"BERUNDUR!" suaranya tegas.
"Emmph!" Fang kembali ke tempat persembunyian mereka tadi. Boboiboy dan Ochobot mengikutinya.
Maka, berlakulah perlawanan sengit antara alien itu dan Kaizo. Mereka berdua sering berbalas serangan.
Pedang Kaizo dilibas laju. Jarang serangannya terkena pada alien itu. Alien itu pula amat licik mengelak.
Apapun, serangan alien itu masih boleh dibidas oleh Kaizo. Setiap tembakannya dapat dielak oleh Kaizo. Dua tiga das tembakan terkena Kaizo.
Mengikut analisis Ochobot, kemungkinan Kaizo untuk menang ialah 40%.
Hakikatnya, peratusan Kaizo menang sepatutnya 50%. Tetapi disebabkan jam kuasa mereka yang tidak stabil telah mengurangkan 10% anggaran kemenagan Kaizo dalam perlawanan itu.
"Aku tak yakin abang Kaizo boleh menang." Ochobot risau.
"Ish, tak boleh Fang. Kita kena bantu dia!" Boboiboy menggesa Fang.
Fang mengangguk. Fang keluar dari tempat persembunyian itu. Dia berlari ke arah alien itu dan menyerangnya.
"Harimau Bayang!"
Malangnya alien itu sempat mengelak. Dia meluru ke arah Fang dan menendang Fang dengan kuat. Fang tercampak.
Secara automatik harimau bayang Fang lesap. (Hahahaha!)
"Kan aku kata berundur! Jangan masuk campur!" Kaizo bengang.
Kaizo masih terus berlawan dengan alien itu. Dia cuba menetak alien itu dari atas. Tetapi alien itu menahan tetakan pedang Kaizo dengan dua senapangnya.
Kaizo berudur. Dia mengatur langkah. Pedangny dipegang erat. Hiyyah! Dia meluru ke arah alien itu. Pedangnya cuba menusuk badan alien itu.
Tiba-tiba, pedangnya hilang. Lesap. Gerakan Kaizo terhenti.
Alien itu mendapat peluang. Dia terus mengeluarkan pistol meriam. Mengacunya ke arah Kaizo.
"Huh?!" Kaizo tidak sempat mengelak.
Bang! Tembakan itu dilepaskan dan menghasilkan impak yang kuat. Angin kuat akibat ledakan terhasil.
Boboiboy, Fang dan Ochobot berpaut pada pokok. Asap kelabu mengaburi pandangan mereka.
"Urghh... mana abang Kaizo?" Boboiboy masih mencari kelibat Kaizo.
"Ochobot, scan kawasan ni."
"Baik." Ochobot menganalisis. "Dapat! Abang Kaizo di sana."
"Tolakan angin!" Boboiboy menolak asap yang mengaburkan pandangan.
Kelibat Kaizo kelihatan. Dia sedang terbaring.
Fang meluru ke arah abangnya. "Abang!"
Boboiboy memamndang Kaizo yang cuba bangun perlahan-lahan.
"Sepatutnya abang Kaizo cedera lebih parah. Momentum kesan tembakan tadi sangat besar." Boboiboy berfikir.
"Tak, abang Kaizo sempat melindungi diri dia tadi. Dia bina dinding tenaga." Terang Ochobot.
"Abang... ok tak?" Fang risau melihat keadaan Kaizo yang cedera itu.
"Kau... jangan ada di sini. Biar aku selesaikan alien tu." Kaizo mengagahkan diri untuk bangun dan sambung berlawan.
Alien itu masih lagi berdiri tegak. Baju perangnya sudah retak dan pecah pada beberapa bahagian. Luka-luka berkesan di badan alien itu. Termasuk di mukanya.
Dinding tenaga Kaizo tadi telah melantunkan serangan tadi kepada alien itu. Yang paling mengejutkan kapal angkasa di belakang alien itu juga turut terkena tempias letupan tadi.
"A... alien tu masih hidup?" Boboiboy ternganga.
Ochobot menganalisis keadaan alien itu. "Di... dia ada perisai di baju perangnya."
"Dah ada baju perang pun dia masih boleh luka?" Fang terkejut.
"Hahahahaha! Aku takkan mengalah!" alien itu ketawa. Dia memprovokasi Kaizo.
