"Kita perlu selamatkan diri."
"Huh? Dari?" kening Boboiboy terangkat sebelah.
"Dari tu!" Ochobot menunding ke langit. Fang dan Boboiboy mendongak. Kelihatan sebuah objek besar di ruang langit yang gelap. Sungguh besar, sebesar padang itu.
"Lari jom!" Ochobot menarik tangan Boboiboy. Fang mengikuti Ochobot yang berlari bersama Boboiboy.
Mereka menuju ke hutan di hutan tebal berdekatan padang itu dan menyorok di situ.
"Ke... kenapa ni?" Boboiboy bertanya cemas.
Tit! Tit! Jam Fang berbunyi. Satu panggilan hologram keluar memaparkan wajah Kaizo.
"Hey, Fang!" wajah Kaizo agak cemas.
"Abang! Ke... kenapa ni?"
"Mereka dapat mengesan jam kuasa kita."
"A... apa?! Siapa mereka?" mereka bertiga terkejut.
"Urghh... mereka dari 'sana'. Tunggu aku datang. Ochobot, aku dah cuba matikan keaktifan jam kuasa, tapi tak dapat."
"Biar saya cuba pula!" Ochobot lantas melakukan sesuatu pada jamnya.
"Tak perlu, mereka dah sampai. Kita tak ada masa. Cara yang terbaik adalah dengan berdepan."
"Siapa 'mereka'? Macam mana 'mereka' boleh kesan jam kuasa?" soal Boboiboy.
"Ugh.. bukan sekarang. Nanti aku terangkan. Jaga jam kuasa dan diri korang!"
Dip! Panggilan hologram ditutup.
Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri.
Perlahan sebuah objek besar itu mendarat di atas padang besar itu.
"Apa tu?" Fang mengecilkan matanya. Cermin matanya dirapatkan ke batang hidungnya.
Ochobot menggunakan jamnya untuk menganalisis. Cahaya biru lebar keluar dari jamnya dan mengesan objek besar itu.
Jamnya bukan sahaja mempunyai kuasa teleportasi, malah seperti komputer yang boleh menganalisis sesuatu.
Maklumat tentang objek itu dipaparkan di atas skrin jamnya. Dia membacanya.
Fang dan Boboiboy merapatkan kepala mereka pada kepala Ochobot untuk melihat apa yang terpapar di skrin jam Ochobot.
"I... itu kapal angkasa?!" Ochobot ternganga.
"Biar betul?!" Fang seakan tidak percaya.
"Lihat tu!" Boboiboy menunding ke arah sesuatu yang keluar dari pintu kapal angkasa itu.
Sesuatu itu ialah alien? Oh, tidak!
Seekor alien berwarna hijau. Rupanya iras Adudu. Malangnya bukan Adudu.
Alien itu agak tinggi. Matanya merah. Meskipun kulitnya hijau.
Dia memakai baju perang besi berwarna hitam.
Dia menjejakkan kakinya ke bumi. "Mana kau pemilik jam kuasa!" dia menyeru para pemilik jam kuasa.
Fang terkejut, "Macam mana dia tahu pasal jam kuasa?"
Ochobot teragak-agak menjawab, "Tak tahu. Mungkin..."
"Fang!" satu suara memanggil mereka dari belakang.
"Abang Kaizo!" Boboiboy menjerit.
Kaizo berlari ke arah mereka. Dia sampai dengan keadaan berpeluh dan resah.
"Abang, kenapa ni? Siapa dia? Macam mana dia tahu tentang jam kuasa? Kenapa dia cari kita?" soalan Fang bertubi-tubi.
"Urghh... dia alien dari galaksi lain. Kita dan jam kuasa dalam bahaya..."
"Dia dapat kesan jam kuasa dari gelombang yang dikeluarkan dari jam ketika kita gunakan kuasa?" Ochobot meminta kepastian.
"Ya." Balas Kaizo. "Dan dia mahu jam kuasa dari kita."
Alien itu melihat sabuah alat pengesan di tangannya. "Heh, mereka ada di hadapan. Keluar dan bagi aku jam kuasa kau!" laung alien itu.
Kaizo keluar dari tempat persembunyian mereka. Fang, Boboiboy dan Ochobot mengikuti mereka dari belakang.
Alien itu tersengih melihat mereka berempat. "Heh, mana lagi tiga?"
Fang dan Boboiboy berpandangan sesama sendiri. Tiga?
Kaizo menyeluk poket jaketnya. "Ini..." ada tiga utas jam kuasa di tangan Kaizo.
Ochobot datang berdiri di sebelah Kaizo. "Macam mana dia tahu ada lagi tiga, sedangkan jam-jam itu tak aktif dan tak pernah digunakan?"
Pandangan Kaizo masih tak berganjak daripada memandang alien itu. "Aku pernah aktifkan dan guna jam kuasa itu."
"Stabil?"
"Tak, masih macam jam kuasa kita. Masih boleh merisikokan pemakai."
"Hoi! Tak habis lagi berbincang." Alien itu dah bengang. "Korang pemilik jam kuasa tu? Heh, semua kelihatan lemah. Bagi aku jam kuasa korang."
"Kenapa?" soal Kaizo. Dia sempat memasukkan semula jam-jam kuasa itu ke dalam poket jaketnya.
"Heh, korang tak layak dan aku memerlukan kuasa dari jam itu."
Kaizo tersenyum menghina. "Marilah, alien kotak!"
Alien itu mengeluarkan dua senapang berlaser. "Huh, aku minta cara baik. Tapi kau tak mahu."
"Pedang Tenaga!" Kaizo mengeluarkan pedang biru bercahaya. "Korang, berundur."
"Tapi, abang..." Fang memanggilnya.
"BERUNDUR!" suaranya tegas.
"Emmph!" Fang kembali ke tempat persembunyian mereka tadi. Boboiboy dan Ochobot mengikutinya.
Maka, berlakulah perlawanan sengit antara alien itu dan Kaizo. Mereka berdua sering berbalas serangan.
YOU ARE READING
Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]
FanfictionYaya terpaksa meninggalkan kerajaan dan adiknya akibat serangan anasir jahat.Adik dan seorang rakannya antara yang tidak dapat melarikan diri dari anasir tersebut. Jadi Yaya melarikan diri bersama seorang pengawalnya. Sampailah mereka di sebuh rumah...