BAB 12

530 37 0
                                    


"Hehehe... racun ni akan hilang 50% kesan racun jika dicampur dengan bahan semula jadi... dan dia dah letak racun ni dalam epal iaitu salah satu bahan semula jadi... dan korang bagitau yang dia buat biskut guna epal ni kan? Sebenarnya bahan gandum juga penyebab hilangnya 20% kesan racun tu." ujar Ying panjang lebar.

Sambungnya lagi, "Walau bagaimanapun, racun ni masih berbaki 30% disebabkan racun ni amat 'kuat' dia masih pengsan, mungkin untuk jangka masa agak lama."

Mereka berlapan menghembus nafas lega.

"Tapi... berapa lama?" Thorn bertanya.

"Jangan risau, aku masih boleh rawat dan hilangkan kesan racun ni. Nasib baik racunnya tinggal 30% je." Ying lega, tak perlulah dia berhempas pulas mencari penawar untuk racun yang begitu 'kuat'.

"Bagi aku masa semalaman. Aku ada beberapa bahan, selebihnya aku boleh cari di sekitar rumah korang ni. Banyak pokok herba korang tanam. Rajin betul korang ni." Ying mengeluarkan sebuah buku dan menyelak buku tersebut.

Thorn menggaru pipinya, "Hehehe... aku yang tanam."

Hali, Blaze dan Solar memandangnya dengan muka yang menunjukkan reaksi menyampah. Ice hanya mendengus.

Ying bertanya kepada Gopal, "Siapa nama kawan kau ni? Dan apa motif dia diracun?"

Mereka berlapan memandang sesama sendiri.

 //////////////////////

Apakah jawapan yang akan diberi oleh mereka?

Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now