Ending for Faya and Boyi shipper~

747 29 18
                                    

Sampai sahaja di pengkalan. Mereka bersiap sedia untuk turun dari kapal angkasa.

"Baiklah Fang. Kau boleh pergi ke pintu sana. Kami akan ke pintu sini." Kata Ochobot.

"Em." Fang mengangguk.

Ochobot, Boboiboy, Gopal, Ying dan Yaya mula melangkah pergi.

"Ey, Fang. Nanti jangan suka cari pasal tau." Ying sempat memerlinya.

"Heh, kau pun sama. Janganlah mudah sangat nak marah nanti bertambaht tua kau~" kata Fang berbaur perlian yang pedas bagi Ying.

"Eiyhh!!!" Ying bengang. Dia terus meluru pergi dari situ.

Boboiboy dan Gopal tertawa melihat mereka.

Ketika mereka semua tak perasan, Fang sempay menarik beg yang dipegang Yaya.

"Yaya." Panggilnya.

Yaya menoleh. "Eh, ya Fang."

"Mungkin aku akan lambat kembali jadi aku mahu kau tutup mata dulu."

Yaya menjongket sebelah keningnya. Apa pula permintaan Fang kali ni?

Yaya menutup matanya. Tiba-tiba bahunya terasa sedikit berat. Dia merasakan ada sesuatu yang menutup bahagian mulutnya.

"Buka mata."

Yaya membuka matanya. "Eh?!" sehelai mafla yang panjang, tebal dan lebar membalut lehernya. Dia memandang ke arah Fang.

"Ini hadiah. Dah lama dah aku beli. Cuma... aku rasa waktu tu macam tak sesuai nak beri." Fang memegang belakang lehernya.

Yaya terdiam. Dia tahu sebenarnya Fang malu nak berikan kepadanya pada waktu itu.

"Terima kasih." Ucap Yaya tanpa memandangnya.

"Ermm... sama-sama." Fang pula yang tak keruan selepas memandang wajah Yaya yang mula merah dan menyorok dibalik mafla itu.

"A... aku kena pergi. Selamat tinggal." Fang mula berpaling.

"Em... baik. Selamat tinggal." Yaya turut berpaling dan mula melangkah.

"Yaya."

Langkah Yaya terhenti apabila Fang memanggilnya.

"Janji dengan aku. Kau tak akan kahwin dengan sesiapa selain aku. Aku akan kembali nanti. Tak lama lagi. Ini janji aku."

Yaya menunduk. "Em."

"Terima kasih."

Di suatu sudut yang tidak disedari mereka..

"Pffft... hahahaha. Lawaknya muka Fang masa ni." Ochobot tergelak ketika mereka semua dari jauh memerhati Yaya dan Fang.

"Jiwang rupanya kawan aku ni... Hahahaha!" Gopal turut tertawa.

"Ceh, aku tak faham kepada Yaya pun boleh suka pada dia. Dia bukannya baik sangat pun." Ying mencebik.

"Kan... aku lebih baik." Ochobot menyisir rambutnya. Sempat juga dia mengenyit mata pada Ying.

"Pergilah kau alien pelik." Ying menjelir lidah.

"Apa kau ni Ochobot. Ying dah berpunyalah..." Gopal menyiku Ochobot.

"Alah... yeke?" Ochobot berpura-pura sedih.

Ying memandang mereka penuh kejengkelan.

"Diakan dah ada Boboiboy~" intonasi memerli Ying jelas kedengaran pada suara Gopal.

"Oh yeke? Olololo... kesian Boboiboy dapat buah hati macam ni. Boleh buat pening kepala ni." Ochobot menyindir pula Boboiboy yang sudah mulai merah wajahnya.

"Eiiyhh!!! Korang ni!" ying menghentakkan kaki. "Meh sini!!" dia memulas telinga Gopal

"Adududuihh!!! Sakitlah Ying!!!" mereka berdua merengek.

"Boboiboy! Tolong kami!!!" Ochobot meminta bantuan. Malangnya Boboiboy berpura-pura buat tak dengar sambil tertawa kecil.

Ying melepaskan telinga mereka.

"Aduh... sampai hati kau Boboiboy." Gopal membuat muka kasihan.

Boboiboy hanya membalas senyuman puas.

"Dahlah... mari Boboiboy. Jangan layan budak dua orang ni. Menyusahkan saja." Ying menarik lengan Boboiboy dan berlalu pergi.

"Eh?! Ying..." Boboiboy terkejut dan mukanya menjadi merah.

Gopal dan Ochobot memandang mereka berdua dengan muka yang tak puas hati.

"Heh... patutlah. Ying baik dengan Boboiboy. Tak adil." Ochobot menyilangkan tangannya.

Gopal menepuk belakang Ochobot. "Tenanglah, banyak lagi alien lain yang lagi baik dari Ying. aku rasa... aku perlu cari seseorang juga."

"Jangan risau yang tu aku boleh carikan. Tau tak planet Wattpad? Kat situ kau boleh cari yang sesuai~" Ochobot tersengih.

"Cantik! Nanti teman aku pergi ke sana."

"Tiada masalah kawanku."

"Hehehe..."

//////////////////////////////////////////////////////////////

TERIMA KASIH BUAT KORANG YANG SELALU BACA CERITA SIS DAN RAJIN KOMEN. DAN YANG DAH FOLLOW SIS. EHEHEHEK!

IN SYA ALLAH, SIS AKAN PUBLISH CERITA BARU YANG SAMA GENRE MACAM NI.

SAMA ADA FANFICTION BOBOIBOY ATAU EJEN ALI.

ACCTUALLY, SIS CUBA NAK SAMAPAIKAN SATU MESEJ DALAM SETIAP CERITA (YANG PANJANG) SIS. SIS LEBIH SUKA NILAI KEKELUARGAAN DAN PERSAHABATAN.

YANG SHIP-SHIP TU HANYA SAMPINGAN UNTUK MENGURANGKAN KEHAMBARAN CERITA YANG MEMANG DAH HAMBAR NI.

HAHAHAHA...

BY THE WAY, KALAU KORANG ADA IDEA YANG BEST BOLEH PROMOTE KAT SIS~

TERIMA KASIH SEMUA!~ 

   


Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now