BAB 11

561 36 6
                                    

"Gempa!!!!!"

Jeritan seseorang dari luar rumah membuatkan Gempa dan semua kawannya terkejut. Ditambah dengan ketukan pintu sekuat hati pengetuk tanpa memikirkan jiran-jiran di sekeliling. (Jap.. diorang mana ada jiran?)

Gempa membuka pintu rumah. Hali, Thorn dan Solar berada di depan pintu.

"Korang?! Mana ahli perubatan tu?"

"Dia... dekat... be..belakang tu.." Thorn masih tercungap-cungap kerana berlari mengejar Hali tadi.

"Huh? Mana?" Gempa tercari-cari kelibat ahli perubatan itu.

Ying berlari perlahan-lahan sampai ke depan pintu.

Gempa terpaku apabila melihat Ying. Hali memetik jari di hadapan mukanya. "Weh, kau dah kenapa? Tak percaya dia ahli perubatan tu ke?"

"Bu...bukan."

"Mana kawan kau yang diracun tu?" Ying bertanya.

"Dia ada kat dalam." Solar menunjuk arah ke dapur.

"Mari cepat!" mereka berlima menuju ke tempat Yaya pengsan.

Kedatangan Ying disedari Blaze, Ice, Taufan dan Gopal. Mereka memerhati Ying yang sedang memeriksa Yaya dengan penuh ketelitian. Ying meminta Gempa untuk membawa kulit epal yang dikatakan epalnya diletakkan racun.

Setelah beberapa lama Ying menjalankan kajian dia menemui sesuatu. Reaksi mukanya kelihatan agak terkejut, beberapa lama dia mengerutkan muka dia tersengeh sendirian. Gempa yang menyedari reaksinya bertanya, "Eh... kenapa kau tersenyum sendiri tu?"

Hali berbisik pada Gempa, "terencatlah tu..."

Taufan yang terdengar bisikan Hali tergelak kecil.

Ying memandang mereka, "Hehehe... kau tahu siapa yang meracuni dia ni?"

"Err... tak sangat. Kenapa?" Gopal menggaru kepalanya.

"Boleh dikatakan orang yang meracuni dia ni tak bijak dan mungkin dia memang tak tahu tentang racun yang digunakan ni dengan baik..."

"Maksud kau?" Gempa masih tidak mengerti.

Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now