BAB 27

436 29 31
                                    


"Fang! Ying!" Yaya dah Boboiboy bergegas masuk ke dalam bilik itu. "Berhenti bergaduh!"

Fang dan Ying tidak mengendahkan Yaya dan Boboiboy.

"Ish, korang ni! Apungan Graviti!" Yaya mengapungkan Ying dan Fang dalam dua bebola anti-graviti.

"Eh, apa ni?" Ying panik.

"Yaya! Apahal aku kena sekali. Dia yang mula dulu." Fang menunding jarinya ke arah Ying.

"Apahal aku pula? Kau yang mula dulu! Eeee... geramnya aku!" Ying meradang.

Yaya menghela nafas berat. Dia memetik jarinya. Kedua-dua bebola itu lesap. Ying dan Fang terjatuh.

"Aduh..." Fang mengaduh kesakitan. Sudahla lukanya tak baik lagi. Jatuh pula lagi. Sudah jatuh ditimpa tunggul(?).

(Gopal: Dey, tangga lah.... Poddah.

Oh, ehk? Haha... maaf.)

"Ouh... maaf Fang. Tapi kau yang paksa aku buat macam ni." Yaya bercekak pinggang.

Ying berdiri perlahan-lahan. "Ya..Yaya! Dia yang mula dulu. Dah tak reti minta maaf, nak tengking orang pulak."

"Eiyy budak ni. Kau yang... umphh..!!!!" Mulut Fang ditekup Gopal.

"Ish, sudahlah Fang. Sampai bila tak habis macam ni." Gopal menasihatinya.

Yaya memicit dahinya. Dia kemudian duduk di sebuah kerusi yang ada di situ. Dia menghela nafas perlahan. "Fang, aku suruh Ying rawat kau sebab aku minta para tabib istana untuk merawat rakyat dan tentera kita. Tapi, apa masalah sebenar kau Fang?"

Seluruh isi bilik itu terdiam. Semua orang fokus kepada Fang. Malangnya, Fang hanya menunduk dan membisu.

"A... apa maksud kau?" Fang bertanya Yaya kembali.

"Kau... kau makin beremosi bila tahu yang Ying dan Boboiboy mempunyai jam kuasa. Kenapa? Dan... jam kuasa hitam kebiruan tu... siapa punya? Aku rasa, kau tahu"

Fang terdiam. Dia kemudian memandang Boboiboy. Perlahan-lahan jarinya menunding ke arah Boboiboy. Matanya tiba-tiba berair. Manakung air mata.

"Kau... dia pembunuh!" tuduhan Fang membuatkan Boboiboy dan yang lain terkejut.

"A... aku? Ap... apa aku dah buat?" Boboiboy amat terkejut.

"Fang? Apa kau cakap ni?" Gopal yang dari tadi diam kini bersuara.

"Kau merepek apa?!...." Ying menafikan tuduhan Fang terhadap Boboiboy.

"Kau diam!!! Kau tak tahu apa yang dia dah buat... ter... terhadap abang aku." Fang mengesat air matanya. Tangisannya makin deras bak sungai Sungai Rajang.

(Apakah? Menyempat sis buat lawak XD)

Boboiboy menggeleng kepalanya, "Tak, aku tak pernah membunuh!"

Fang berjalan ke arah Boboiboy, "Kau... kau orangnya. Jangan pura-pura tak ingat! Kau bunuh dia 10 tahun lalu!" dia menengking.

"Fang! Bertenang!" Yaya bangun dari tempat duduknya.

"A...aku tak tahu." Boboiboy terduduk melutut. Fikirannya bercelaru. Bagaiman dia mahu menafikan tuduhan itu. Dia telah hilang ingatan. Mungkin dia yang melakukannya. Tapi, dia tidak ingat. Segalanya samar-samar.

"Hey! Boboiboy hilang ingatan. Mana mungkin dia ingat peristiwa 10 tahun lalu." Ying membela Boboiboy.

Fang memandang Ying, kemudian kembali memandang Boboiboy.

Gopal perlahan-lahan menarik Fang jauh dari Boboiboy. Dia mendudukkan Fang di atas katilnya.

"Sabar Fang. Kau perlu cerita satu persatu. Jangan buat tuduhan dan tindakan melulu." Nasihat Gopal.

(Alhamdulillah. Gopal dah makin matang. Terharu mak. *mengelap air mata terharu*)

Malam makin larut.

Fang menghela keluhan berat. Dia mengesat air matanya.

10 tahun lalu....

Xxxxxxxxx Imbas Kembali xxxxxxxxX

Seorang budak lelaki berbaju ungu menuruni tangga rumahnya. Detap tapak kakinya yang menghentak ketika menuruni tangga menandakan dia sedang marah.

Budak lelaki itu Fang. Nafasnya dihembus geram.

Sampai sahaja di hujung bawah tangga satu suara menegurnya.

"Fang, kau nak ke mana? Sekarang baru pukul 3.30 petang. Bukan patutnya kau perlu buat kerja sekolah?"

"Aku nak ke padang sana." Jawabnya tanpa memandang pemilik suara tersebut.

"Buat apa?"

"Untuk selesaikan masalah dengan Boboiboy."

Lelaki yang sedang bercakap dengan Fang itu memandang Fang dengan serius.

"Kau nak gaduh dengan dia? Kenapa?"

"Cis, biarlah. Tadi keputusan peperiksaan matematik dah keluar."

"Jadi? Bukan markah kau selalu tinggi? Kenapa nak gaduh lagi? Apa yang kau tak puas hati?"

"Tak, kali ni markah aku kurang satu markah dengan dia. Aku nak selesaikannya sekarang." Fang mula melangkah untuk keluar rumah.

"Nanti Fang!" lelaki itu menarik tangan Fang. "Kan waktu kau menjawab soalan kau tak beberapa sihat? Kenapa masih tak puas hati?"

Fang merentap tangannya.

"Jangan lawan guna kuasa kau Fang. Jam kuasa kita tak stabil lagi."

"Ah, biarlah!" Fang terus keluar dari rumahnya.

"Ish, Fang... Kau ni takkan berubah. Hmm..." Lelaki itu menggeleng perlahan. Apalah nak jadi dengan adiknya itu. Haih...

//////////////////////////////////////////////////////

Hohoho.... macam ada watak baru. Tapi siapa?

Heyyo... nantikan update terbaru ya! Mungkin akan lambat sikit.

Macam makin panjang je cerita ni...

Bbb: Tulah... aku dah suruh kau pendekkan

Me: Haih... nahla. Kau tulis pulak. *Bagi laptop*

Bbb: Eh?! Aku tak tahu jalan ceritalah.

Me: Dah tak tahu, diamlah!!! Sibuk jer...

Bbb: Hukhuk... aku gi tau Tok Aba! *merajuk*

Ok... tunggu bab seterusnya ya!


Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now