perubatan aku sebab aku tak kaji sepenuhnya impak benda ni kalau kena pada luaran badan manusia. Setahu aku benda ni hanya boleh digunakan untuk meneutralkan racun sahaja." Ying menjelaskan pada mereka.

Ying tidak sedar sementara dia menerangkan kegunaan penawar itu Thorn sedang bermain dengan serbuk itu. Gempa dan yang lain baru tersedar perkara itu apabila terdengar Thorn terbersin dengan kuat. Baju Thorn sudah berdebu dengan penawar itu. Apa lagi terkejut mereka semua melihat Thorn.

"Warghh!!!! Thorn, apahal kau main debu tu?!!!" Gempa dan yang lain memarahi Thorn.

"Hey, itu bukan debu lah!" sempat lagi Ying membetulkan pernyataan mereka.

Mereka panik. Gempa mengawal keadaan. "Ice, buangkan debu tu dari Thorn baik." Ice memulakan langkah. "Ombak air!" ombak air itu bukan sahaja mengenai Thorn malah Gempa, Hali, Blaze dan Gopal turut terkena tempiasnya.

Blaze bengang. Bajunya kini basah. "Tak guna kau Ice!". Taufan datang, "Meh aku tolong keringkan korang, Tolakan angin!" Bak angin taufan menghentam muka mereka dengan kuat sampai tercampak ke pokok di luar (tak membantu langsung =_=!!!). Ying terkejut beruk. Solar sempat mengelak. Makin bengang Blaze dibuatnya. Hali juga sudah panas hati. Gempa, Gopal dan Thorn longlai jadinya.

Taufan dan Ice menepuk tangan sesama sendiri.

Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now