Ditariknya laci kecil di bawah satu persatu. Di laci ke-5 Ochobot menjumpai benda yang dicari.
Sebungkus ikatan kain berwarna hitam dikeluarkan. Dia membuka ikatan kain itu.
Jam kuasa milik Kaizo...
Ochobot membelek jam itu. Ditekannya butang kecil di tepi jam itu.
Terpancar satu cahaya hologram dari jam itu.
Keluar perkataan 'Masukkan kod laluan kumpulan anda' pada skrin hologram itu.
Ochobot menaip kod laluan.
'Memuatkan...'
Ochobot menunggu.
Bip! Satu panggilan audio keluar.
"Kumpulan 2510... apa tujuan kamu membuat panggilan? Mahu meminta bantuan sokongan atau apa?" satu suara garau memecah keheningan.
"Bukan tuan. Saya Ochobot dari kumpulan 2510 ingin melaporkan diri."
"Apa?! Melapor diri? Sekejap... kamu Ochobot. Kamu hanya pembantu kapten, di mana kapten kumpulan kamu?"
"Kapten Kaizo sudah tiada. Namun misi kami selesai... kerana Fang."
"Kaizo?! Sekejap. Fang... itu adik dia bukan?"
"Err... ya tuan. Ma-"
"Dia dah melanggar arahan ketika menjalankan misi! Kamu tahu tak, membawa ahli yang tidak melepasi umur yang ditetapkan adalah dilarang!"
"Ah, ya! Tapi dia sudah dapat selesaikan misi selama 16 tahun tuan! Lagipun, waktu itu kapten yang terpaksa membawa adiknya sekali kerana tiada siapa yang boleh jaga dia. Tiada siapa lagi yang kapten ada selain adiknya. Takkan kapten mahu berpisah dengan adiknya selama beratus tahun!"
Lelaki itu terdiam. Dia kemudian menyambung.
"Kesalahan kapten kamu dimaafkan. Bukan kerana dia sudah tiada. Tapi kerana kamu dapat menyelesaikan misi kamu dalam masa yang sangat singkat berbanding kumpulan lain yang biasanya mengambil masa beratus tahun."
"Err... bukan saya tuan. Tapi Fang yang selesaikan misi dengan mencari pemilik untuk jam-jam kuasa."
"Oh, ya. Tapi bagaimana kamu lalukan dengan begitu cepat?"
"Pilihan kapten untuk mencari pemilik jam kuasa di bumi adalah tepat. Manusia di bumi baik dan boleh dipercayai."
"Tapi, bukan manusia di bumi kebanyakkannya jahat dan tidak amanah."
"Bukan semua tuan. Manusia satunya makhluk yang mudah belajar. Mereka juga mudah menjadi baik mahupun jahat. Kita Cuma perlu pandai mencari yang benar."
"Baiklah. Jadi, pilihan kapten kamu untuk memilih bumi sebagai lokasi menyelesaikan misi adalah tepat. Kami akan menghantar kapal angkasa kepada kamu semua esok. Bersedia untuk menerima misi seterusnya."
"Err... tuan. Saya ingin mohon penangguhan ke pangkalan. Pemilik-pemilik jam kuasa yang baru belum tahu tentang keadaan mereka dan juga misi ini. Termasuklah Fang."
"Tangguh? Kamu takkan tak rindu kawan-kawan kamu di sini? Lagipun Fang perlu kembali ke planetnya."
"Maafkan saya tuan. Kapten pun merahsiakan identitinya kepada Fang. Saya bimbang Fang tak dapat menerima siapa dirinya. Jadi, saya perlukan masa untuk menerangkan kepada mereka. Kalau tuan izinkan, bolehkah tuan menerima Fang sebagai kapten kumpulan 2510?"
"Kapten? Tak boleh, kamu semua perlu kembali ke pengkalan untuk mengiktiraf sesebuah jawatan. Buat sementara, kamu perlu menjadi kapten kumpulan kamu. Sampai di pangkalan nanti beru cerita."
YOU ARE READING
Behind (Boboiboy Fanfiction) [C]
FanfictionYaya terpaksa meninggalkan kerajaan dan adiknya akibat serangan anasir jahat.Adik dan seorang rakannya antara yang tidak dapat melarikan diri dari anasir tersebut. Jadi Yaya melarikan diri bersama seorang pengawalnya. Sampailah mereka di sebuh rumah...