BAB 36

366 32 17
                                    

"Nanti aku akan terangkan pada kau yang kenapa angin di tepi pantai pada waktu siang sejuk dan waktu malam panas." Fang merangkul leher Gopal.

Mereka semua kemudian kembali ke istana.

2 bulan kemudian...

Fang membuka pintu biliknya. Dia terlihat Yaya yang sedang memerhati para pekerja istana yang sedang memasang sesuatu di hadapan sebuah pintu bilik lain.

Para pekerja itu sedang memasang papan tanda di sebelah pintu itu. Akibat kerja mereka yang bising itu telah membuatkan Fang terjaga dari tidur paginya itu. (Kerja kau tidur je kan? ->D<-)

Yaya yang perasan kehadiran Fang terus menengurnya. "Hai, Fang. Dah bangun?"

Fang tahu itu perlian baginya. "Dah..."

"Hehehe..."

Fang menuju ke arah mereka. "Tengah buat apa ni?"

"Pasang papan tanda bagi setiap bilik. Supaya senang kalau ada orang baru datang." Yaya tersengih memandang Fang.

"Apahal hari ni baru nak buat?"

"Hehe... haritu tak sempat. Lagipun ni baru dapat kebenaran dari ayahanda."

Fang mengangguk. Dia kemudian teringat sesuatu.

"Eh. Hari ni mereka akan balik kan?"

"Ha'ahlah! Wahh!!" Yaya teruja. Dia juga baru teringat yang ayahanda dan bondanya akan pulang. "Perlu bagitahu adinda ni!"

"Heh... tak perlu. Setiap hari tuan putera kira hari bila mereka nak balik."

"Oh, Aku rindukan sangat mereka!"

Fang hanya tersenyum melihat gelagat Yaya. Untunglah, ada keluarga yang boleh ditunggu kepulangannya. Daripada dirinya yang tak akan jumpa lagi di dunia dengan abangnya.

"Oh ya. Yaya, aku nak pergi ke pasar dengan Gopal nanti. Kau sibukkan? Aku tak jadilah nak ajak kau sekali."

"Hmm... kau pergi berdua sajalah nampaknya. Lain kali ada masa aku akan ikut."

Di sebuah pasar awam yang berdekatan dengan kawasan hutan sempadan kerajaan itu...

"Wahhh!" Gopal tertawan dengan pelbagai jenis juadah yang disediakan di pasar itu.

"Fokus Gopal! Kau nak beli barang yang mak kau minta kan?" Fang menarik tangan Gopal.

"Huhu... malangnya duit aku cukup-cukup untuk beli barang yang mak aku minta."

"Cepatlah Gopal!" Fang malas melayan kerenah Gopal.

Sementara menunggu Gopal mencari barangnya, Fang menyibukkan dirinya dengan aktiviti lain.

Sepanjang Fang berjalan di sekitar kawasan pasar itu terdapat beberapa orang gadis yang tersenyum-senyum sambil memandang ke arah Fang. Sebaik sahaja Fang memandang ke arah mereka, mereka terus tersenyum sambil berbisik sesama mereka.

Fang yang mula memahami keadaan mereka hanya tersengih bangga. (Huihh dah kembang lah tu~)

Dia kembali berjalan ke kawasan hujung pasar berdekatan sempadan kerajaan itu.

Pandangannya terpaut pada kawasan hutan itu. Imbasan memorinya kembali. Dia cuba berjalan ke arah hutan itu, namun sebaik melihat tembok sempadan yang baru dibina beberapa tahun lepas, dia membatalkan niatnya.

"Mungkin aku tak patut ke sana lagi..." dia mengeluh. Dia sedar kerinduannya terhadap rumah tempatnya dibesarkan oleh abangnya. Segala kenangan bersama abangnya hanya di sana.

Fang mula berpatah balik. Wajahnya kelihatan agak sugul. Dia tidak sengaja terlanggar seseorang gadis yang sedang berjalan di pasar. Gadis itu terjatuh.

"Eh, maafkan saya." Fang cuba membantu gadis itu.

"Eh, tak apa. Saya lupa pakai cermin mata. Itu yang terlanggar awak." Gadis berambut lurus itu cuba bangun sendiri. (Btw, korang... ini watak saja-saja ya.)

Kebetulan pula Gopal baru saja sampai. "Eh, Fang!"

"Kenapa ni?" soal Gopal.

"Tak... aku terlanggar orang je."

Gopal memadang gadis itu. "Maafkan kawan saya. Dia memang macam ni. Bila mengelamun memang tak tengok jalan. Dah bermata empat pun boleh cuai macam tu lagi." Dia tersengih sambil memandang Fang.

"Amboi, ingatkan nak tolong minta maaf sempat pula kau mengutuk aku ya."

"Hehe..."

Xxxxxx Langkau Masa xxxxxX

Dalam perjalanan pulang ke istana...

"Kau ok ke Fang? Dari tadi nampak sedih je. Putus cinta ke?" perli Gopal.

"Ish, bukanlah. Sejak beberapa hari ni gerak hati aku rasa tak tenang. Macam ada yang tak kena."

"Hmmm... itu tandanya kau nak kahwin."

"Ish. Merapulah kau ni. Ideologi mana kau pakai ni?"

"Heheh... ideologi cikgu kegemaran aku. Betulkan ideologi dia?"

Fang menepuk dahi. "Macam manalah dia boleh jadi cikgu."

Ketika mereka sedang menaiki tangga yang lebih kurang 300 anak tangga. (Mak aih!)

"Fang! Gopal!" seorang pengawal istana berusia dalam lingkungan 20-an berlari dari jauh ke arah mereka. Malangnya ketika lelaki itu sedang menuruni tangga dia tergelincir.

"Arghhh!"

Fang dan Gopal segera menahan lelaki itu dari terus terjatuh.

"A... abang dah kenapa? Berlari-lari di tangga. Bahayalah." Fang cuba membantu lelaki itu bangun.

Lelaki itu mengaduh kesakitan. "Aduh, pinggang aku dah hampir terpelecok agaknya."

"Kenapa bang?" soal Gopal kembali.

"Huh..huh... ko... korang tahu tak... yang... yang..." nafas lelaki itu turun naik. (Ambik nafas lu derr...)

"Huihh... tenang dulu. Baru cerita." Gopal menepuk belakang lelaki itu.

"Ka...kamu berdua ada terserempak ngan tuan puteri tak?"

Fang dan Gopal menggeleng.

"Tadi kami keluar dari istana."

Maaf sis terpaksa  hiatus selama beberapa lama.... 

Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now