BAB 40

388 27 0
                                    

"Eh, tenang Ochobot." Boboiboy mengurut bahu Ochobot.

"Macam mana kau tahu yang alien tu nakkan jam-jam kuasa?" soal Fang.

"Er... itu... yelah, bukan niat alien tu memang nak rampas jam-jam kuasa ke?" suara Ochobot agak gagap.

"Bukanlah. Asalnya dia nak merampas kerajaan ni. Tapi, bila dia tahu tentang jam-jam kuasa ni, dia cuba nak merampas semuanya." Ujar'Yaya.

"Hish, tamak betul alien tu." Sampuk Gopal.

Mereka semua berpandangan sesama sendiri.

Namun, Ochobot memandang ke luar jendela. Langit biru yang dihiasi awan ditatapnya. Kemudian dia mengeluh perlahan dan memandang ke arah kawan-kawannya yang sedang rancak berbual.

"Fiuh... misi hampir selesai." Gumamnya sendiri.

9 hari kemudian...

Nampaknya hubungan diantara sesama mereka semakin baik.

Ingatan Boboiboy juga makin pulih. Walaupun peningkatannya kurang dari apa yang diharapkan.

"Nah." Segunung timbunan buku diletakkan di hadapan Ying, Boboiboy dan Ochobot.

"Nanti ada apa-apa bagitahu ya!" kata pengurus perpustakaan istana itu dan kemudiannya berlalu pergi.

Boboiboy masih tercengang. "Banyaknya buku yang perlu dibaca." Dia mengeluh.

"Alah, inikan cara untuk aku jumpa penawar untuk masalah kau." ujar Ying bersemangat.

Ochobot mengambil sebuah buku lalu diselaknya perlahan-lahan. Wajahnya berubah riak. "Oh, tidak! Ini dia!"

"Huh?! Apa dia! Kau dah jumpa!" Ying dan Boboiboy memanjangkan leher untuk melihat kandungan buku itu.

"I... ini buku pasal robot. Cara membina dan mengubahsuai robot canggih! Wouhhh!" Ochobot teruja.

"Ish, dia ni..." Ying menyambung kerjanya.

"Eh, Ying. aku keluar sekejap ya." Ochobot meletakkan buku yang dibacanya di sebelah Ying.

"Kau nak ke mana?" soal Boboiboy.

"Aku nak keluar sekejap. Oh ya. Fang di mana?"

"Hmm... dia tengah bekerja agaknya. Diakan memang sibuk." Boboiboy mengurut dagunya.

"Bukan sibuk... penyibuk." Omel Ying.

"Apa?" soal Boboiboy.

"Eh, tak ada apa-apa." Ying menyorokkan mukanya di sebalik buku yang dipegangnya.

"Ok. Aku pergi dulu sekejap." Ochobot melangkah keluar perpustakaan istana. Langkahnya agak tergesa-gesa.

Boboiboy dan Ying hanya berpandangan sesama sendiri.

Beberapa ketika kemudian...

Fang memegang dua buah fail yang agak tebal. Gopal berjalan di belakangnya.

"Kau nak letak di mana fail-fail tu?" soal Gopal yang cuba berjalan laju seiring dengan Fang.

"Em, Tuan Putera mahu tengok fail-fail ini. Jadi, aku nak letak di bilik bacaannya." Fang membetulkan pegangan tangannya terhadap fail-fail tersebut.

Mereka lalu di laluan bilik-bilik istana.

Fang terpandang sesuatu yang pelik. Pintu biliknya sedikit terbuka.

"Eh, aku lupa tutup rapat pintu bilik aku ke?" dia terus berlari anak ke biliknya. (Ayok~ nanti nyamuk masuk~)

"Weh, tunggu." Gopal hanya berjalan mengerjar Fang.

Fang yang sampai dahulu melihat dalam biliknya melalui ruang pintu yang terbuka.

Dup! Fail-fail yang dipegangnya jatuh.

"Eh, Fang. Kau kenapa?" Gopal datang dan melihat apa yang dilihat Fang.

"Apa?" mulut Gopal ternganga.

Dan semestinya...

Sementara itu...

"Huarrggghhh!" Boboiboy mengeliat. Tulang belulangnya berbunyi. Kepalanya diletakkan di atas meja kembali.

"Huhuhu... lama lagi ke Ying?" soalnya. Matanya sedikit berair.

Ying yang sedang menggosok matanya meletakkan buku di tangannya ke atas meja.

"Aku tak jumpa lagi. Banyak lagi buku yang belum aku baca ni..."

"Alah... guna jelah cendawan tu. Yang kau baru baca tu."

"Tak boleh. Memanglah cendawan tu boleh membantu menambah sel-sel daya ingatan. Tapi... tapi... keadaan kau... ini boleh mengambil masa yang lama."

"Alah... takpelah. Janji aku dapat semula ingatan aku."

"Aishhh... kau ni. Aku cuba nak cari jalan yang lebih singkat un..."

"Eh, jap. Mana Ochobot? Dari tadi menghilang." Boboiboy bangun dari tempat duduknya secara tiba-tiba.

"Eh, haahlah. Mana dia?" Ying membetulkan sedikit cermin matanya yang senget.

"Aku tanya kau, lepas tu kau tanya aku balik..."

"Ehehe... Mari cari dia. Ni mesti kes nak lari dari tolong kita cari maklumat. Haih dia ni..." (mengelatlah tiuww~)

"Hmm... mungkin dia pergi tandas lepas tu sesat. Biar aku pergi cari dia." Boboiboy melangkah pergi.

"Hoi, kau jangan cuba nak lari dengan alasan nak cari Ochobot. Biar aku tolong cari sekali." Ying menghalang Boboiboy dengan tangannya.

"Hmmm... yelah. Aduih, macam mana dia tahu." Boboiboy berbisik sendiri. (hahahaha~)

"Mari!" Ying melangkah keluar dari perpustakaan. Boboiboy mengikuti dari belakang.

Xxxxxx Sebelum itu... xxxxxX

Ochobot melangkah perlahan. Dia masuk ke dalam bilik Fang. Pintu ditutup bersahaja.

Dia berjalan ke arah almari baju Fang yang besar.

Ditariknya laci kecil di bawah satu persatu. Di laci ke-5 Ochobot menjumpai benda yang dicari.

Sebungkus ikatan kain berwarna hitam dikeluarkan. Dia membuka ikatan kain itu.

Jam kuasa milik Kaizo...

///////////////////////////////////////////////////////

Sorry guys~ sebab Sis hiatus lama sangat...

In sya Allah sis akan cuba terus mencuri masa untuk meng-publish-kan cerita ini.

Lagipun dah nak habis dah...

Thanks for waiting...

Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]Where stories live. Discover now