Kaizo mengeluarkan pedangnya. Walaupun dia tahu risiko kemungkinan menja;di lebih besar jika dia berlawan dengan keadaannya yang begitu. Ditambah pula dengan jam kuasanya yang tidak stabil.
Tidak mustahil, jika dia gagal...
Bukan sahaja jam kuasa mereka dirampas...
Nyawa mereka dalam bahaya...
Mungkin juga, jika alien itu menggunakan kuasa jam itu untuk kejahatan...
Bumi; tempat tinggal mereka akan lenyap.
"Berundur."
"A... abang?!" Fang menarik lengan Kaizo.
"BERUNDUR! Ochobot, bawa mereka sembunyi!"
"Baik." Ochobot menarik lengan Fang. Boboiboy berundur.
Fang menuruti dengan tidak puas hati.
Kaizo merenung alien itu. Nafasnya ditarik dalam-dalam.
Alien itu memulakan pertempuran, dia dua das tembakan dilepaskan.
Nasib begitu menyebelahi, Kaizo dapat mematahkan serangannya. Dia membelah peluru itu.
Tapi perlawanan mereka tidak berakhir begitu cepat. Alien itu mengeluarkan senjata baru. Mungkin bukan senjata, tetapi robot tempur.
Kaizo mengumpul kekuatannya. Dia mengatur langkah. Pedangnya digenggam erat. Nafasnya ditarik dan dilepaskan perlahan-lahan.
Hep! Kaizo meluru ke arah robot tempur itu. Kini ketangkasan menjadi penentuan.
Robot tempur itu mengacu meriamnya ke arah Kaizo.
Sepantas kilat Kaizo membelah meriam itu sekaligus lengan robot tempur itu. Sebelah lagi lengan robot itu menumbuk Kaizo.
Tapi Kaizo sempat mempertahankan dirinya. "Dinding Tenaga!"
Impak tumbukan itu menyebabkan Kaizo terpelanting. Kaizo mencacakkan pedangnya ke tanah untuk menahan daya yang dikenakan ke atasnya bagi mengelakkan dirinya terpelanting lebih jauh.
(Apasal ayat sis makin pelik nih?)
Huh! Kaizo tidak mengalah. Dia meluru kembali ke arah robot itu.
Alien itu memberi arahan kepada robot tempur itu, "Habiskan dia."
Robot itu melepaskan sebiji peluru berpandu. Peluru itu kemudiaanya bertembung dengan Kaizo.
"Hiyyah!" peluru itu dibelah Kaizo. Letupan terhasil.
Boboiboy, Fang dan Ochobot memerhati perlawanan itu sambil terlopong.
Kaizo keluar dari kepulan asap letupan itu.
Pedang tajamnya laju menikam badan robot tempur itu. Dia kemudian membelah dua badan robot itu secara melintang.
Alien itu agak terkejut. Hatinya sedikit kecut. (Wahaha... tahu takut!)
Tanpa berfikir panjang Kaizo menikam ke arah alien itu.
Alien itu terduduk. Menahan sakit di bahagian perutnya.
Kaizo tersengih. "Hek!" dia tiba-tiba terduduk.
"Abang!" Fang menjerit dari jauh.
Kaizo memandang pehanya yang ditikam pisau kecil. "Ka... kau... Tak guna!"
Alien itu tertawa. "Hahahaha... sakit?" pedang Kaizo di badannya dicabut. Meskipun badan alien itu terluka akibat ditikam. Kesakitannya tidak seperti peha Kaizo yang ditikam.
"Jaga kau!" Boboiboy menyerbu ke arah alien itu. "Boboiboy Kuasa Tujuh!"
Ketujuh-tujuh Boboiboy bergilir-gilir menyerang alien itu.
////////////////////////////////////////////////////
Well, kepada para readers sekalian...
Sis just nak bagitahu yang cerita ni dah tukar tajuk
Harap korang tak ada masalah ya!
YOU ARE READING
Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]
FanfictionYaya terpaksa meninggalkan kerajaan dan adiknya akibat serangan anasir jahat.Adik dan seorang rakannya antara yang tidak dapat melarikan diri dari anasir tersebut. Jadi Yaya melarikan diri bersama seorang pengawalnya. Sampailah mereka di sebuh rumah...