BAB 24

435 33 23
                                    

Maaflah kalau ada part yang buat korang tak puas hati. Apapun kita boleh bawak bincang. Chill guys :) Andai para adinda dan kakanda sekalian terbuka hati ingin vote. Silakanlah.

"Kau ni siapa pula?" Fang memandang gadis itu. Tak pernah dikenali dan dilihat.

"Ouh hai. Aku Ying. Aku yang tolong sembuhkan Yaya dari racun yang hampir membunuh itu." Ying menghulur tangannya ke arah Fang.

Fang memandang ke arah Ying. Di kemudian tidak mengendahkan huluran tangan Ying. "Aku harap kau tak akan membawa masalah pada aku." Tangannya diletakkan ke dalam poket seluarnya.

"Eyy... sombongnya budak ni." Ying mendengus. Dia menjeling Fang setajam jarum. (Sabar Ying...)

"Dia memang. Awal-awal aku kenal dia pun dia macam tu." Gopal berbisik pada Ying.

Fang memandang ke arah Boboiboy. Dia mendekati Boboiboy. "Siapa kau ni?". Lelaki ini seperti pernah dilihat olehnya.

"A... aku Boboiboy." Dia tersenyum kelat. Takut-takut ditengking Fang agaknya. (Fang garang sangat ke?)

"Boboiboy... Nama yang pelik dan agak biasa aku dengar. K

Kau kenapa kat sini?" Fang memandangnya tajam.

"A... aku..."

"Fang." Yaya memanggilnya. Fang menoleh. "Terima kasih jaga adik aku."

Fang tersenyum, "Sama-sama."

"Mari kita perlu halang alien tu daripada menguasai kerajaan ni." Yaya memulakan langkah.

"Tapi, kita perlukan jam kuasa kita." Gopal mengingatkan.

"Aku tahu di mana jam kuasa kita disorokkan." Fang memberitahu.

"Di mana?"

Xxxxxxxxx langkau masa xxxxxxxxX

"Di sini?" Gopal mengerutkan dahi.

Salah sebuah bilik istana yang diubahsuai oleh alien itu dijadikan tempat menyimpan senjata, tempat eksperimen dan tempat menyimpan jam-jam kuasa mereka bertiga.

"Dalam tu!" Ying menunding ke arah sebuah bekas kaca yang menyimpan jam-jam kuasa mereka.

"Bagus!" Gopal meluru ke arah bekas itu dan mengambil jam mereka bertiga. Dia memberi jam kuasa Fang dan Yaya.

"Cantiknya jam kuasa korang." Ying membelek jam kuasa Yaya. "Korang ada kuasa apa?"

"Heh, semuanya akan terjawab nanti." Gopal tersengeh.

"Amboi, berlagak ya." Boboiboy tersenyum melihat gaya Gopal.

Fang terpandang jam kuasa Boboiboy dan Ying. Dahinya berkerut.

"Itu... jam kuasa ke?"soalan Fang membuatkan Boboiboy rasa sedikit janggal.

"Ya, kenapa?" jawab Boboiboy.

"Mana dapat?"

"Err... aku tak pasti lah." Boboiboy tergagap sedikit.

"TIPU!" suara Fang tegas.

"Hey, apa ni? Kan dia dah kata dia tak ingat." Ying membela Boboiboy. "Dia hilang ingatan."

Fang memandang Ying, "Jam kau, dari mana kau dapat?"

"A... aku jumpa jam ni kat dalam hutan."

Jawapan Ying membuatkan Fang tak puas hati. "Hey, kau ingat jam kuasa boleh dipakai oleh sesiapa sahaja ke? Kau ingat jam kuasa ni boleh digunakan saja-saja ke?" Fang menolak kasar bahu Ying.

(How dare you Fang?! Kau berkasar dengan perempuan?! Lelaki jenis apakah ini?)

Yaya, Gopal, Boboiboy dan Totoitoy terkejut dengan kelakuan Fang.

Ying bengang, "Kau dah kenapa nak marah-marah? Apa yang kau tak puas hati?" Ying menolak Fang kembali.

"Ish, kau ni!!!" kemarahan Fang membara. Tangannya dilayangkan ke arah Ying.Tetapi tangannya ditahan Boboiboy.

"Jangan sesuka hati bertindak tanpa berfikir akibatnya." Kata-kata Boboiboy membuatkan Fang terimbas satu peristiwa. Kata-kata itu pernah diucapkan oleh seseorang di dalam hidupnya.

"Fang! Berhenti!" Yaya menenangkan Fang. "Kawal perasaan kau. Takkan waktu huru-hara sekarang ni kau masih nak bergaduh."

Fang memandang wajah Yaya yang penuh kekecewaan dengan sikapnya. Dia telah berkasar dengan orang-orang yang pernah membantu Yaya di saat dia tiada. Fang menunduk. Dia rasa bersalah.

Gopal menolak Fang jauh daripada Boboiboy dan Ying, bimbang pergaduhan akan berlaku lagi.

"Maafkan aku dan dia. Mungkin ada sesuatu yang dia pendam lama sangat sampai perasaan dia berkecamuk macam tadi." Yaya sedar akan kata-kata Fang tadi seperti ada kaitan tentang zaman silamnya.

Boboiboy dan Ying tersenyum tawar, "Tak apalah. Bukan salah kau." kalau diikutkan hati pastilah mereka marah dengan sikap Fang. Namun mereka menghormati Yaya yang memohon maaaf bagi Fang. Tidak sampai hati nak menegking Yaya pula. 

(Haha... Boboiboy kan gentleman~)

(Jangan marah ye Fang's fans semua)

Tiba-tiba, jam mereka semua berkelip-kelip.

"Eh, kenapa ni?" Gopal menepuk-nepuk jamnya.

Tiba-tiba, jam mereka semua mengeluarkan peta kedudukan jam mereka. Kedudukan mereka diwakili oleh titik warna mengikut warna jam mereka.

Walawwey apa jadi-apa jadi?! A

Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now