Bab 35

413 36 6
                                    

Fang diam. Agak lama dia begitu.

"Err... Fang. Kau ok?" tangan Yaya dilambai di hadapan muka Fang.

"Emm... korang nak pakai jam ni ke?" soal Fang dengan nada agak serius.

"Wah! Aku nak saja!" gopal terus memeluk jam yang dipakainya itu.

"Err... takpelah. Ini semua kau punya kan? Tak apa." Yaya menolak pelawaan Fang.

Fang menghulur jam berwarna merah jambu kepada Yaya. "Nah."

"Eh?" Yaya menyambut jam itu.

"Jadi, bila korang dah pakai jam ni korang telah menerima satu tangungjawab yang besar." Tangan kiri Fang diletakkan di belakang badannya. Dia mula berjalan. Ibarat askar yang sedang berkawad.

"Huh?!" Yaya dan Gopal terkejut. "Tanggungjawab?"

"Jam ini mempunyai kuasa tersendiri dan korang perlu dapatkan latihan secukupnya,"

"Kuasa?! Latihan?"

"Ya. Jangan risau yang latihan itu aku boleh bagi."

Gopal menggaru dagunya. "Kuasa? Kau bergurau?"

"Tak. Tikus bayang!" Fang mengeluarkan seekor tikus berwarna hitam.

"Warghhh! Tikus!!!" Gopal terus meloncat ke atas katil Fang. "Jauhkan tikus itu dari aku!"

Tikus bayang lesap. "Ini kuasa yang ada pada jam aku. Setiap kuasa pada setiap jam kuasa berbeza."

"Wouhhh! Apa kuasa aku?" Gopal bukan main teruja.

"Kenapa kau bagi kitorang jam kuasa ni? Soal Yaya.

"Mmm... aku dapat rasakan yang korang ni boleh dipercayai dan boleh menggunakan kuasa itu sebaiknya." Fang datang ke arah Yaya. Dia memeriksa jam di tangan Yaya. "Ouh, kau dapat kuasa manipulasi graviti."

"Graviti?"

"Ya. Graviti... kau boleh mengawal graviti bumi. Tapi hanya dalam lingkungan 50 diameter"

"Sekejap. Kawal graviti? Macam mana tu?" Gopal menggaru kepalnya.

"Hmm... lebih kepada memanipulasi graviti. Kau boleh menambah dan mengurangkan daya gravti pada objek di sekeliling. Selain itu juga, kau dapat memanipulasi graviti diri kau."

Yaya memandang Fang. Dia diam sejenak.

"Kau... tak faham lagi?" soal Fang,

"Sikit."

"Mungkin kau boleh cuba... gunakan kuasa jam itu."

"Ok. Tapi, macam mana nak mulakan?" dia membelek jam kuasanya.

"Hmm... kau cuba kurangkan graviti pada diri kau."

"Baik..." Yaya memejamkan matanya.

"Yaya!!!"

Suara Gopal membuatkan Yaya membuka matanya. "Wouhh!" Yaya terapung tinggi di udara.

"Dahsyatnya!" Gopal teruja.

"Wahh... eh'eh?!" Yaya tidak dapat mengimbangkan diri. Dia terjatuh dari apungannya.

"Tangan Bayang!" Tangan Bayang Fang menyambut Yaya. "Kau ok?"

Yaya bangun, "Ya, ok... apa ni?"

Fang hanya tersenyum. "Tak apa, nanti aku jelaskan. Ternyata korang perlukan latihan untuk menguasai kuasa korang. Kita akan mula dengan latihan stamina dulu."

Gopal meneguk air liur. "Stamina? Err.. kuasa aku ni aku tak tahu lagi. Kau latih Yaya jelah."

Fang memegang bahu Gopal. "Jangan risau. Kuasa kau nanti aku tengokkan. Kita mula dari latihan asas dulu. Hehehe..."

"Gulp."

3 tahun kemudian...

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik Putera Totoitoy diketuk Fang. Pintu terbuka. Seorang putera cilik muncul di hadapan pintu.

"Err... Tuan Putera. Mereka semua dah tunggu di balairung istana."

"Ouh, baiklah. Eh, abang Gopal tak ada?"

"Hmm... belum sampai lagi."

"Hehe... ingatkan beta saja yang lambat. Abang Gopal lagi lambat." Totoitoy tertawa.

Mereka berdua menuju ke balairung istana. Di hadapan pintu balairung istana, mereka bertemu Yaya.

"Ish, adinda lambat lagi." Yaya menarik tangan Totoitoy.

Pintu terbuka. "Anakanda berdua tak mahu bertemu bonda dan ayahanda dulu?" sapa bonda mereka.

"Bukan macam tu bonda. Adinda ni yang lambat siap."

Totoitoy mendapatkan bondanya dan memeluknya. "Bonda... janganlah pergi."

Si Permaisuri mengusap rambut anak terunanya. "Alahai... bonda dan ayahanda pergi sebentar saja. Kakanda Yaya kan ada? Fang dan Gopal puna ada."

Totoitoy tak mahu melepaskan pelukannya. "Bonda janganlah pergi biar ayahanda saja yang pergi."

Ayahandanya yang berdiri di tepi bondanya terkejut. "Huh, anakanda lebih sayangkan bonda dari ayahanda ya? Tak apa, ayahanda mahu merajuklah."

Yaya memegang lengan ayahandanya. "Bukan macam tu ayahanda. Totoitoykan memang begitu."

Si Raja tersenyum. "Alahai anaknda... ayahanda dan bonda pergi untuk menunaikan tanggungjawab. Bukannya sengaja mahu tinggalkan anakanda berdua.

Lagipun kakanda Yaya kan ada?" pujuknya.

Totoitoy mengalah. Walaupun usianya masih muda dia memahami tanggungjawab ayahanda dan bondanya untuk menguruskan negara dan membantu rakyat-rakyat di kerajaan itu.

"Baik ayahanda."

Mereka semua kemudian pergi ke perlabuhan. Si Raja dan Permaisuri sudah menaiki kapal besar untuk berlayar. Mereka perlu ke sebuah pulau jajahan kerajaan itu untuk memberikan bantuan perubatan di sana.

Dengarnya, keadaan wabak yang merebak telah menular ke sebuah pulau berdekatan. Sebagai pemerintah tertinggi kerajaan, pastinya harapan rakyat jelata untuk melihat pemerintah mereka menjalankan tangguggjawab.

"Selamat jalan!" tangan Yaya dan Totoitoy dilambai tinggi. Bonda dan ayahanda membalas lambaian mereka hingga mereka hilang dari pandangan.

Deruan angin pantai pagi meniup pada wajah-wajah mereka. Gopal memeluk bahunya. "Huih, sejuknya angin kat pantai ni. Kalau malam-malam mesti sejuk gila kan?"

Yaya dan Fang yang mendengar kata-kata Gopal terdiam. Sunyi seketika. Namun, derai tawa Fang memecah keheningan.

"Hahahaha... kau buat lawak apa Gopal? Angin pantai malam sejuk? Hehehehe... kau tak tahu tentang teori angin barat daya dan angin barat laut ke?" Fang memegang perutnya. Hampir terduduk.

Yaya menahan tawa. "Ish, Fang. Tak baiklah. Dia tak tahu. Tak perlulah kau gelakkan dia." Disebabkan Fang mentertawakan Gopal tak henti-henti Yaya telah memijak kaki kanan Fang.

"Ouch! Aduhhh..."

Gopal menyilangkan tangannya di dada. "Hish... apa yang aku salah?"

"Nanti aku akan terangkan pada kau yang kenapa angin di tepi pantai pada waktu siang sejuk dan waktu malam panas." Fang merangkul leher Gopal.

Mereka semua kemudian kembali ke istana.

///////////////////////////////////////////////////////////////////////

Yo guys! Sorry lama sis tak update~

Maklumlah busylah katakan... Anyways thanks sebab always vote and support this story.

Terima kasih banyak2 pada readers yang rajin komen setiap bab...

See you~

Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now